• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Lagi Y15ZR V3 Dikesan, Lebih Jelas dengan Dua Warna (Bila Nak Lancar?)

#Spyshot: Lagi Y15ZR V3 Dikesan, Lebih Jelas dengan Dua Warna (Bila Nak Lancar?)

January 13, 2021 By AI Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUDAH dua artikel foto intip Yamaha Y15ZR V3 kami siarkan, tetapi masih belum ada berita rasmi tentang tarikh pelancaran rasmi model tersebut.

Terbaharu, muncul tiga lagi foto intip Y15ZR V3 yang kali ini dirakamkan lebih dekat dan jelas di lampu isyarat Sg Choh, Rawang. Berbeza imej terdahulu, kali ini kelihatan jelas warna madgad depan dalam kuning dan biru, manakala bahagian badan masih lagi dihitam penuh. Dua warna itu dijangka menjadi kemasan supermoped berkenaan.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

Di Vietnam, Exciter 155 VVA ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu biru, merah dan putih. Rekabentuk badan versi Malaysia ini sama saja seperti model Vietnam yang diperkenalkan hujung tahun lalu. Kelihatan dua kluster lampu pada fairing kepala dan dada.

Bahagian pelana direka nipis dan bertingkat untuk fiil tunggangan solo. Juga kelihatan bar pelana krom dan ekzos pendek dengan muncung hitam tanpa kemasan krom. Apapun, ini cuma unit prototaip, bukan versi pengeluaran akhir yang mungkin berbeza.

Yamaha juga menganjakkan posisi lampu signal belok depan ke bawah, sebaris fork. Antara ciri menarik yang bakal dimiliki Y15ZR V3 dan tiada pada pesaing lain dalam segmen sama ialah sistem klac antigelincir Assist & Slipper (A&S), sama seperti Exciter 155 VVA.\

Selain itu, Y15ZR V3 juga bakal menerima enjin 155cc VVA yang menghasilkan kuasa 17.7hp dan tork maksimum 14.4Nm dengan kotak gear klac manual 6-kelajuan. Saiz tangki minyak dipertingkat menjadi 5.4 liter berbanding Y15ZR V2, cuma 4.2 liter manakala saiz fork bertambah 10mm menjadi 100mm.

BACA >>> Inilah 15 Ciri Menarik Dimiliki Yamaha Exciter 155 VVA (2021)

VERSI MALAYSIA ADA ABS?

Bagaimanapun, Exciter 155 VVA di Vietnam tiada ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Jika ada, ciri itu khabarnya akan membuatkan harga jadi lebih mahal dengan tambahan sekitar RM1,000.

Mengenai harga pula, Exciter 155 VVA selepas ditukar dari matawang dong (₫) dijual bermula RM8,200. Tetapi, harga atas kertas Y15ZR V2 pun sudah cecah RM8,200, jadi tidak mungkinlah Y15ZR V3 dengan enjin baharu juga dalam julat harga sama seperti V2. Betul tak? Apatah lagi jika ditambah ABS, silap haribulan boleh sampai RM10,000!

BACA >>> Akhirnya Harga Yamaha Y15ZR V2 Diumumkan RM8,168 - Sampai Kedai Sah Lebih RM10k

Jadi berapakah harga Y15ZR V3 nanti? Rasanya memang tiada peluang untuk supermoped itu dilengkapkan ABS kerana harga jualan akan jadi lebih Tel Aviv! Tapi, tiada ABS pun laku keras jugakan? 😚

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Foto Intip, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Kapcai, roda2, Spyshot, Supermoped, Waisuku, Yamaha, Yamaha Exciter 155, Yamaha Y15ZR, Yamaha Y15ZR V3

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my