• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Akhirnya Harga Yamaha Y15ZR V2 Diumumkan RM8,168 - Sampai Kedai Sah Lebih RM10k

Akhirnya Harga Yamaha Y15ZR V2 Diumumkan RM8,168 - Sampai Kedai Sah Lebih RM10k

April 5, 2019 By Abang GYL 2 Comments

8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKIAN lama menanti, akhirnya Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan harga kapcai kesukaan ramai, Yamaha Y15ZR V2, berharga RM8,168, tidak termasuk insurans.

Sebagai perbandingan, harga model lama ialah RM7,888, meningkat RM280. Namun seperti biasa, itu cuma harga jualan atas kertas yang hampir pasti berubah apabila singgah ke kedai, dan tidak mustahil mampu mencecah hingga RM14,000.

Walaupun agak lambat memperkenalkan Yamaha Y15ZR V2 di Malaysia, namun ia tetap menjadi penantian terutamanya peminat 2-roda yang inginkan moped berkelajuan sehingga 180kmj. Orang putih cakap, '180kmj top speed' :-).

Berbanding versi sedia ada, pelbagai perubahan ketara dilakukan pada Yamaha Y15ZR V2. Bagaimanapun, aspek mekanikal masih kekal sama dan tiada peningkatan kuasa mahupun perubahan kotak gear.

Bagi mereka yang harapkan kotak gear ditukar atau kuasa dinaikkan, berita ini psti mengecewakan. Yamaha Y15ZR V2 masih dijana enjin 150cc SOHC penyejuk cecair suntikan petrol yang mampu menawarkan kuasa maksimum 15hp dan tork puncak 13.5Nm. Begitu juga penggunaan transmisi, masih lagi menggunakan gear 5-kelajuan. Berikut ialah perubahan yang dilakukan pada Yamaha Y15ZR V2.

LAMPU LED, METER LCD PENUH

Yamaha Y15ZR V2 baharu ini didatangkan dengan beberapa perubahan. Antaranya, nahagian lampu depan kini direka baharu dengan ciri LED. Lampu signal belok pula diberikan ciri LED, satu-satunya dalam kelas super moped.

Perubahan paling ketara ialah panel meter dalam bentuk LCD penuh seperti NVX. Paparan skrin sedikit kecil itu memaparkan spidometer, odometer, indikator petrol dan lain-lain.

BACA >>> Kelibat Yamaha Y15ZR Versi Monster Energy (2019) Dilihat di Malaysia?

Yamaha Y15ZR V2 Malaysia
Yamaha Y15ZR V2 Malaysia

CIRI KILL SWITCH

Menariknya, Yamaha Y15ZR V2 turut dibekalkan suis pemati (kill switch), sama seperti motosikal kuasa tinggi, juga super moped pertama menggunakan ciri tersebut.

Malah, moped ini turut dilengkapkan suis lampu tinggi overpass supaya mudah dicam pengguna jalan raya lain ketika menunggang malam, juga sama seperti motosikal kuasa tinggi.

TAYAR BESAR SIKIT

Ruangan roda turut mengalami perubahan. Tayar asal hadapan bersaiz 70/90-17 kini digantikan dengan 90/80 -17. Bagaimanapun, ruang roda belakang masih kekal sama iaitu 120/70-17.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Bakal Perkenal Enjin Baharu? Kod 155cc Dikesan
Yamaha Y15ZR V2 Malaysia

AGAK-AGAK BERAPA HARGA?

Bagaimanapun, harga masih belum diumumkan oleh Hong Leong Yamaha. Berdasarkan pemerhatian kami, ada kemungkinan harga naik memandangkan pelbagai ciri baru diperkenalkan pada Yamaha Y15ZR V2. Yang pasti, sampai kedai harga mesti lagi mahal kan.

Persoalannya, mampukah Yamaha Y15ZR V2 cabar Honda RS150R atau Benelli RFS 15oi mahupun SYM VF3i? Apa-apapun, pilihan di tangan anda. Haa, tepuk !!!

BACA >>> Jika Beginilah Rupa Yamaha Y15ZR, Mesti 'Laku Keras'

BACA >>> SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan

GALERI
8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2

Comments

  1. Rizwan says

    October 10, 2019 at 3:37 PM

    Y15

    Reply
    • Rizwan says

      October 10, 2019 at 3:37 PM

      Kalau saye nk beli berapa harga hutang

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my