Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Spyshot: Honda X-ADV Dikesan Sedang Diuji JPJ
Auto Terkini

#Spyshot: Honda X-ADV Dikesan Sedang Diuji JPJ

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DEBUT skuter Honda X-ADV bermula di Pameran Motosikal Milan (EICMA), Itali pada 2016 sebelum tiba di Asean spada Pameran Motor Antarabangsa Bangkok, tahun lalu. Di Thailand, X-ADV dianggarkan berharga RM54,000.   Persoalan sekarang, bilakah pula skuter advencer itu akan menjengah pasaran Malaysia?

Kami baru saja terserempak model tersebut sekitar Putrajaya yang dikenal pasti sedang diuji Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Maksudnya, skuter tersebut ketika ini sedang menjalani ujian Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) dan bakal dijual ke pasaran tempatan. Lagi soalan, bilakah model itu dilancarkan? Jawapannya, kami belum dapat sebarang jawapan daripada pihak Boon Siew Honda (BSH) setakat artikel ini ditulis.

SKUTER EKSTREM

Sebelum skuter itu tiba di Malaysia, mari kita ketahui dulu spesifikasi model tersebut.

Honda X-ADV dipersenjatai enjin berteknologi SOHC L2, bersesaran 745cc dengan sistem penyejukan cecair. Dipadankan tranmisi dual klac (DCT) 6-kelajuan, X-ADV mampu menghasilkan kuasa 40.3kW atau 54hp pada 6,250rpm dan tork 68Nm (4,750rpm).

Bahagian enjin dibina berasaskan komponen berteknologi tinggi supaya sepadan dengan profil jentera sebagai skuter off-road dengan kemampuan meredak laluan ekstrem. Menggunakan sistem suntikan bahan api PGM-FI, termasuk melepasi ujian emisi Euro 4, X-ADV hampir pasti menawarkan penggunaan bahan api yang cekap. 

BACA >>> #EICMA2017: BMW C 400 X – Gaya Baharu Skuter Urban yang Menyeronokkan

Kehandalan bahagian kaki diserahkan kepada suspensi terbalik (USD) berukuran 41mm di depan, dan jenis Pro-Link bersama absorber tunggal boleh laras prabeban di belakang. 

Bahagian roda menggabungkan rim sporty bersaiz 17-inci dengan tayar 120/70 di depan, manakala bahagian belakang  dilengkapi rim 15-inci dengan balutan tayar 160/60. Tidak ketinggalan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang dipasang bagi meningkatkan keyakinan dan keselamatan ketika membrek. 

Di samping rekabentuk sporty dan prestasi enjin yang ampuh, Honda X-ADV turut menyediakan ruang simpanan berkeluasan 21 liter dengan lampu LED. Turut tersedia ialah soket 12v yang boleh mengecas sebarang peranti elektronik, terutama telefon pintar.

SPESIFIKASI HONDA X-ADV

ENJIN

Enjin:  Liquid-cooled, L2, SOHC
Kapasiti:  745cc
Penghidup:  Elektrik
Gerek x Lejang:  77 x 80mm
Nisbah mampatan:  10.7:1
Kuasa maksimum : 68Nm @ 4,750rpm
Tork maksimum: 40.3kW @ 6,250rpm
Transmisi: 6-kelajuan
Klac: Multiplat dual klac hidraulik (DCT)

DIMENSI

Panjang: 2,245mm
Lebar: 910mm
Tinggi: 1,375mm
Jarak Roda: 1,590 mm
Jarak Kelegaan Tanah: 162 mm
Berat: 238kg
Kapasiti Tangki: 13.1 liter
Tinggi Pelana: 820mm

SUSPENSI

Suspensi:  Prolink dengan absorber tunggal boleh laras prabeban
Tayar:  120/70 R17 (depan); 160/60 R15 (belakang)

GALERI

Auto Terkini Boon Siew Honda (BSH) Honda Honda X-ADV Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) roda2 skuter skuter advencer skuter adventure Spyshot X-ADV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.