Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Spyshot: Ducati Monster 1200R Dikesan, Kuasa Dipertingkat 10 Peratus
Roda2

Spyshot: Ducati Monster 1200R Dikesan, Kuasa Dipertingkat 10 Peratus

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/08/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ducati-monster-1200r
MODEL serba baharu Ducati Monster 1200R dilancarkan di pasaran Eropah sekitar September tahun lalu dan mula dipasarkan ke pelusuk rantau itu tahun ini. Menariknya, PanduLaju dapat mengesan jentera tersebut yang dihantar untuk proses kelulusan jenis kenderaan (VTA), baru-baru ini. Khabarnya, naked bike itu bakal dilancarkan untuk pasaran tempatan tahun ini. Cuma, waktu yang tepat masih belum diketahui. Sama-sama kita nantikan.

Ducati Monster 1200R dikatakan model sulung Ducati yang menepati emisi Euro 4 yang ketat. Dilengkapi enjin V-Twin Desmodromic  DOHC penyejukan cecair bersesaran 1198cc, motosikal ini mampu menghasilkan kuasa 160hp pada 9,250rpm dan tork 132Nm (7, 750rpm).

KUASA DIPERTINGKAT

Kuasa Ducati Monster 1200R dipertingkat sebanyak 10 peratus hasil peningkatan diameter ekzos hingga 8mm. Badan terotel (throttle body) juga kini lebih besar dan berbentuk bujur. Perubahan mekanikal lain adalah termasuk nisbah mampatan lebih tinggi iaitu 13:1 berbanding sebelumnya, 12.5:1. Terima kasih kepada kepala gasket yang lebih nipis.

Bagi menghasilkan kualiti tunggangan lebih baik, Ducati menaikkan fork Ohlins dan penyerap hentak bagi mendapatkan ketinggian badan utama sebanyak 15mm. Perubahan itu menjadikan jarak kelegaan tanah meningkat.

Ducati Monster 1200R
Ducati Monster 1200R

Bahagian brek juga lebih besar menggunakan Brembo 4-piston monoblok di hadapan. Ducati turut menempatkan tayar Pirelli Supercorsa SP di belakang yang lebih lebar, selain menawarkan pakej keselamatan terkini seperti kawalan traksi lapan tetapan, tiga mod tunggangan dan sistem brek anti-kunci (ABS) terkini, Bosch 9MP.

Dari segi kosmetik, antara kemas kini dilakukan ialah penggunaan material gentian karbon pada fender depan, fairing bikini dan kowl pelana tunggal yang direka semula, termasuk grafik jalur perlumbaan.

SPESIFIKASI

DUCATI MONSTER 1200R
ENJIN V-Twin Desmodromic 8V, DOHC, 4-lejang, penyejukan cecair
SESARAN 1198cc
KUASA MAKSIMUM 160hp
TORK MAKSIMUM 132Nm
KELAJUAN MAKSIMUM 241kmj
JENIS FREM Keluli tubular
KAPASITI TANGKI 17.5L
TINGGI PELANA 830mm
BERAT 180kg
SUSPENSI HADAPAN | BELAKANG 48mm Ohlins | Ohlins boleh laras
BREK HADAPAN | BELAKANG 2x330mm Brembo 4-piston monoblok, ABS | cakera 245mm, Brembo piston tunggal, ABS
TAYAR HADAPAN | BELAKANG 120/70×17 | 200/55×17

GALERI

Ducati Monster 1200R
Ducati Monster 1200R
Ducati Monster 1200R
Ducati Monster 1200R
Ducati Monster 1200R
Ducati Ducati Monster 1200R naked bike Naza Spyshot
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.