Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Sportbike Klasik Moden, MV Agusta Superveloce 800 Lancar, Harga Mula RM93k
Roda2

Sportbike Klasik Moden, MV Agusta Superveloce 800 Lancar, Harga Mula RM93k

AryonBy Aryon10/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL klacik MV Agusta Superveloce 800 rasmi dilancarkan untuk pasaran Eropah dalam dua versi pada harga bermula AS$22,200 (RM93,170).

Selepas hampir setahun menyiarkan foto pertama Superveloce 800 (2020), MV Agusta akhirnya mendedahkan perincian spesifikasi sportbike tersebut. Di Eropah, model ini dijual pada harga AS$22,200 (RM93,170) untuk versi Standard dan AS26,700 (RM112,060) untuk versi lebih premium, Serie Oro.

BACA >>> 5 Unit Pertama MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Siap Dipasang Pasca Covid-19

Superveloce 800 dijana enjin 3-silinder sebaris yang dikongsi bersama model F3, berkapasiti 799cc berkuasa 148hp @ 13,000rpm dan tork 88Nm @ 10,600rpm. Jika dipasangkan pakej lumba, kuasa sportbike middleweight ini mampu dilonjakkan kepada 153hp @ 13,250rpm.

Tidak seperti F3, enjin Superveloce 800 ditala untuk mendapatkan respon terotel yang lebih fleksibel. Ada empat mod tunggangan disediakan, iaitu Sport, Race, Rain dan Race versi kustom. Sistem suspensi dipasangkan fork terbalik (USD) Marzocchi 43mm di depan dan monoshock Sachs di belakang.

Berbanding model Standard, Superveloce 800 Serie Oro diberikan komponen karbon, penutup tangki minyak CNC dengan trim kulit, sistem ekzos Arrow dan rim Kineo bentuk bintang.

Superveloce 800 debut sebagai model konsep pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 yang menggabungkan rekabentuk klasik dan moden. Sportbike ini memiliki gaya sebuah cafe racer dengan  panel kepala nostalgik, lampu utama dan lampu belakang bulat, dan pelana tunggal. Namun, dengan perincian rapi, model unik ini nampak sangat moden.

Di sebalik rekabentuk klasik, sistem pencahayaan model ini menggunakan teknologi LED. Superveloce 800 dilengkapkan kluster instrumen TFT 5 inci yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar menerusi sambungan Bluetooth untuk kawalan mod tunggangan, kawalan traksi dan ciri lain.

BACA >>> MV Agusta Lancar Brutale, Dragster 800 RR SCS (2020) dengan Sistem Klac Pintar

GALERI
MV Agusta MV Agusta Superveloce 800 roda2 sportbike Sportbike Klasik Moden Sportbike Middleweight superbike supersport
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    ZXMoto Lancar 820RR-R Di China Dengan Harga Lebih Mampu Milik

    07/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.