Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Unit Pertama MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Siap Dipasang Pasca Covid-19
Auto Terkini

5 Unit Pertama MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Siap Dipasang Pasca Covid-19

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/05/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MV AGUSTA semalam menerusi laman Facebook memuat naik foto lima unit Superveloce 800 Serie Oro yang sudah siap dibina selepas operasi di kilang tergendala akibat krisis Covid-19.

Pengeluar motosikal Itali itu menghentikan operasi pengeluaran di kilang Schiranna pada 26 Mac lalu berikutan arahan kuarantin dilaksanakan Kerajaan. Namun, kini kembali beroperasi secara berperingkat bermula 22 April lalu.

Dokumen pengumuman menyatakan;

Sebelum penutupan operasi sepenuhnya dibuat, pengurusan MV Agusta sudah mengambil langkah-langkah meningkatkan budaya kerja baharu, menyusun semula prosedur dalaman dan terus menjalankan pengeluaran serta urusan pejabat pada tahap keselamatan (kesihatan) tertinggi.”

MV Agusta turut berkongsi foto lima unit pertama Superveloce 800 Serie Oro dengan kapsyen:

‘Lima sebab utama untuk kami mulakan semula pengeluaran hari ini. Ini lima unit pertama Superveloce 800 Serie Oro.’

BACA >>> 300 Unit MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Edisi Terhad Habis Dijual!
BACA >>> Tempahan MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro Dibuka, Cuma 300 Unit Dikeluarkan

Sebelum ini pada 30 April lalu, MV Agusta pernah membuat perkongsian yang mengesahkan model tersebut sudah mula dipasang dengan kapsyen: ‘Superveloce 800 Serie Oro secara rasmi sudah memasuki barisan pengeluaran’.

Mula ditayangkan di Pameran Motor Milan (EICMA) 2018, superbike gaya retro Serie Oro itu dipacu enjin 3-silinder F3 800 berkapasiti 798cc yang ditala semula untuk mendapatkan had kuasa 148hp @ 13,250rpm dan tork 88Nm @ 10,600rpm. Selain menyambung semula operasi kilang, MV Agusta turut mengumumkan lanjutan jaminan selama tiga bulan untuk semua motosikal yang didaftarkan sebelum 30 April 2020.

Superveloce Serie Oro yang bakal dilancarkan tahun ini,dijual pada harga €27,990 (RM131,300) seunit. Superbike ini dibina berasaskan model F3 800 dengan sentuhan klasik  jentera Grand Prix (GP).

SUMBER: MCN | MVAgusta.com | Facebook

Auto Terkini MV Agusta MV Agusta Superveloce 800 Serie Oro
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    24/06/2026
    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026

    1 Comment

    1. Jan on 09/05/2020 11:19

      wahh idaman ni, superbike dgn gaya retro.

      sayangnya dia diambil dari model F3 yg dah agak lapuk. tapi masih lagi cukup berkuasa untuk penggunaan jalan raya mahupun track.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.