Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Spesifikasi Triumph Trident 660 (2021): Lancar di Malaysia, Harga RM43.9k
Roda2

Spesifikasi Triumph Trident 660 (2021): Lancar di Malaysia, Harga RM43.9k

AryonBy Aryon22/02/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TRIUMPH Motorcycles Malaysia melancarkan Trident 660 (2021) untuk pasaran Malaysia pada harga jualan RM43,900, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Jika memilih warna premium, pembeli perlu menambah ekstra RM1,000, iaitu RM44,900 dan model itu kini sudahpun berada di bilik pameran Triumph seluruh negara sejak 20 Februari lalu.

Atas kertas, Trident 660 (2021) akan berentap dengan pesaing seperti model 4-silinder Honda CB650R (RM43,499), dan dwi-silinder Kawasaki Z650 ABS (RM35,609) dan Yamaha MT-07 (RM38,888).

Berikut perincian spesifikasi Trident 660 (2021):

  • Dijana enjin 4-lejang 12-injap 3-silinder 660cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 80hp @ 10,250rpm dan tork 64Nm @ 6,250 rpm. Hantaran tork dibuat dalam 90 peratus julat rev yang membuatkan model ini mudah ditunggang semua penunggang pelbagai tahap kemahiran.
  • Transmisi manual 6-kelajuan dilengkapkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S).
  • Didatangkan dengan sistem brek cakera kembar 310mm dengan kaliper 2-piston (depan), dan cakera tunggal 255mm dengan kaliper piston tunggal Nissin (belakang).
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran kini menjadi ciri standard.
  • Ada dua mod tunggang, iaitu Road dan Rain dengan kawalan traksi boleh ubah menerusi pilihan pada kluster instrumen dan terotel elektronik ride-by-wire.
  • Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 41mm dengan fungsi pisah (SFF) pada setiap kaki fork, dan bukan jenis boleh laras. Suspensi belakang menggunakan monoshock Showa dengan peredam prabeban boleh laras.
  • Berat 189kg, tinggi pelana 805mm.
  • Kluster instrumen bulat jenis LCD TFT warna dengan latar hitam, manakala sistem lampu menggunakan teknologi LED penuh. Lampu utama dalam unit tunggal bulat bagi mengekalkan ciri tradisional model berkenaan.
  • Ada empat warna pilihan, iaitu Solid dengan warna Crystal White atau Sapphire Black, dan Premium, iaitu Silver/Diablo Red atau Stealthy Matte Jet Black/Matte Silver Ice.
  • Selang servis adalah setiap 16,000km dan setiap pembelian dipakejkan bersama waranti dua tahun tanpa had perbatuan.
  • Tempahan kini dibuka dan dilaporkan sudah lebih 50 unit terjual.

BACA >>> Triumph Trident 660 (2021) Sudah Masuk Thailand, Harga RM41k
BACA >>> Yamaha MT-07 (2021) Serba Baharu Lancar, Enjin Sama dengan Naik Taraf ECU, Harga RM32k

naked bike Naked Bike Middleweight roda2 Triumph Triumph Motorcyles Malaysia Triumph Trident 660 (2021)
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    03/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    03/07/2026
    Roda2

    BMW S 1000 RR, M 1000 RR Terima Kemaskini Tahun 2027

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.