Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Spesifikasi Prodrive P25 Didedahkan, 424 Unit Sahaja, Harga Lebih RM2.4 Juta!
Roda4

Spesifikasi Prodrive P25 Didedahkan, 424 Unit Sahaja, Harga Lebih RM2.4 Juta!

Abang HirataBy Abang Hirata14/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM ini kami pernah melaporkan mengenai Prodrive P25 yang membawa pengaruh Subaru Impreza 22B. Terbaharu Prodrive mendedahkan lebih banyak maklumat, termasuk harga sedan prestasi itu.

Berapa yang perlu dibayar? £460,000 (RM2,476,270). Wow!

Apa yang istimewa mengenai Prodrive P25? Mari kita soroti sejarah ringkas dahulu.

BACA >>> Atuk Pandu Subaru Impreza WRX Laju Sangat, Kena Gantung Lesen, Denda RM5.4k!
BACA >>> Subaru Impreza 22B STI (2018) Ini Dilelong RM1.2 Juta!

25 tahun lalu, Prodrive memperkenalkan Impreza World Rally Car (WRC) 2-pintu sebelum disusuli model homologasi Subaru Impreza 22B. Hanya 424 unit dikeluarkan dan disebabkan keistimewaanya, model tersebut kini mencapai status legenda.

Jika tidak membayar lebih RM2 juta pun, Impreza 22B pun sudah mahal yang mana sebuah unit dikhabarkan dijual pada harga AS$312,555 (RM1.29 juta) (foto atas) pada 2021.

Menarik mengenai P25, ialah Prodrive menggunakan casis asal Impreza WRX 2-pintu yang juga casis sama seperti model pertama Impreza WRC. Bagi model 2022, casis tersebut dilengkapi komponen lebih ringan, enjin lagi berkuasa dan penambahbaikan pada aspek dinamik pemanduan.

Berikut ciri Prodrive P25:

Casis
  • Casis besi monokok Subaru Impreza WRX 2-kerusi.
  • Komponen gentian karbon: bonet, but, bumbung, cermin sisi, bampar depan dan belakang, fender depan dan belakang , spoiler Impreza WRC.
  • Absorber Bilstein boleh laras dua arah.
  • Berat kurang 1,200kg.
Trenkuasa
  • Enjin 2.5L boxer Subaru.
  • Kuasa lebih 400hp, dan tork  600Nm.
  • Komponen dalaman yang diubah seperti liner silinder baharu, piston, konrod, dan injap pemasaan variabel.
  • Pengecas turbo Garrett anti-jeda.
  • Intercooler dan kotak udara prestasi tinggi.
  • Ekzos lumba titanium Akrapovic dan juga set stainless steel.
  • Transmisi sekuensial semi-automatik 6-kelajuan dengan gear helikal, dan pedal syif.
  • Tukaran gear sepantas 80milisaat (ms).
  • Plat klac kembar AP Racing.
  • Diferensial tengah (centre differential) elektronik boleh laras aktif.
  • Kawalan luncur (launch control) ala model WRC dengan kombinasi terotel fly-by-wire, dan klac pada lantai yang beroperasi automatik dari gear satu hingga tiga tanpa ‘gangguan’ pemandu.
  • Pacuan semua roda (AWD).
  • Pecutan 0-100kmj bawah 3.5 saat.
Brek, Roda dan Tayar

  • Brek AP Racing dengan cakera 380mm dan kaliper brek 6-piston di depan, cakera 350mm dan kaliper 4-piston di belakang.
  • Rim Prodrive 8.5 x 19 inci.
  • Tayar Bridgestone Potenza 235/35.
Dalaman
  • Pilihan kerusi lumba ringan dengan kulit pintu gentian karbon dan bateri litium-ion, yang juga ringan.
  • Upholsteri kulit, alcantara dan karbon.
  • Empat penumpang atau pilihan kerangka keselamatan jenis separuh dengan kerusi belakang ditanggalkan.
  • Paparan definisi tinggi (HD) Motec.
  • Data logger.
  • Sistem pengurusan kuasa elektronik (EPMS) penuh.
  • Brek tangan fly-off hydraulic ala WRC yang memisahkan diferensial tengah secara automatik dan pacuan roda belakang (RWD). Tambahan brek parkir elektrik (EPB) standard.

Seperti dilaporkan sebelum ini, pereka, Peter Stevens yang membentuk gaya Impreza WRC pada 1997 dan beberapa model edisi terhad Prodrive selepas itu kembali menggayakan semula beberapa komponen P25.

Projek diseliakan pengarah teknikal, David Lapworth, iaitu individu yang bertanggungjawab dalam pembangunan model pertama Impreza WRC 25 tahun lalu. Projek P25 ialah idea cerusan Pengerusi Prodrive sendiri, David Richards.

Sebanyak 25 unit P25 akan dikeluarkan di ibu pejabat Prodrive di Banbury, Britain dan unit pertama dijangka diserahkan kepada pelanggan beberapa bulan lagi.

BACA >>> #PanduUji: Tentang Teknologi EyeSight pada Subaru XV yang Ramai Tidak Tahu
BACA >>> Prodrive P25 – Kelahiran Semula Ikon Rali dengan Enjin 2.5L Flat Four Boxer, 25 Unit Sahaja!

PRODRIVE P25
SUBARU IMPREZA 22B STi (1998). KREDIT FOTO: Silvertone Auctions
Subaru Impreza 22B STi 1998 kredit foto Silvertone Auctions
Subaru Impreza 22B-STi 1998 kredit foto Silvertone Auctions
P25 Prodrive Prodrive P25 Roda4 Subaru Subaru Impreza Subaru Impreza 22B Subaru Impreza WRC
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    27/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.