• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prodrive P25 - Kelahiran Semula Ikon Rali dengan Enjin 2.5L Flat Four Boxer, 25 Unit Sahaja!

Prodrive P25 - Kelahiran Semula Ikon Rali dengan Enjin 2.5L Flat Four Boxer, 25 Unit Sahaja!

June 13, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMA Prodrive sinonim dengan jentera Subaru Impreza yang beraksi dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC).

Selepas 25 tahun Subaru Impreza World Rally Car menang dalam WRC, Prodrive bakal mengeluarkan model istimewa, P25 yang membawa pengaruh unit lumba tersebut dan juga model 22B yang dianggap Impreza paling ikonik.

Walaupun berusia lebih 20 tahun, Impreza itu masih nampak segar dan lebih muda berbanding tahun ia dikeluarkan. P25 yang dikeluarkan itu kelak akan menggunakan teknologi moden untuk lebih kuasa, ringan dan pengendalian lebih baik.

BACA >>> Atuk Pandu Subaru Impreza WRX Laju Sangat, Kena Gantung Lesen, Denda RM5.4k!

Prodrive mendakwa P25 akan menggunakan trenkuasa flat lintang (flat four boxer) 2.5L berlebih 400hp yang dipadankan transmisi semi-automatik 6-kelajuan dengan pedal syif. Enjin itu boleh dijangka berasal dari mana dan tidak jadi masalah buat Prodrive.

Cuma, bagaimanakah casis dan badan? Belum diberitahu secara spesifik kecuali casis ringan hasil penggunaan gentian karbon. Dari segi kejuruteraan dan pengalaman, Prodrive memang mampu menghasilkan projek sebegitu. Imbau semula, Prodrive pernah terlibat dalam pembikinan jentera rali Putra milik Proton.

Apa lagi menarik?

Peter Stevens ialah individu yang merekabentuk Impreza WRC untuk Prodrive dan beliau sekali lagi akan terlibat dalam projek tersebut. Divisyen kejuruteraan pula akan diuruskan Pengarah Teknikal Prodrive, David Lapworth yang juga bertanggungjawab dalam Impreza WRC.

Ada lagi, projek P25 ialah idea daripada Pengerusi Prodrive sendiri, David Richards yang boleh diibaratkan sebagai pertemuan semula individu dan objek legenda!

Hanya 25 unit P25 dikeluarkan yang semua dipasang di ibu pejabat Prodrive di Banbury, Britain. Prodrive P25 akan ditayangkan secara umum pada Jun ini dan unit awal ditempah dijadualkan diserahkan kepada pelanggan tahun ini juga.

BACA >>> #PanduUji: Tentang Teknologi EyeSight pada Subaru XV yang Ramai Tidak Tahu
BACA >>> #RetroAuto: Inilah Kisah Proton Putra WRC yang Tersimpan Rapi di Divisyen R3

SUBARU IMPREZA 22B STi (1998). KREDIT FOTO: Silvertone Auctions
Subaru Impreza 22B STi 1998 kredit foto Silvertone Auctions
Subaru Impreza 22B-STi 1998 kredit foto Silvertone Auctions

Artikel Berkaitan

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kejuaraan Rali Dunia (WRC), P25, Prodrive, Prodrive P25, Roda4, Subaru, Subaru Impreza, Subaru Impreza 22B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my