Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Spekulasi Berakhir, Harga Minyak Indonesia Tidak Jadi Turun, Kekal Harga Lama
Auto Terkini

Spekulasi Berakhir, Harga Minyak Indonesia Tidak Jadi Turun, Kekal Harga Lama

Han OthmanBy Han Othman01/10/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
minyak-indonesia
Kredit Foto: ANTARA FOTO/Lucky R

KETIKA harga minyak di Malaysia naik 10 sen, perkara sebaliknya berlaku di Indonesia apabila Kerajaan Jakarta memutuskan mengekalkan harga lama bagi bahan api tertentu bermula hari ini (1 Oktober). Kenyataan tersebut dimaklumkan Ketua Biro Komunikasi, Layanan, Informasi Publik dan Kerjasama di Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral, Parlaungan Simatupang, semalam.

“Berdasarkan hasil koordinasi silang sektor dan mempertimbangkan pelbagai aspek, antaranya kemampuan kewangan negara atau situasi ekonomi, kemampuan daya beli masyarakat, serta ekonomi sebenar dan sosial masyarakat, kerajaan menetapkan tiada perubahan harga jual jenis minyak tertentu dan jenis minyak khusus penugasan,” kata Parlaungan dalam satu kenyataan rasmi.

Berikut ialah harga bahan api di Indonesia:

  • Diesel bersubsidi – Rp5,150 seliter (RM1.63/liter).
  • Petrol RON88 khusus tugasan (tanpa subsidi) atau Premium – Rp6,450 seliter (RM2.04/liter).
  • Minyak tanah – Rp2,500 seliter (79 sen).

Sebelum itu, tercetus khabar angin bahawa Jakarta akan menurunkan harga minyak jenis Premium sebanyak Rp300 (10 sen) menjadi 6150 (RM1.95), manakala diesel dikatakan naik Rp600 (19 sen) menjadi Rp5,750 (RM1.82).

Harga minyak jenis tertentu dan tugasan di Indonesia ditetapkan oleh Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral berdasarkan Peraturan Presiden Nombor 191 Tahun 2014 tentang Penyediaan, Pengagihan dan Harga Jual Runcit Bahan Api Minyak. Harga jualan runcit minyak pula dikaji setiap tiga bulan sekali.

Selain itu, Indonesia juga adalah satu-satunya negara yang masih menggunakan petrol jenis RON88, di mana rata-rata negara dunia sudah beralih kepada sekurang-kurangnya RON91 yang lebih bersih dan efisien. Malah, timbul perdebatan hangat di kalangan penduduk tempatan, terutama netizen republik itu yang mendakwa harga petrol RON95 di Malaysia yang jauh lebih murah dan berkualiti berbanding RON88 di Indonesia.

BACA >>> Harga Minyak RON95, RON97 & Diesel Naik Bermula Esok

*Tukaran nilai Rupiah-Ringgit dalam artikel ini dibuat berdasarkan tukaran semasa dan sentiasa berubah-ubah.

SUMBER: Tempo.co

Auto Terkini berita automotif harga minyak Indonesia harga minyak Indonesia Oktober 2016 Ron88 Ron95
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.