• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Spekulasi Berakhir, Harga Minyak Indonesia Tidak Jadi Turun, Kekal Harga Lama

Spekulasi Berakhir, Harga Minyak Indonesia Tidak Jadi Turun, Kekal Harga Lama

October 1, 2016 By AO Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter
minyak-indonesia
Kredit Foto: ANTARA FOTO/Lucky R

KETIKA harga minyak di Malaysia naik 10 sen, perkara sebaliknya berlaku di Indonesia apabila Kerajaan Jakarta memutuskan mengekalkan harga lama bagi bahan api tertentu bermula hari ini (1 Oktober). Kenyataan tersebut dimaklumkan Ketua Biro Komunikasi, Layanan, Informasi Publik dan Kerjasama di Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral, Parlaungan Simatupang, semalam.

"Berdasarkan hasil koordinasi silang sektor dan mempertimbangkan pelbagai aspek, antaranya kemampuan kewangan negara atau situasi ekonomi, kemampuan daya beli masyarakat, serta ekonomi sebenar dan sosial masyarakat, kerajaan menetapkan tiada perubahan harga jual jenis minyak tertentu dan jenis minyak khusus penugasan," kata Parlaungan dalam satu kenyataan rasmi.

Berikut ialah harga bahan api di Indonesia:

  • Diesel bersubsidi - Rp5,150 seliter (RM1.63/liter).
  • Petrol RON88 khusus tugasan (tanpa subsidi) atau Premium - Rp6,450 seliter (RM2.04/liter).
  • Minyak tanah - Rp2,500 seliter (79 sen).

Sebelum itu, tercetus khabar angin bahawa Jakarta akan menurunkan harga minyak jenis Premium sebanyak Rp300 (10 sen) menjadi 6150 (RM1.95), manakala diesel dikatakan naik Rp600 (19 sen) menjadi Rp5,750 (RM1.82).

Harga minyak jenis tertentu dan tugasan di Indonesia ditetapkan oleh Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral berdasarkan Peraturan Presiden Nombor 191 Tahun 2014 tentang Penyediaan, Pengagihan dan Harga Jual Runcit Bahan Api Minyak. Harga jualan runcit minyak pula dikaji setiap tiga bulan sekali.

Selain itu, Indonesia juga adalah satu-satunya negara yang masih menggunakan petrol jenis RON88, di mana rata-rata negara dunia sudah beralih kepada sekurang-kurangnya RON91 yang lebih bersih dan efisien. Malah, timbul perdebatan hangat di kalangan penduduk tempatan, terutama netizen republik itu yang mendakwa harga petrol RON95 di Malaysia yang jauh lebih murah dan berkualiti berbanding RON88 di Indonesia.

BACA >>> Harga Minyak RON95, RON97 & Diesel Naik Bermula Esok

*Tukaran nilai Rupiah-Ringgit dalam artikel ini dibuat berdasarkan tukaran semasa dan sentiasa berubah-ubah.

SUMBER: Tempo.co

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, berita automotif, harga minyak Indonesia, harga minyak Indonesia Oktober 2016, Ron88, Ron95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • 4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
    4X4 Buat Hal Potong Garisan Berkembar, Anak Tidur Jatuh Tergolek
  • Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
    Atuk Bawa Duit Isi Dalam Guni, Beli Mitsubishi Pajero 'Cash'
  • Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
    Nama Jalan Persiaran Institut Ditukar Kepada Persiaran Tun Arshad Ayub
  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my