Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Slot ke MotoGP Memang Sudah Ada untuk Khairul Jika Beraksi Cemerlang
Auto Terkini

Slot ke MotoGP Memang Sudah Ada untuk Khairul Jika Beraksi Cemerlang

AryonBy Aryon18/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Malaysia, Khairul Idham Pawi berpeluang menjadi pelumba negara pertama direkrut masuk ke dalam pasukan Petronas Yamaha, yang kali pertama akan mengasah trek MotoGP musim ini.

Selepas mengambil kira status Hafizh Syahrin yang dijangka kekal lama dengan pasukan satelit Tech3, Khairul kini menjadi perhatian Petronas Yamaha sebagai seorang lagi pelumba muda Malaysia untuk dibawa masuk ke pentas MotoGP.

BACA >>> Petronas Yamaha SIC Pilih Morbidelli dan Quartararo, Lengkapkan Barisan Pelumba MotoGP 2019

Rekod Khairul, 20 , paling cemerlang ialah mencatatkan sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama yang pernah menjejak kaki di podium sebagai juara grand prix sebanyak dua kali, iaitu ketika dia menjadi rookie Moto3 pada 2016.

Namun, Khairul, yang mewakili pasukan Idemitsu Honda Team Asia dalam aksi Moto2 2018, agak bergelut untuk meraih mata apabila sekadar menamatkan musim lalu di tempat ke 30 dengan mengutip 1 mata. Kini pelumba itu mensasarkan musim baharu yang lebih segar selepas berhijrah ke pasukan baharu dan menjadi satu-satunya wakil pelumba Moto2 Petronas Yamaha SIC.

TEMPOH DUA TAHUN RAIH PENGALAMAN

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sepang, Razlan Razali berkata, Khairul sepatutnya beraksi baik sepanjang kontrak dua tahun, kemudian tempat untuk pasukan MotoGP memang sedia menanti untuknya.

“Khairul tetap permata negara kami, sebagai satu-satunya pelumba Malaysia yang pernah menang perlumbaan Grand Prix. Dia cuma tak bernasib baik sebab masuk Moto2 terlalu awal. Saya tak pasti apa rancangan lagi, tapi semestinya ia dua tahun pengalaman yang cukup berharga.

“Dia datang melawat pasukan MotoGP kami (selepas perlumbaan Valencia). Kami cakap, tengok, hang ada dua tahun saja lagi untuk buat sesuautu sebab kami nak hang jadi pelumba MotoGP Malaysia pertama dalam pasukan ni.

“Semua itu sepatutnya berikan dia galakan untuk benar-benar bermotivasi, fokus dan kerja kuat. Sebab dia tahu kalau dia beraksi dengan bagus, itu perkembangan semula jadi dalam struktur ke MotoGP. Ia memang menanti,” kata Razlan dipetik Crash.net.

BACA >>> Ujian MotoGP: Vinales Ungguli Ranking, Pelumba Petronas Yamaha Boleh Tahan

Pasukan Petronas Yamaha SIC ialah pasukan baharu MotoGP 2019, diwakili rookie daripada Moto2, Fabio Quartararo dan akan beraksi bersama rakan pasukan yang juga rookie terbaik 2018, Franco Morbidelli aka si rambut megi.

SUMBER: Crash.net

Auto Terkini Khairul Idham Pawi MotoGP Petronas Yamaha SIC Razlan Razali sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026
    Auto Terkini

    Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

    29/06/2026
    LRT3 Laluan Shah Alam
    Auto Terkini

    LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

    29/06/2026
    F1 2026 | GP RedBull Ring
    Formula Satu

    #F12026: Russell Menang GP Austria, Rampas Semula Ranking Kedua Juara Dunia

    29/06/2026
    MotoGP Assen 2026, Belanda
    MotoGP

    #MotoGP: Kali Ini Ai Ogura Tak Sunyi Sambut Kemenangan, Aprilia Takluk Podium GP Belanda

    29/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.