Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter Hibrid Klasik Moden, Yamaha Fazzio 125 Hybrid Kini di Indonesia, Harga Mula RM6.3k!
Roda2

Skuter Hibrid Klasik Moden, Yamaha Fazzio 125 Hybrid Kini di Indonesia, Harga Mula RM6.3k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Motor Indonesia sebentar tadi melancarkan  skuter moden gaya klasik terbaharu, Fazzio 125 Hybrid Connected secara maya menerusi saluran YouTube.

Skuter hibrid itu juga merintis kategori skuter baharu jenama itu, dipanggil Classy Yamaha, bukan bermaksud klasik, tetapi ‘ada kelas dan lebih premium’.

Fazzio 125 Hybrid ialah skuter 125cc pertama berasaskan teknologi baharu Yamaha Blue Core Hybrid. Berikut perincian model tersebut:

VARIAN DAN HARGA

Ada dua varian:

  • Connected NEO: warna berkilat, harga atas jalan bermula Rp21.7 juta (RM6,340)
  • Connected LUX: warna kusam, harga serendah Rp22 juta (RM6,430)

* Harga atas jalan di Jakarta.

TRENKUASA DAN SISTEM HIBRID

  • Trenkuasa 4-lejang 124.86cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 8.3hp @ 6,500rpm dan tork 10.6Nm @ 4,500rpm, manakala transmisi automatik.

  • Sistem Blue Core Hybrid terdiri daripada Generator Motor Pintar (Smart Motor Generator, SMG), bateri dan unit kawalan generator penghidup (Starter Generator Controller Unit, SGCU).
  • Menggunakan dua sumber kuasa yang saling melengkapi satu sama lain. Bateri akan menghidupkan SMG dan apabila skuter bergerak, SMG akan mengecas semula bateri.

  • Apabila mula bergerak dalam 3 saat pertama, kuasa bateri dan trenkuasa akan menggerakkan roda belakang. Kemudian, enjin akan mengambil alih tugas menggerakkan skuter.
  • Ada juga ciri One Push Start, iaitu sistem akan mennghidupkan enjin dengan menekan butang kuasa sekali tekan saja. Tujuannya, meningkat prestasi dan menjimatkan penggunaan bahan api.

APLIKASI  Y-CONNECT

  • Pemilik boleh menghubungkan skuter dengan telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect.
  • Panel meter digital penuh dengan dua ikon telefon dan teks untuk paparan notifikasi.
  • Penunggang juga boleh memantau penggunaan bahan api menerusi Y-Connect secara masa nyata (real-time).
  • Y-Connect juga membolehkan pemilik menjejak lokasi terakhir skuter diparkir.

REKABENTUK DAN CIRI

  • Menampilkan rekabentuk gaya klasik, tetapi sarat pelbagai ciri moden yang memenuhi cita rasa penunggang muda.
  • Mengetengahkan rekaan bujur pada panel meter, lampu signal belok, lampu utama dan lampu brek belakang. Sistem lampu utama dan lampu brek belakang menggunakan teknologi LED.
  • Ada lampu kecemasan yang berfungsi mengaktifkan semua lampu signal belok serentak.
  • Papan lantai luas untuk keselesaan kaki.
  • Menggunakan sistem kunci pintar dengan fungsi kawalan jauh.
  • Memiliki dimensi panjang 1,820mm, lebar 685mm, dan tinggi 1,125mm, manakala jarak roda 1,280mm dan jarak lega bumi 135mm.
  • Berat 95kg, tinggi pelana 750mm, dan kapasiti tangki minyak 5.1 liter.
  • Rim 12 inci dibalut tayar 110/70 pada kedua-dua roda.
  • Menggunakan sistem brek cakera (depan), dan brek dram (belakang).
  • Ruang simpanan bawah pelana 17.8 liter. Juga disediakan dua cangkuk untuk menggantung barang.
  • Aksesori tambahan ditawarkan ialah jaring kargo dan penutup panel badan bercorak (sisi skuter).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Teknologi Yamaha Blue Core?
BACA >>> Yamaha Hasilkan Skuter Elektrik E01 Sama Kuasa Enjin 125cc Tahun Ini?
BACA >>> JPJ Umum Ujian Memandu e-Testing Bermula April Ini
BACA >>> #TahukahAnda: GoodYear Pernah Cipta Tayar Kereta Bercahaya

SUMBER: Yamaha Indonesia

Classy Yamaha Connected LUX Connected NEO roda2 skuter Skuter Hibrid Yamaha Blue Core Hybrid Yamaha Fazzio 125 Hybrid Connected Yamaha Motor Indonesia Yamaha Motor Indonesia (YMI)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.