Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter Comel Honda Genio Lancar di Indonesia, Harga Bermula RM5K Sahaja
Roda2

Skuter Comel Honda Genio Lancar di Indonesia, Harga Bermula RM5K Sahaja

Abang HirataBy Abang Hirata23/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI SEBALIK riuh rendah dengan motosikal super moped seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R, masih ramai yang gemaikan skuter kecil seperti Honda BeAT dan Yamaha Ego. Skuter jenis ini menawarkan tanda harga berpatutan, dan ringkas, manakala saiz badan memudahkan ia dikawal, terutama sekali buat penunggang kaum hawa.

Di Indonesia, PT Astra Honda Motor (AHM) baru saja memperkenalkan skuter kecil baharu, Honda Genio. Skuter ini menampilkan rekabentuk bergaya dengan sentuhan retro dan disasarkan kepada generasi muda. Genio dilengkapi enjin generasi baharu eSP 110cc yang ekonomikal dan frem baharu eSAF (enhanced Smart Architecture Frame).

BACA >>> Skuter Kuasai 84 Peratus Pasaran Motosikal Indonesia, Kapcai Bakal Pupus?

SESUAI SEMUA PENUNGGANG

Teknologi frem itu kali pertama diperkenalkan di Indonesia, menjadikan Genio lebih ringan, lincah dan selesa ditunggang. Dari segi rekabentuk pula, ketinggian pelana Genio, 740mm membuatkan skuter ini sesuai untuk penunggang lelaki dan wanita, dan ceria dipadankan bersama lampu LED.

Paparan meter ringkas dengan teknologi digital untuk maklumat halaju, jarak, minyak dan indikator eko bagi tunggangan efisien. Bagi kemudahan tunggangan harian, Genio mempunyai ruang simpanan saiz 14 liter dan slot pengecas.

Enjin baharu 110cc SOHC eSP dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI memberikan kuasa maksimum 8.8hp @ 7,500rpm dan tork maksimum 9.3Nm @ 5,500rpm, manakala pecutan 0-200 meter mengambil masa 12.4 saat dengan kelajuan maksimum 94kmj. Enjin ini turut dilengkapi penghidup ACG dan ISS (Idling Stop System).

Kapasiti tangki minyak Genio ialah 4.2 liter. Penggunaan minyak berdasarkan ujian dalaman dan kaedah ECE R40 mencatatkan 59.1km (dengan fungsi ISS) untuk setiap satu liter. Setangki penuh membolehkan motosikal ini ditunggang sejauh 248km.

Genio ditawarkan dalam dua varian: CBS dan CBS-ISS dengan 11 pilihan warna: Smart White Blue, Smart Red, Smart Black, Smart Black Red dan Smart Silver (CBS) dan Trendy Black Red, Trendy White Blue, Trendy White Red, Trendy White, Trendy Black dan Fabulous Matte Black (CBS-ISS).

PT Astra Honda Motor memasarkan Genio CBS pada harga Rp17.2 juta (RM5,030), manakala Genio CBS-ISS berharga Rp17.7 juta (RM5,180).

BACA >>> #BikinMotor: Honda PCX 150 Guna Tukar Rim RCB Yamaha NMax, Pasang Tayar Zeneos

GALERI
Honda Honda Genio Honda Indonesia PT Astra Honda Motor skuter Skuter AT
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.