• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Skuter Kuasai 84 Peratus Pasaran Motosikal Indonesia, Kapcai Bakal Pupus?

Skuter Kuasai 84 Peratus Pasaran Motosikal Indonesia, Kapcai Bakal Pupus?

October 23, 2017 By Aryon 3 Comments

922
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERUBAHAN trend pembeli Indonesia yang lebih berminat dengan motosikal automatik seperti skuter menyaksikan pasaran motosikal kapcai (dipanggil motosikal bebek) merosot teruk. Mujurlah kepelbagaian keadaan jalan raya di Negara Seberang itu sedikit sebanyak membantu menyelamatkan nyawa pasaran kapcai.

Berdasarkan data Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI), penjualan motosikal kapcai atau underbone sepanjang September lalu sekadar menyumbang 373,568 unit daripada keseluruhan jualan motosikal domestik di republik berkenaan, 4,340,252 unit.

BACA >>> 10 Motosikal Paling Laris di Indonesia, Skuter Honda BeAT Jadi Kegilaan

Daripada lima pengeluar motosikal yang menjadi ahli AISI, hanya empat pengeluar yang masih kekal mempertahankan penjualan kapcai di republik itu, iaitu Honda, Yamaha, Suzuki dan TVS.


“Kami melihat ragam pengguna sudah berubah, mereka lebih cenderung memilih motosikal praktikal dan serba guna. Wajarlah skuter sangat diminati dengan memiliki bahagian pasaran hingga 84 peratus, dan bakinya kapcai 8 peratus dan sport, 8 peratus,” kata Naib Presiden PT Astra Honda Motor (AHM), Johanes Loman pada majlis makan malam bersama pelumba MotoGP, Marc Marquez dan Dani Pedrosa di Jakarta pada minggu lalu.

Pengurus Besar Perancangan Pemasaran dan Divisi Analisis AHM, Agustinus Indraputra pula berkata, antara faktor membuatkan kapcai masih diminati ialah infrastruktur yang masih memerlukan pengguna menunggang kapcai.

BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Skuter Mio S, Khas Buat Si Gadis yang Menunggang

“Memang ada segmen yang mana pengguna masih suka kapcai. Pertama, mungkin dia mampu beli sport, berbanding skuter. Kedua, masalah jalan-infrastruktur juga masih menyokong pasaran kapcai, kalau jalan kurang bagus seperti di kawasan ladang, masih ada yang beli kapcai,” kata Indraputra.

Walaupun pasaran kapcai di Indonesia tewas kepada motosikal automatik atau skuter, tetapi bagi Indraputra, Honda tetap mengemaskini dan memperkenalkan produk baru bagi segmen underbone.

Sasarannya komuniti ladang, dan walaupun jualan menurun, kami tetap memberikan produk baharu. Kami tidak tinggalkan begitu saja walaupun pasaran mengecil, tetapi sampai bila pengguna akan memilih? Sumatera dan Kalimantan masih paling tinggi peminat kapcai. Berapa peratusan saya kurang jelas, tetapi kalau dibandingkan pulau Jawa, memang pasaran kapcai di Sumatera dan Kalimantan paling besar.”

-  AGUSTINUS INDRAPUTRA, Pengurus Besar Perancangan Pemasaran dan Divisi Analisis AHM

HONDA SUPRA GTR150

Daripada empat pengeluar, Honda Supra X125 CW menjadi jentera kapcai paling laris sepanjang September lalu dengan jualan 8,886 unit. Kedua terlaris, Honda Supra Fit (6,401 unit) dan ketiga disusuli Yamaha Jupiter Z Fi (5,794 unit). Masih di keluarga Yamaha, kedudukan keempat ialah Vega ZR Fi (1,871 unit), manakala Suzuki Smash Fi (1,485 unit) di tangga kelima.

Dalam segmen kapcai sport 150, Yamaha MX King 150 terjual 7,480 unit, diikuti  Honda Supra GTR150R (2,995 unit), manakala jualan Suzuki Smash Fi daripada Mac hingga September 2017 mencapai 2,367 unit, dan jualan September ialah 147 unit.

SUMBER: DapurPacu

Artikel Berkaitan

922
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Indonesia, Kapcai, motosikal, motosikal Indonesia, Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI), underbone

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
    Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
  • Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
    Patah Tulang Jari Tangan Kanan, Marquez Terlepas Aksi GP Argentina
  • Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
    Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman
  • Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang
    Lebuhraya Sungai Besi Jadi Lokasi Pertama Sistem Tol Tanpa Palang

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my