Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Skuter Bajet Kymco GP 125i Lancar di Jepun – ¥186,600 (RM6,776)
Roda2

Skuter Bajet Kymco GP 125i Lancar di Jepun – ¥186,600 (RM6,776)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju02/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KYMCO Japan C. Ltd meluncurkan skuter bersesaran 125cc baharu. Melihat saiz badan kompak dan ringan serta rekabentuk ringkas pasti mengingatkan kita kepada model legenda Suzuki V100 yang cukup popular suatu masa dulu.

Luaran Kymco GP 125i tampil sporty dan mewah menerusi padanan pemegang (carrier) logam, perumah cermin sisi dua tona warna dan segudang ciri terkini seperti soket pengecas USB, pelana boleh buka dengan satu sentuhan dan suis utama bersama pengatup.  Pembeli GP 125i akan menerima helmet atau kotak belakang Kappa.

Berikut ciri utama dimiliki Kymco GP 125i:

1. BADAN KOMPAK DAN RINGAN


Diameter roda kecil 10-inci depan dan belakang menawarkan pengendalian lincah di bandar. Lantai pemijak kaki rata dan pelana rendah memberikan posisi tunggangan ergonomik untuk pelbagai saiz penunggang. Tongkat sisi didatangkan sebagai standard untuk tujuan praktikaliti.

2. ENJIN

Pembangunan enjin silinder tunggal baharu 124cc penyejukan udara dengan kuasa 8.71hp dan tork 9.1Nm  mengukuhkan julat kelajuan rendah selain memberikan respon pecutan pantas dengan mengoptimumkan talaan kelajuan CVT.

BACA >>> Kymco Racing S 125 Facelift – Kini Lebih Ringan dengan 3 Mod Tunggangan Ergonomik

3. SUSPENSI DAN BREK


Rim aluminium ringan 10-inci menyumbang kepada pengurangan berat unsprung dan menambah baik prestasi jejak  pada suspensi. Brek cakera depan jenis petal menawarkan kuasa membrek cemerlang dan terkawal walaupun dalam kondisi jalan basah.

4. LAMPU LED


Mengambil berat hal keselamatan ketika menunggang malam, Kymco melengkapkan skuter ini dengan lampu belakang LED  untuk kejelasan superior dan lampu depan halogen jenis multi-reflektor untuk suluhan cahaya lebih besar walaupun ketika membuat belokan kecil.

5. PAPAN PEMUKA


LCD multifungsi memaparkan maklumat takometer secara analog, manakala spidometer, indikator minyak, odometer dan jam dipaparkan secara digital. Meter analog direka sporty dengan panel perak, jarum putih dan iluminasi jingga.

BACA >>> Honda Scoopy – Skuter Gaya Retro yang Jadi Fenomena di Indonesia

6. UTILITI


Membuka ruang simpanan bawah pelana cukup mudah dengan hanya satu sentuhan butang utama. Skuter kecil ini juga didatangkan dengan pemegang belakang jenis sayap yang boleh menempatkan kotak barangan (box), termasuk dilengkapkan poket simpanan di depan berserta soket pengecas USB, dan dua cangkuk barang. Pemijak kaki pembonceng boleh dilipat apabila tidak digunakan.

7. DUA PILIHAN WARNA


Kymco GP 125i ditawarkan dalam dua pilihan warna: Pearly White (putih) dan Golden Black (hitam) dengan aksen metalik. Tanda harga skuter tersebut ialah ¥186,600 (RM6,776).

BACA >>> #EICMA2017: BMW C 400 X – Gaya Baharu Skuter Urban yang Menyeronokkan

SUMBER: BikeBros

Kymco Kymco GP 125i Kymco Japan Co. Ltd Kymco Racing S 125 roda2 skuter skuter kymco
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.