Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Skuad Polis Paling Laju di Dunia Ada di Dubai
Autotainment

Skuad Polis Paling Laju di Dunia Ada di Dubai

Han OthmanBy Han Othman16/02/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INI mungkin skuad polis paling laju di dunia. Tidak cukup deretan bangunan tinggi, Dubai kali ini cuba mempesonakan dunia dengan barisan kereta polis mewah sebagai daya tarikan terbaru bandar raya itu. Limpahan kekayaan dimiliki kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) membolehkan projek kereta polis bertaraf mega itu disempurnakan dalam masa dua bulan saja.

Bermula April 2013, Polis Dubai memulakan projek mereka dengan memperkenalkan Lamborghini Aventador sebagai kereta peronda. Pemilihan Aventador sebagai debut kereta polis Dubai dianggap bijak berdasarkan faktor ‘wow’ dimiliki kereta itu jika dibandingkan dengan barisan supercar sedia ada di pasaran.

BACA >>> Enjin V12 Ferrari FF Akan Dilelong, Dipercayai Jadi Prototaip Ujian Kilang

Kemudian, Polis Dubai mengumumkan rancangan menambah model Ferrari FF dengan empat kerusi yang menawarkan lebih praktikaliti berbanding Aventador. Malah, bagi menjadikan ia lebih eksotik, Polis Dubai mengumumkan supercar buatan Itali itu hanya akan dipandu oleh pegawai polis wanita.

SERBA MEWAH

Selepas menyaksikan ‘uniform’ polis yang dikenakan pada dua model berkenaan, Polis Dubai merancang pula mendapatkan Mercedes-Benz SLS AMG dan Bentley Continental GT (dengan enjin W12!). Turut membarisi koleksi kereta mewah Polis Dubai adalah Aston Martin One-77 yang siap dengan lampu strob di atas bumbung.

Barisan supercar dimiliki Polis Dubai membuatkan kemunculan Chevrolet Camaro SS dianggap kereta kerdil saja sedangkan di mana-mana planet bumi ia dilabelkan sebagai kereta paling cool. Ketika umum mula berfikir mengenai Camaro yang bakal dijadikan pembantu peribadi kepada abangnya, Aston, masing-masing dikejutkan pula kehadiran Bugatti Veyron menerusi mesej Tweeter daripada Ketua Polis Dubai, Dhahi Khalfan Tamim.

Walaupun sekadar manipulasi imej, pengumuman Dhahi untuk mendapatkan Veyron bukanlah sesuatu yang mustahil diperoleh. Kalau sudah bosan dengan supercar sedia ada, siapa pun tidak dapat menyangkal kemampuan Polis Dubai membeli pula supercar dari Sweden, Koenigseggs pada bila-bila masa. Kini pun sudah ada pihak yang suka rela melakukan rekabentuk supercar itu berbaju Polis Dubai.

MEGAH DAN GAGAH

Semua supercar dimekapkan sebuah syarikat yang berpangkalan di kawasan industri Au Quoz membabitkan kerja tangan dari 67 pusat servis. Sentuhan latar putih dan strip hijau menjadi warna rasmi, termasuk logo Polis Dubai yang tersergam megah sama ada di atas bonet atau tepi badan kereta.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa Polis Dubai sanggup membazirkan sejumlah wang untuk mendapatkan barisan supercar sebagai kereta peronda mereka. Jawapan mereka cuma satu, kenapa tidak? Bukankah ia bertepatan dengan status Dubai yang digelar ‘Bandar Arab 1001 Lampu’. Justeru tidak salah menambah warna biru dan merah pada kereta mewah yang dianggap peminat automobil dunia sebagai eksotik.

BACA >>> Polis Dubai Berlatih Bawa Motor Terbang, Bakal Jadi Kenderaan Peninjau 2020

Tambahan lagi, kereta-kereta itu akan menghiasi sekitar bangunan ikon Dubai seperti Burj Khalifa atau Palm Jumeira yang menjadi tarikan pelancong dari serata dunia. Satu lagi fakta, semua supercar tersebut tidak akan digunakan dalam operasi kejar mengejar, sebaliknya cuma ditugaskan untuk meronda kawasan pelancongan sekitar bandar berkenaan.

Dubai bukan satu-satunya bandar yang memiliki supercar yang berpakaian uniform. Bezanya, pemandangan polis memandu sebuah supercar di Dubai tidak ubah seperti anda melihat polis memandu kereta peronda biasa di negara lain.

Lamborghini Aventador
Lamborghini Aventador
Ferrari FF
Ferrari FF
Mercedes Benz SLS AMG
Mercedes Benz SLS AMG
Bentley Continental GT
Bentley Continental GT
Aston Martin One-77
Aston Martin One-77
Chevrolet Camaro SS
Chevrolet Camaro SS
Buggati Veyron
Buggati Veyron
Aston Martin One-77 autotainment Bentley Continental GT Buggati Veyron Chevrolet Camaro SS Ferrari FF kereta polis dubai Koenigseggs Lamborghini Aventador Mercedes -Benz SLS AMG Polis Dubai Supercar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
McLaren 788HS 2027
Roda4

Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

09/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.