Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Škoda Connect – Aplikasi Mobil Pintar Ini Mampu Cegah Anak ‘Fly’ dengan Kereta
Autotainment

Škoda Connect – Aplikasi Mobil Pintar Ini Mampu Cegah Anak ‘Fly’ dengan Kereta

Abang HirataBy Abang Hirata02/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKNOLOGI konektiviti Internet kereta moden hari ini memang canggih-canggih belaka. Sebaik saja dihubungkan dengan aplikasi mobil yang dimuat turun dalam telefon pintar, pelbagai arahan, dan fungsi dapat dibuat walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer.

Terbaharu, Škoda menerusi aplikasi mobil, Škoda Connect menawarkan ciri notifikasi khas kepada ibu bapa sekiranya anak remaja memandu kereta mereka ke luar kawasan yang ditetapkan, atau berbahaya.

Fungsi dipanggil geofencing (pagar geo) ini memang sangat berguna sebagai alternatif baharu untuk  mengawasi sama ada seseorang remaja itu memandu kereta ibu bapa mereka dengan kebenaran atau sebaliknya.

BACA >>> Škoda Kodiaq vRS – SUV Prestasi Tinggi untuk Polis UK

SETKAN LOKASI LARANGAN

Bagi mengaktifkan fungsi ini, ibu bapa boleh menetapkan lokasi dalam peta apabila kereta dipinjam. Tetapan lokasi boleh dibuat sendiri menggunakan Škoda Connect. Aplikasi ini cukup berguna kepada ibu bapa yang tiada di rumah atau bekerja luar kawasan. Ini bagi memastika anak tidak melencong jauh atau ‘mencuri’ pinjam kereta secara diam-diam.

Secara terperinci, pengguna boleh menetapkan zon hijau sebagai radius lokasi pemanduan yang dibenarkan. Sekiranya kereta dipandu keluar dari zon tersebut, pengguna akan dimaklumkan melalui telefon pintar mereka. Pengguna juga boleh menetapkan zon merah untuk lokasi yang langsung dicegah atau diharamkan dipandu (mungkin ke kelab malam 🤨).

Menariknya, fungsi geofencing ini boleh ditetapkan hari dan masa mengikut kegunaan anak berlainan. Aplikasi mobil ini turut mampu mengawasi pelbagai lokasi dan ibu bapa akan menerima empat notifikasi pada masa sama.

BACA >>> Škoda Octavia – Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia

EKSTRA CIRI PINTAR

Aplikasi Škoda Connect turut menawarkan beberapa ciri pintar lain seperti maklumat tahap bahan api semasa, dan status kereta atau lokasi parkir. Melalui fungsi Trip Planner pula, sistem akan memeriksa kalendar dan diselaraskan dengan maklumat trafik semasa sebelum memaklumkan kepada pemilik bilakah masa sesuai untuk bertolak ke janji temu atau acara penting. Hebat bukan?

Škoda Connect bekerja seakan pembantu peribadi yang bertanggungjawab menguruskan segala tugasan harian anda. Paling mengujakan, selain mengawasi destinasi pemanduan anak, aplikasi ini juga menjadi medium alternatif yang mampu mendisiplinkan anak supaya tidak melanggari larangan ibu bapa.

Terima kasih kepada Škoda! Harapnya ciri ini dapat ditawarkan secara meluas pengeluar jenama lain juga.

BACA >>> Škoda Octavia – Jenama Ikonik yang Sudah 60 Tahun di Pasaran, Pernah Dijual di Malaysia

GALERI
Auto Terkini autotainment ŠKODA ŠKODA Connect ŠKODA Scala
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.