Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skandal Emisi Diesel [SIRI 2]: 6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Penyelesaian Volkswagen
Auto Terkini

Skandal Emisi Diesel [SIRI 2]: 6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Penyelesaian Volkswagen

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

skandal-penipuan-emisi-2

LEBIH tujuh bulan sejak Volkswagen mengakui terbabit dalam skandal emisi diesel Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), pengeluar automobil Jerman itu memberikan persetujuan bersyarat mengenai cara penyelesaian terbaik dalam usaha menjernihkan kontorversi yang berlaku.

Berikut ialah 6 perkara mengenai penyelesaian skandal diesel Volkswagen

1. PEMILIK BOLEH DAPATKAN SEMULA KERETA DIBELI

vw-tdi

Volkswagen menawarkan pembelian semula kereta-kereta diesel pemilik yang terjejas akibat kenderaan mereka dipanggil balik. Bagaimanapun, butiran kewangan mengenai tawaran tersebut belum dimuktamadkan dan masih tidak jelas berapa banyak wang akan dibayar Volkswagen kepada pelanggan mereka.

2. KERETA AKAN DIBAIK PULIH

ujian-emisi-vw

Jika pelanggan tidak mahu jual kepada VW, mereka boleh memilih menghantar kereta mereka dibaik pulih di pusat-pusat servis VW. Sekali lagi, pelan Volkswagen mengenai bagaimana membaik pulih kenderaan terjejas itu masih tidak didedahkan. Namun, pengeluar Jerman itu sudah menyatakan persetujuan bersyarat kepada EPA Amerika Syarikat dan pihak berkuasa California mengenai tawaran baik pulih berkenaan.

3. DANA PAMPASAN DITUBUHKAN

dana-pampasan-vw

Laporan mendakwa rundingan penyelesaian turut memperuntukkan sejumlah  ‘pampasan besar’ kepada pemilik kereta diesel yang terjejas dengan anggaran kira-kira AS$5,000 (RM19,532). Ini bermakna jumlah keseluruhan dana pampasan adalah sekitar AS$1 bilion (RM3.91 bilion) hanya untuk pemilik VW. Dana pampasan akan diuruskan Kenneth Feinberg, iaitu peguam pendakwa sama yang mengendalikan kes panggil balik kereta General Motors.

4. DANA PAMPASAN UNTUK ALAM SEKITAR

vw-dana-alam-sekitar

Sebagai tambahan pampasan kepada pemilik terjejas, VW juga menubuhkan dana pampasan untuk alam sekitar dengan objektif menggalakkan inisiatif ‘automotif hijau’ dalam usaha memulihkan alam sekitar selepas beberapa tahun membiarkan kenderaan jenamanya melepaskan nitrogen oksida pada paras berbahaya.

5. MASIH TIADA BAIK PULIH UNTUK 85,000 MODEL PORSCHE DAN AUDI

audi-tdi

Setakat ini, cadangan yang diumumkan itu hanya dikhaskan untuk pemilik VW dengan enjin diesel 2.0L. VW masih belum ada sebarang pelan baik pulih untuk kira-kira 85,000 unit Porsche dan Audi dengan enjin TDI V6 3.0L. VW juga masih belum mengenai bagaimana menyelesaikan semua isu tersebut, terutama membabitkan model segmen premium.

6. SEMUA BUTIRAN AKAN DIUMUMKAN JUN 2016.

rundingan-vw

Hakim Daerah AS, Charles Breyer menetapkan tarikh akhir pada 21 Jun ini supaya pihak-pihak terbabit memfailkan cadangan awal berhubung penyelesaian, di mana orang ramai berpeluang memberikan maklum balas sebelum ia dimuktamadkan. Perjanjian itu akan membantu VW mengelak perbicaraan berhubung perlanggaran emisi, termasuk kerugian kewangan kepada pelanggannya.

BACA: Skandal Emisi Diesel [SIRI 1]: TERGEMPAR!!! Jerman Panggil Balik 630,000 Unit Kereta

SUMBER: Autoguide.com

Auto Terkini automobil antarabangsa Charles Breyer Kenneth Feinberg penyelesaian skandal emisi Volkswagen skandal penipuan emisi diesel skandal penipuan emisi Jerman Volkswagen
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.