Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Sistem Infotainment yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Sistem Infotainment yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman15/03/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KESAN gaya hidup teknologi penduduk masa kini, membuatkan pengeluar mula memuatkan produk mereka dengan sistem infotainment dan dijangka menjadi ciri standard kereta moden masa kini.

Kajian dilakukan laman web beli-belah kereta online, AutoTrader mendedahkan pengguna kini mula meletakkan teknologi sebagai kriteria yang diambil kira ketika mahu membeli kereta baharu. Buktinya, 69 peratus bakal pembeli kereta baharu masa kini memberikan prioriti kepada teknologi berbanding warna.

Walaupun banyak teknologi dipersembahkan, ia tetap menyukarkan pemandu untuk memahami setiap ciri dan manfaat ditawarkan. Sistem infotainment ialah salah satu daripada teknologi itu. Ya, sekali lagi kami tampil dengan artikel penjelasan ekspres mengenai sistem infotainment yang semakin menjadi ciri biasa model kereta baharu hari ini.

BACA >>> Pendedahan Kedua: Proton GKUI – Sistem Infotainment Termaju dengan Arahan Suara

SISTEM INFOTAINMENT: MAKLUMAT DAN HIBURAN DALAM SATU UNIT

Sistem infotainment menyediakan maklumat, hiburan dan kawalan kepada pemandu, biasanya menerusi sebuah skrin video sama ada skrin sentuh atau antaramuka orientasi-punat.

Ciri biasa sistem infotainment terdiri daripada sambungan Bluetooth, navigasi GPS, penstriman muzik dan main semula muzik. Kos sebuah sistem infotainment tidak tetap, boleh jadi ratusan hingga ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti.

BUILT-IN ATAU SAMBUNGAN LUAR: MANA SATU LEBIH BAIK?

sistem-infotainment-kereta
Sistem infotainment menawarkan sejumlah ciri menarik seperti konektiviti Internet, panggilan bebas-tangan, kawalan suara pada sistem kereta dan integrasi dengan aplikasi telefon pintar. Anda boleh memasang sistem infotainment aftermarket, tetapi kebanyakan pengeluar kini sudah sedia menawarkan sistem infotainment sendiri. Walaupun setiap sistem ada perbezaan, tetapi rata-ratanya menawarkan fungsi yang sama. Perbezaan besar ialah metod konektiviti.

TAHUKAH ANDA?

Sesetengah sistem infotainment memuatkan sambungan selular bersepadu yang membolehkan kenderaan disambungkan terus kepada Internet. Beberapa sistem lain memerlukan pengguna menyambung telefon pintar mereka kepada sistem untuk mendapatkan sambungan. Setiap metod ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

  • Sambungan bersepadu membolehkan pemandu mendapat akses Internet dalam kenderaan. Anda boleh membuka, mengunci, menghidupkan dan mematikan kenderaan secara kawalan jauh. Anda juga boleh menjejaki tabiat pemanduan dan ada juga dilengkapi program anti-kecurian (anti-theft). Bagaimanapun, sambungan terbina dalam (built-in) memerlukan yuran bulanan atau tahunan.
  • Sambungan berasaskan telefon pintar tidaklah semudah atau selengkap sesebuah sistem infotainment, tetapi, tidak memerlukan sebarang yuran berkala. Tambahan lagi, sistem ini lebih murah kerana tidak perlu memuatkan perkakasan kesambungan.
  • Tanpa menghiraukan jenis sambungan, kebanyakan sistem infotainment dapat diintegrasikan baik dengan aplikasi telefon pintar biasa, sama ada platform Android atau iOS, termasuk Pandora, Spotify dan lain-lain.

APPLE CARPLAY: NIKMATI SIRI DALAM PERJALANAN

apple-carplay
Apple CarPlay ialah tambahan terkini Apple kepada set ciri iPhone. Ia ditawarkan kepada telefon iPhone bermula daripada model iPhone5. Ciri Apple CarPlay akan bersepadu dengan sistem infotainment kenderaan apabila telefon disambungkan dengan kabel.

Dengan sistem dipasang, pemandu boleh mengakses banyak ciri iPhone ketika memandu, termasuk buat panggilan, mesej dan navigasi. Pemandu juga boleh mengakses muzik yang disimpan dalam iPhone, termasuk menggunakan beberapa alikasi prapilih yang direka semula untuk kegunaan dalam-kereta (in-car) dengan selamat.

Apple CarPlay juga menggabungkan pembantu digital Apple, iaitu Siri, dan anda kini boleh menggunakan kawalan suara, antaramuka skrin sentuh atau kawalan in-car untuk memandu arah menerusi telefon anda. Panggilan telefon masuk akan dimainkan menerusi sistem stereo, manakala mesej teks akan dibacakan Siri dengan kuat. Anda turut boleh buat panggilan atau hantar mesej menggunakan kawalan suara Siri.

Kebanyakan pengeluar automobil memiliki sistem autotainment yang menyokong Apple CarPlay. Buat masa ini terdapat pada beberapa model berbeza seperti Ferrari, Honda, BMW, Mercedes-Benz, Hyundai dan lain-lain. Malah, ada banyak sistem infotainment aftermarket yang menawarkan sokongan kepada Apple CarPlay.

Ketahui lebih lanjut tentang Apple CarPlay menerusi pautan di bawah ini:

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 1/2]: Ketahui Sejarah Aplikasi Bebas Tangan

BACA >>> Apple CarPlay [SIRI 2/2]: Ketahui Fungsi, Kelebihan dan Cara Menggunakannya

ANDROID AUTO: DROID KEGEMARAN KINI DALAM KERETA

android-auto
Sama seperti Apple CarPlay, Android Auto menawarkan cara bersepadu untuk mengawal telefon pintar Android pemandu menerusi sistem infotainment kereta. Android Auto menampilkan banyak persamaan ciri dengan Apple CarPlay, walaupun tanpa Siri. Sebaliknya, Google menawarkan ‘Voice’ dan pemandu juga boleh mengawal telefon bimbit dengan arahan suara.

Hanya aplikasi rekaan tertentu yang boleh berkomunikasi dengan Android Auto, termasuk Spotify, Google Maps, Google Music, dan lain-lain. Android Auto memerlukan kabel USB standard untuk menghubungkan telefon pintar anda dengan sistem infotainment kereta.

Aplikasi Android Auto dilancarkan pada awal 2015 dan boleh digunakan menerusi sebarang telefon Android yang menggunakan platform Android versi Lollipop atau terkini. Banyak pengeluar memberikan sokongan perisian untuk Android Auto. Beberapa sistem aftermarket turut menyokong Android Auto.

Ketahui lebih lanjut tentang Android Auto dengan klik pautan di bawah ini:

BACA >>> Apakah Android Auto? Ketahui Fakta Lengkap Tentang Aplikasi Bebas Tangan Memandu Ini

BACA >>> Android Auto Tawar Ciri ‘OK Google’, Tidak Perlu Lagi Sentuh Skrin

Android Auto autotainment CarPlay Kawalan Suara sistem infotainment kereta teknologi automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

1 Comment

  1. TopColdAirIntake on 21/08/2017 17:26

    I am actually happy to read this weblog posts which consists of lots of valuable
    data, thanks for providing these information.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Petrol RON95
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

By Syafie26/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Roda2

MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

By Shazwan Hisam24/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Roda4

EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

By Shazwan Hisam04/11/2025
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.