Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Sistem CAT™ – Motosikal Moden Bakal Ada Teknologi Elak Perlanggaran
Roda2

Sistem CAT™ – Motosikal Moden Bakal Ada Teknologi Elak Perlanggaran

ZYBy ZY26/06/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA mereka yang biasa menunggang dalam bandar, anda mungkin perasan cermin sisi model kereta tertentu menyala dan berkelip-kelip apabila anda menunggang berdekatan atau melintasi kenderaan itu.

Teknologi itu, dinamakan Sistem Bantuan Pemandu Termaju atau Advanced Driver Assistance Systems (ADAS), kebiasaannya dibekalkan kepada kenderaan empat roda dan belum ada lagi teknologi seumpamanya untuk motosikal.

Tetapi situasi itu mungkin berubah tidak lama lagi.

BACA >>> Ford Paten Teknologi Kesan Penunggang Motosikal di Garisan Tengah Jalan

Syarikat start-up dari Israel, Ride Vision baru-baru ini mengumumkan rancangan membangunkan sistem ADAS, khas untuk motosikal selepas mendapat dana pelaburan awal daripada firma YL Ventures, juga dari Israel yang bernilai AS$2.5 juta (RM10 juta).

CAT™ – COLLISION AVERSION TECHNOLOGY

Diberikan nama CAT™ – Collision Aversion Technology (Teknologi Elak Perlanggaran), sistem pintar ini menggunakan sensor berupa kamera yang diletakkan sekeliling motosikal dengan sudut pandang seluas 360° untuk mengesan dan menganggar risiko kemalangan sepantas 100 milisaat.

Menurut pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ride Vision, Uri Lavi menerusi kenyataan dalam laman web rasmi:

Cabaran utama ialah aspek teknologi. Dari segi teknikal sangat mencabar untuk menerapkan penyelesaian teknologi yang bakal menambah kos, ruang atau berat, atau perlukan beberapa titik penglihatan untuk motosikal yang sempit.”

Jadi, fokus utama CAT™ ialah menerapkan teknologi pintar ini seringkas mungkin supaya tidak menimbulkan kesulitan kepada penunggang dan pada masa sama menjamin keselamatan tunggangan.

Mungkin ada penunggang tempatan yang tidak suka kerana teknologi ini berasal dari Israel, dan juga disokong firma pelaburan besar yang juga dari negara itu. Tetapi jangan lupa pula siapa di sebalik Facebook dan Waze. Kalau memang benar teknologi itu benar-benar membantu, apa salahnya ye tak?

BACA >>> GPS Motosikal: Waze vs Google Maps, Mana Satu Terbaik untuk Mat Motor?

Apa kata anda?

Ride Vision - CAT™ Collision Aversion Technology

SUMBER: BusinessWire

360 degree vision motorcycle advanced driver assistance systems autotainment CAT™ collision aversion technology Israel ride vision ride vision cat roda2 teknologi Teknologi Motosikal yl ventures
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Adventure Lebih Mampu Milik?

28/07/2026
Roda2

#Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
LS2 Global previu produk 2027
Aksesori

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.