Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Siapa Cetus Trend Pelekat Kucing Goyangkan Ekor di Cermin Belakang Kereta?
Auto Terkini

Siapa Cetus Trend Pelekat Kucing Goyangkan Ekor di Cermin Belakang Kereta?

Han OthmanBy Han Othman01/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA tentu perasan kebelakangan ini agak ramai pemandu meletakkan pelekat kucing ekor goyang pada bilah pengelap (wiper) cermin belakang kereta. Apabila dihidupkan, pelekat kucing itu kelihatan seperti menggoyang-goyangkan ekor.

Mungkin anda ingin tahu dari mana asal trend ini? Mari kita selidik asal-usul trend yang sedang jadi kegilaan sekarang ini.

Menurut sumber Internet, ada dua syarikat dari dua negara berbeza yang menjadi pereka dan pengeluar sah pelekat kucing pada wiper itu. Sebuah syarikat berlokasi di London, Britain dan sebuah lagi di Colorado, Amerika Syarikat (AS). Namun, syarikat mana yang mula-mula memperkenalkan trend pelekat kucing ekor goyang pada wiper itu tidak dapat disahkan kerana kedua-dua syarikat mempatenkan produk masing-masing pada tahun sama (2016).

Syarikat Britain mendaftarkan hak cipta (copyright) ‘WiperWagger’ pada 2016, manakala syarikat AS mendaftarkan tanda dagangan (trademark) ‘Wagging Wipers’ juga pada tahun ini. Malah, nama produk yang dikeluarkan itu juga ialah nama syarikat yang turut digunakan sebagai nama rasmi laman web dan laman sosial masing-masing.

Selain kucing, WiperWaggers (Britain) turut mengeluar pelekat wiper gambar lain yang terbahagi kepada tiga kategori; Haiwan, Manusia, dan Acara. Kategori Haiwan dipecahkan kepada pelbagai baka kucing dan anjing, manakala kategori Manusia pula menggunakan wajah tokoh-tokoh terkenal dunia seperti Nelson Mandela, Barack Obama dan Ratu Elizabeth. Akhir sekali, kategori Acara ialah pelekat yang direka khas sempena meraikan acara tertentu seperti perayaan Krismas atau kehadiran bayi baru dalam keluarga si pemandu.

kucing-waggingwiper
Bagaimanapun, Wagging Wipers (AS) pula hanya menumpukan kepada penghasilan pelekat anjing dan kucing pelbagai baka. Terdapat kira-kira 50 baka anjing yang dijadikan pelekat seperti Afghan Hound, Bernese Mountain dan Chihuahua, manakala kucing pula ada lapan jenis baka berbeza seperti Siam, Parsi Putih dan Maine Coon. Malah Wagging Wipers turut mereka pelekat kepala gajah dengan wiper beraksi sebagai belalai.

Kedua-dua syarikat juga ada menawarkan rekaan kustom bagi pelanggan yang mahu merekabentuk pelekat sendiri, termasuk menawarkan penghantaran ke luar negara menerusi pembelian langsung dari laman web rasmi atau pihak ketiga seperti eBay.

Tidak diketahui bagaimana pelekat tersebut menjadi trend di kalangan pemilik kereta di Malaysia. Namun, PanduLaju berpendapat trend berkenaan dibawa masuk oleh pelajar atau pekerja dari Britain atau AS yang pulang ke tanah air, atau mungkin juga pengaruh televisyen dan laman sosial. Ataupun pembaca seperti anda ada sebab lain yang dapat menjawab persoalan bagaimana pelekat kucing ekor goyang menjadi trend di Malaysia.

Seperkara lagi, kami juga tiada maklumat sama ada pelekat digunakan pemandu Malaysia ialah produk sah keluaran WiperWaggers atau Wagging Wipers. Kami mengesyaki pelekat-pelekat berkenaan dicetak sendiri atau diimport terus dari China.

INFO

wiperwaggers-logo

WIPERWAGGERS
Lokasi: London, Britain
Laman Web: www.wiperwaggers.com
Facebook: Wiperwaggers

waggingwipers-logo

WAGGING WIPERS
Lokasi: Colorado, AS
Laman Web: waggingwipers-com.3dcartstores.com
Facebook: Wagging Wipers


Berikut adalah beberapa kereta yang menggunakan pelekat kucing (atau gambar haiwan/benda lain) pada wiper cermin belakang kereta mereka. Menarik dan kreatif bukan?

pelekat kucing ekor goyang sticker kucing trend kereta trend kereta Malaysia Wagging Wipers WiperWaggers
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.