Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Siapa Cakap Kereta Hari Minggu? Lelaki Ini Pandu Lamborghini Setiap Hari
Autotainment

Siapa Cakap Kereta Hari Minggu? Lelaki Ini Pandu Lamborghini Setiap Hari

Han OthmanBy Han Othman09/05/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA mungkin pernah terdetik; “Kalaulah aku kaya nanti dan ada sebijik supercar, aku akan bawa kereta tu setiap hari dan ke mana saja.” Tetapi, itu cumalah kata-kata orang biasa.

Hakikatnya, rata-rata pemilik supercar jarang hendak memandu kereta mereka setiap hari. Kebanyakan mereka cuma memandu hari minggu atau acara istimewa tertentu. Sebaliknya, jika urusan biasa, mereka lebih gemar memandu sedan mewah biasa yang lebih praktikal, ekonomi dan reliabel seperti Mercedes-Benz atau BMW.

BACA >>> Uncle Ben kata, “Great Power Comes Great Responsibility”, Tapi Ramai Pemilik Supercar Lupa…

Bagaimanapun, tidak bagi pemilik Lamborghini Murcielago ini yang tiada masalah memandu keretanya setiap hari selama bertahun-tahun. Sebagai makluman, Murcielago ialah supercar engin-tengah 6.2L V12 yang mampu menjana kuasa 571hp. Ya, membaca spesifikasi asas sahaja pun kita merasakan supercar ini bukanlah kereta yang sesuai untuk kegunaan harian.

PANDU LAMBO SAMPAI 400,000KM

Namun, jurutera British Gas, Simon George dari England ini langsung tidak bermasalah melenjan jentera buas itu sehingga meter perbatuan mencecah lebih 258,000 batu (415,000km)  dengan menempuh pelbagai kondisi jalan dan cuaca! Malah, purata perjalanan hariannya ialah 290km! Seperti ulang alik dari KL ke Taiping setiap hari!

Menurut George, pada 2012, kereta dipandunya pernah hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok oak hingga menyebabkan kerosakan pada panel badan kereta dan frem bengkok. Kereta itu terpaksa dihantar ke bengkel untuk diluruskan semula frem, manakala enjin dan transmisi dibina semula. Apa yang bagus, Lamborghini Murcielago miliknya itu bertukar jadi baharu semula.

George kini merancang untuk terus memandu supercar bernilai suku juta dolar itu ke tempat kerja setiap hari. Malah, mensasarkan angka 482,800km (300,000 batu) setahun! Wow, sekali lagi tabik untuk Simon! Siapa cakap supercar tidak lasak?

BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki
BACA >>> Lamborghini Sián – Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

GALERI

SUMBER: RoadAndTrack | Autocar.co.uk

autotainment Lamborghini Lamborghini Murciealgo ragam automotif Simon Simon George
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

28/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.