Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Shell Malaysia Tambah Baik Program Kesetiaan kepada Tiga Peringkat, Tawar Ganda Mata Ganjaran
Auto Terkini

Shell Malaysia Tambah Baik Program Kesetiaan kepada Tiga Peringkat, Tawar Ganda Mata Ganjaran

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SHELL Malaysia dan BonusLink mengumumkan pembaharuan program ganjaran dan kesetiaan yang kini dengan struktur tiga peringkat serta gandaan mata ganjaran hingga lima kali ganda.

Sempena penstrukturan kutipan mata ganjaran, Shell Malaysia dan BonusLink mengajak orang ramai menyertai program tersebut untuk menikmati lebih banyak penjimatan ketika membuat pembelian runcit atau bahan api di stesen Shell.

Shell Malaysia menyatakan program kesetiaan ganjaran itu sudah memiliki lebih 14.9 juta ahli di seluruh negara. Pembaharuan program itu kini membolehkan pelanggan menggandakan kutipan mata ganjar mengikut peringkat iaitu:

  • Silver: Gandaan 1.5 kali poin
  • Gold: Gandaan 3 kali poin
  • Platinum: Gandaan 5 kali poin

Sebagai tambahan, tempoh ganjaran sudah dilanjutkan kepada dua bulan untuk membolehkan ahli menggandakan kutipan poin bagi memaksimumkan manfaat.

Pelanggan juga disaran beralih kepada penggunaan aplikasi Shell App untuk membuat bayaran supaya dapat mengakses lebih banyak ganjaran eksklusif berbanding penggunaan kad fizikal.

Pengurus Besar Shell Malaysia, Seow Lee Ming berkata;

Selama beberapa tahun, program ganjaran sudah menjadi sebahagian hubungan jenama-pelanggan. Tetapi di Shell, kami memberi fokus supaya pelanggan mendapat nilai terbaik setiap kali berkunjung (ke premis stesen Shell).

“Bersama BonusLink, kami memperbaharui ganjaran program untuk manfaat semua orang, bukan hanya untuk golongan  berbelanja besar. Dengan setiap kunjungan di Shell, ganjaran anda berganda, jadi lebih mudah melalui Shell App.

“Sejak kami melancarkan Shell App pada 2023, kami menerima banyak maklum balas bagaimana untuk menambah baik pengalaman pembayaran. Jadi, kami gembira memperkenalkan naik taraf Shell App, menjadikannya cara kegemaran untuk membuat pembayaran bahan api di Shell.

“Naik taraf ini mengukuhkan komitmen kami untuk menawarkan nilai lebih baik kepada pelanggan, memastikan setiap ringgit yang dibelanja membawa lebih banyak manfaat dan lebih memudahkan, serta lebih menambah baik pengalaman.”

autoterkini BonusLink kempen shell Program mata ganjaran roda2 Roda4 Seow Lee Ming Shell App Shell Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
    Auto Terkini

    Tonto Bakal Berdepan Penjara 5 Tahun, Denda Sehingga RM50,000!

    24/06/2026
    Auto Terkini

    Lumba Haram Bakal Ada Hukuman Baharu, Apa Anda Perlu Tahu Tentang Seksyen 42A?

    24/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    24/06/2026
    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    24/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.