Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Shell Bantu PKS, Tambah Produk 29 Usahawan Tempatan, Barang Keperluan Harian
Auto Terkini

Shell Bantu PKS, Tambah Produk 29 Usahawan Tempatan, Barang Keperluan Harian

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/09/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SHELL Malaysia mengumumkan tawaran lebih banyak barangan untuk dipilih di Shell Select termasuk produk ciptaan 29 usahawan terpilih daripada program Realisasi Impianmu Bersama Shell. Bukan itu sahaja, ada juga pilihan barang keperluan harian.

Inisiatif itu sebenarnya adalah usaha Shell mencari solusi terbaik untuk membantu masyarakat setempat atau di sekeliling kawasan premisnya.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Stesen Shell Mint Hotel Dapat Piawaian Emas GBI

Usaha itu termasuk mengubah stesen-stesen Shell menjadi pusat sehenti serta menawarkan persekitaran selamat kepada pelanggan yang membuat isian semula bahan api.

Pada masa sama, mereka juga boleh membeli pelbagai barang pada harga berpatutan sambil membantu kumpulan Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS).

Pengurus Besar Mobiliti Malaysia & Singapura, Seow Lee Ming berkata:

“Buat masa ini, kami ada 29 rakan tempatan yang dipilih daripada program Realisasi Impianmu Bersama Shell yang membekalkan produk mereka ke Shell Select.”

Beliau menjelaskan, antaranya termasuk rakan-rakan tempatan Shell Private Label yang baru dilantik. Ia adalah satu usaha daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Malaysia.

“Usaha itu ada contoh komitmen kami untuk memenuhi keperluan harian komuniti, termasuk tawaran produk inovatif PKS tempatan dan pilihan serta kepelbagaian kualiti barang keperluan harian.”

Mengulas lebih lanjut, Lee Ming berkata, pihaknya benar-benar mengambil berat soal kebajikan rakyat Malaysia.

“Sebagai satu tempat kemudahan untuk mengisi bahan api dan membeli barang keperluan harian, kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa kesejahteraan mereka adalah keutamaan kami.

“Kami berusaha untuk memberi satu persekitaran selamat dan selesa di stesen-stesen kami dengan SOP ketat sambil menambah baik produk serta perkhidmatan kami, selari dengan komitmen untuk menjadikan perjalanan hidup lebih bermaksa. Kita jaga Kita.”

BACA >>> Kiosk Makanan Deli by Shell Pertama Kini Dibuka di Stesen LRT Abdullah Hukum

Rak-rak Shell Select di Malaysia kini disusun dengan satu pilihan produk lebih luas dan berbagai seperti berikut:

  • Snek dan produk konfeksi
  • Minuman bukan beralkohol
  • Makanan sedia dimakan
  • Produk PKS tempatan pula merangkumi 
  • Joe Flizzow x deli2go’s gourmet burger ayam
  • Martabak ayam dengan keju lava
  • Martabak kambing 
  • Jus nanas sumber tempatan

Barang keperluan harian ditawarkan adalah tepung, minyak masak, gula, biskut, sos, sardin, mi, santan dan pelbagai jenis minuman.

Sempena semangan Hari Merdeka dan sambutan Hari Malaysia, pelanggan kini boleh menikmati promosi istimewa di stesen Shell terpilih bermula 16 Ogos hingga 30 September 2021. 

Bermula Oktober ini, Shell Malaysia juga akan menyertai kempen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu Kempen Beli Barangan Malaysia untuk terus bantu dan menambah baik ekonomi PKS tempatan.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman: www.shell.com.my.

BACA >>> Nak Cebok Tak Ada Air, Lelaki Ini Minta Bantuan Kecemasan Guna Setel Petronas
BACA >>> #BikinMotor: Ayam Cemani Jadi Ilham Mofifikasi Suzuki Satria @ Belang
BACA >>> Shell Lancar Kempen FuelSave 95, Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza

IKS Shell Realisasi Impianmu Bersama Shell Seow Lee Ming Shell Malaysia Shell Private Label Shell Select
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.