Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Senarai Model Paling Selamat Antara Selamat Euro NCAP 2019
Auto Terkini

Senarai Model Paling Selamat Antara Selamat Euro NCAP 2019

Abang HirataBy Abang Hirata16/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM pengkelasan rating ujian perlanggaran Euro NCAP, pengguna sering ditonjolkan dengan model yang menerima skor lima bintang. Adakah semua kereta yang mendapat rating lima bintang itu sama? Ya, jika dikira dalam kelompok lima bintang, tetapi masih ada ruang untuk membezakannya.

Euro NCAP mengambil inisiatif mencari model terbaik antara terbaik untuk 2019. Daripada senarai tersebut, nampaknya jenama premium menguasai carta, kecuali Renault dan Subaru yang berjaya menempatkan model masing-masing dalam kelompok elit.

Daripada senarai itu juga, Euro NCAP menyenaraikan model pelbagai kategori daripada Kereta Famili Kecil hingga Supermini sebagai rujukan pengguna.

BACA >>> 5 Model Kereta Paling Selamat untuk Kanak-Kanak Mengikut Rating Asean NCAP

MODEL ‘BEST OF THE BEST’ EURO NCAP 2019

Mercedes-Benz mengekalkan kedudukan sebagai Kereta Famili Kecil Terbaik menerusi CLA yang mengambil alih sedan A-Class, tahun sebelumnya. CLA memperoleh lebih 90 markah dalam tiga daripada empat aspek keselamatan, dan turut mencatatkan rating keselamatan keseluruhan terbaik 2019.

Mazda3 cemerlang pula menduduki tempat kedua dalam kategori sama di bawah CLA dengan mencatatkan prestasi terbaik dalam perlindungan penumpang dewasa.

BACA >>> Tesla Model X Dapat Rating 5 Bintang Euro NCAP, Antara Model 2019 Paling Selamat

Tesla Model X memenangi kategori Off-Road Besar, manakala Model 3 di tempat teratas kategori Elektrik dan Hibrid yang juga berkongsi terbaik bersama BMW 3 Series dalam kategori Kereta Famili Besar. BMW unggul dalam perlindungan pejalan kaki, dan Tesla cemerlang dalam aspek Bantuan Keselamatan.

Di celahan jenama Eropah dan Amerika Syarikat, Subaru dari Jepun menempatkan Forester dalam kategori Off-Road Kecil/MPV Kecil. Satu lagi jenama Jepun, Mazda CX-30 berkongsi tempat kedua dengan VW T-Cross.

Dalam kategori Supermini, Audi A1 berkongsi tempat dengan Renault Clio yang model popular dalam kalangan pengguna Eropah, manakala tempat kedua diraih Ford Puma.

Selain kategori di atas, BMW Z4 memperoleh kategori khas dan satu-satunya roadster diuji pada 2019 dengan menetapkan standard baharu dalam segmennya.

TERBAIK MENGIKUT KATEGORI EURO NCAP 2019

KERETA FAMILI BESAR

  1. Tesla Model 3, dan BMW 3 series
  2. Škoda Octavia

OFF-ROAD BESAR

  1. Tesla Model X
  2. SEAT Tarraco

KERETA FAMILI KECIL

  1. Mercedes-Benz CLA
  2. Mazda 3

OFF-ROAD KECIL/MPV

  1. Subaru Forester
  2. Mazda CX-30, dan VW T-Cross

SUPERMINI

  1. Audi A1, dan Renault Clio
  2. Ford Puma

HIBRID & ELEKTRIK

  1. Tesla Model 3
  2. Tesla Model X
Auto Terkini Best of The Best 2019 Crash Test Euro NCAP Ujian kemalangan ujian perlanggaran
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.