• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Senarai 10 Model Kereta Paling Laris Malaysia Setakat Ogos 2023

Senarai 10 Model Kereta Paling Laris Malaysia Setakat Ogos 2023

December 12, 2023 By Shawkath Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA ada tertanya kereta apa paling popular dan laris di Malaysia? Jawapannya ialah Perodua Bezza, bukan Myvi generasi ketiga atau Proton Saga.

Kedudukan itu ditentukan menerusi jumlah kenderaan yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh lapan bulan antara 1 Januari dan 31 Ogos 2023.

Bagaimanapun, kedudukan berkenaan mungkin berubah kerana setiap model masih ada tempoh empat bulan sebelum 2023 melabuhkan tirai.

Apa yang pasti, lima model Perodua menduduki ranking 10 kenderaan paling popular tahun ini (setakat 31 Ogos 2023). Cuma Perodua Aruz gagal melayakkan diri dalam senarai tersebut.

Malah tiga kedudukan teratas didominasi barisan produk Perodua iaitu Bezza, Myvi dan Axia. Kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza pula menduduk ranking kelima diikuti Ativa, keenam.

Perodua Bezza (2020)
Proton Saga 2022

Proton mengisi tiga kedudukan dalam senarai sama. Proton Saga menduduki tempat keempat, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) X50, ketujuh dan Persona melengkapkan senarai 10 model paling popular tanah air.

Jenama Honda dan Toyota juga ada dalam senarai tersebut dengan City di tangga kelapan, disusuli trak pikap Hilux di kedudukan kesembilan. Berikut senarai model dan jumlah pendaftaran setakat 31 Ogos 2023:

  1. Perodua Bezza: 56,735
  2. Perodua Myvi: 45,014
  3. Perodua Axia: 44,722
  4. Proton Saga: 44,696
  5. Perodua Alza: 23,390
  6. Perodua Ativa: 22,453
  7. Proton X50: 22,294
  8. Honda City: 18,647
  9. Toyota Hilux: 17,148
  10. Proton Persona: 16,555

SUMBER: Data

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda City, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta popular 2023, Perodua Bezza, Perodua Myvi, Proton Saga, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
    Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
  • BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
    BAS.MY Kini di Kedah, Perlis! Tambang Percuma Tanpa Had untuk Pelajar, OKU dan Warga Emas
  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • #Perbandingan: Proton X50 Flagship vs Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH, Mana Lebih Berbaloi?
    #Perbandingan: Proton X50 Flagship vs Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH, Mana Lebih Berbaloi?

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev