• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Proton Saga (2022) Versi Dipertingkat Lancar dalam 4 Varian, Harga Mula RM34k!

Proton Saga (2022) Versi Dipertingkat Lancar dalam 4 Varian, Harga Mula RM34k!

May 12, 2022 By Shawkath Leave a Comment

901
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON sebentar tadi melancarkan Saga (2022) versi dipertingkat yang hadir dengan beberapa pembaharuan, termasuk memperkenalkan satu varian baharu berstatus perdana.

Ada empat varian diumumkan dalam lima pilihan warna segar pada harga jualan asas bermula serendah RM34,400. Berikut perincian Saga (2022):

VARIAN DAN HARGA

  • 1.3 Standard MT - RM34,400
  • 1.3 Standard AT - RM38,300
  • 1.3 Premium AT - RM41,300
  • 1.3 Premium S AT - RM44,300

* Harga atas jalan tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai jualan hingga 30 Jun 2022.

WARNA

saga-rosewood-2022-1
saga-rubyred-2022-1
saga-silver-2022-1
saga-white-2022-1
saga-jetgrey-2022-1
  • Ada lima warna pilihan: Ruby Red (merah), Rosewood Maroon, Jet Grey (kelabu), Armour Silver (perak) dan Snow White (putih).

TRENKUASA

  • Enjin aspirasi natural (NA) 4-silinder 1.3L VVT DOHC berkuasa 93.7hp @ 5,750rpm dan tork 120Nm @ 4,000rpm.
  • Ada dua pilihan transmisi mengikut model: manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.

  • Rupa depan kini memaparkan logo Harimau baharu berbentuk bulat seperti model X70 versi CKD.
  • Logo sama diaplikasi pada rim.
1.3 Standard MT:
  • Transmisi manual 5-kelajuan
  • Rim 14 inci keluli
  • Lampu depan halogen
  • Cermin sisi disepadukan dengan lampu signal belok, dan boleh dilipat.
  • Unit audio standard dengan dua pembesar suara.
  • Penyaman udara manual.
  • Ada penapis kabin N95.
  • Hanya satu port USB.
  • 2 beg udara, Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), sensor undur dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.
1.3 Standard AT

Mirip versi manual tetapi dengan beberapa penambahbaikan seperti:

  • Transmisi automatik 4-kelajuan
  • Lampu kabin.
  • Grip tangan tambahan di depan dan belakang.
  • Tiga port USB.
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Pegun Bukit (HHA) dan Kawalan Traksi (TC).
1.3 Premium AT

Menerima beberapa perubahan daripada varian Standard AT, iaitu:

  • Rim aloi 15 inci baharu.
  • Unit infotainmen skrin sentuh 7-inci.
  • Ada tambahan lampu siang (DRL) LED.
  • Butang kawalan audio pada stereng.
  • 4 pembesar suara.
  • Kamera undur dan sensor parkir depan.
1.3 Premium S AT

  • Menerima spesifikasi sama seperti Premium AT, tetapi dengan tambahan berikut:
  • Skirt sisi dan spoiler bawah bampar depan.
  • Ada lip bampar belakang.
  • Cermin sisi lipat automatik.
  • Ada butang buka but belakang.

  • Sistem entri tanpa kunci (keyless).
  • Tema kabin gelap dengan lampu kabin automalap.
  • Aksen tona merah pada penyaman udara, sulaman benang merah dan karpet.
  • Stereng kulit tiruan (leatherrette).
  • Kerusi semi-kulit tiruan (tiga varian lain menggunakan fabrik).
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 0
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 13
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 2
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 3
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 8
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 11
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 12
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 1
db6e4bd2-b985-4799-bf1c-65f45a4909ee
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 10
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 7
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 15
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 4
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 9
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 5
PROTON SAGA 1.3 PREMIUM S AT - 6
proton saga-2022-1
proton saga-2022-2
proton saga-2022-3
proton saga-2022-4
proton saga-2022-5
proton saga-2022-6
proton saga-2022-7
proton saga-2022-8

Related

901
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Proton, Proton Saga (2022), Roda4, Sedan A Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev