Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Minyak Sekarang Harga Siling atau Tetap? ‘Spy’ Kompeni Minyak Ini Berikan Penjelasan
Sembang Deras

#SembangDeras: Minyak Sekarang Harga Siling atau Tetap? ‘Spy’ Kompeni Minyak Ini Berikan Penjelasan

Han OthmanBy Han Othman30/03/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI yang bertanyakan kepada kami sama ada harga minyak yang baru diumumkan semalam ialah harga siling atau tidak. Kebetulan banyak juga media menguar-uarkan berita sensasi tentang perang harga yang bakal berlaku. sehinggakan ada yang beranggapan sekiranya ada 10 pengusaha (dealer) stesen minyak sekitar Bangsar, maka ada 10 harga minyak berbeza di kawasan itu. Persoalannya, benarkah?

Jadi wakil PanduLaju, Bang Nin terus saja menghubungi ejen perisik atau spy rasmi kami, Djar the Petrolman (DTP) untuk mengetahui gambaran sebenar tentang situasi yang berlaku. Walaupun DTP ialah individu yang minta dirinya dirahsiakan, tetapi sebagai makluman pembaca semua, DTP kini bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat minyak antarabangsa terkenal di ibu kota. Maklumat terpaksa dirahsiakan atas dasar keselamatan. Sudah nama pun spy.

Mari kita ikuti perbualan antara Bang Nin dan DTP:

Bang Nin: Sahih ke bukan harga siling?

DTP: Sahih la bang, RM2.13 tu memang harga final. Jadah harga siling? Rugilah dealer. Semalam (Selasa) dan hari ini (Rabu) sah kompeni minyak akan paksa dealer top up minyak. Lagipun KPDNKK dah maklum, kalau dealer nak buat diskaun kena beritahu dia orang dulu.

Bang Nin: Bukan apa, banyak media cakap itu harga siling. Dealer boleh turun minyak lagi.

DTP: Ye lah. Memang boleh, tapi rugi. Yang boleh turun tu, minyak RON95, RM2.13. Dia orang mungkin boleh turunkan RM2.10. Tapi KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Kepenggunaan) pun dah cakap dalam berita, kena maklumkan kat dia orang dulu.

Awal mekanisme ni aku tak rasa dealer turunkan harga. Kompeni minyak yang akan kawal harga nanti. Jadi, bila KPDNKK bagi harga siling, kompeni-kompeni minyak kat Malaysia ni akan tetapkan harga masing-masing. Mungkin kita akan ada banyak harga minyak berbeza ikut jenama. Bukan ikut dealer.

Bang Nin: Hah, kira harga siling jugalah tu. Cuma bukan ikut dealer, tapi ikut kompeni minyak.


DTP: Tak juga. Kalau harga siling, KPDNKK mesti kena sebut dalam surat makluman tadi (semalam). Dia takkan letak tajuk ‘harga jualan runcit’. Jadi, bila sudah sebut ‘runcit’, maknanya tetap – fixed! Pasal dealer mungkin turun harga yang aku cakap tadi, sebabnya ada sistem pam yang tak boleh terima kalau *rounding tak betul.

* Bundar kepada perpuluhan terdekat

Bang Nin: Apa jadi kalau kompeni minyak berdegil juga nak turun harga walaupun Kerajaan letak harga tetap?

DTP: Hahaha. Boleh jadi juga. Tapi siapa nak rugi? Kena win-win sebab nak jaga peniaga. Kalau melingkup, susah juga dia orang (kompeni minyak) nanti. Apapun macam aku kata tadi, kompeni minyak yang akan tetapkan harga dan dealer akan ikut saja. Kalau ada 5 jenama, ada 5 harga lainlah nanti. Ini kemungkinan paling hampir dan munasabah dengan situasi Malaysia kalau harga siling dibuat. Bukan setiap stesen lain harga macam orang ramai faham.

Bang Nin: Ada benda lain nak komen?

DTP: Ada. Kalau kau baca berita TheStar tadi (baca: SINI), PetDag (Petronas Dagangan Berhad) pun nak tunggu dan lihat. Kalau dia orang tak buat, aku rasa kompeni minyak lain pun tak buat juga. Tapi aku ada juga dengar khabar angin pasal Shell mungkin akan mula buat dulu harga rendah sebab dia orang betul-betul nak bagi diskaun. Tapi itulah, setahu aku kos operasi stesen Shell antara paling tinggi.

Bang Nin: Ini kalau kau tipu memang kena terajang juga ni.

DTP: Betullah hoi. Kalau ada perubahan aku maklumlah nanti.

Bang Nin: Tapi gaya kau ni macam penyokong tegar kepimpinan sedia ada saja. Geram pula aku.

DTP: Kahkahkah. Itu rahsialah. Apa benda nak politik pula. Benda profesional kena bincang profesionallah. Dah Kerajaan sekarang buat harga minyak ikut pasaran global, kenalah ikut. Banyak negara buat benda sama. Ada juga negara bagi subsidi, biasanya negara OPEC (pengeluar minyak) dan ada negara buat market liberalized (bebaskan pasaran) macam Amerika sampai dealer boleh beli minyak sendiri dan letak harga sendiri.

Bang Nin: Aku nak makan nasi ni. Malas aku nak layan kau.

DTP: @%fj*&

Bang Nin Djar the Petrolman harga petrol harga siling minyak sembang deras
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Penunggang motosikal si minyak hijau RON97
Auto Terkini

Harga Petrol Turun 2 Sen Minggu Ini!

11/12/2025
PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
Auto Terkini

PMX Komited, Subsidi Bersasar RON95 Mula Hujung Bulan Ini

19/09/2025
Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.