Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Hmmm… Masalah Juga Kalau Ada Nombor Plat Nama Sendiri
Sembang Deras

#SembangDeras: Hmmm… Masalah Juga Kalau Ada Nombor Plat Nama Sendiri

Han OthmanBy Han Othman06/06/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN menerusi Kementerian Pengangkutan baru-baru ini mengumumkan membuka tender nombor pendaftaran siri khas ‘Malaysia’ pada bulan depan, termasuk siri nombor plat negeri individu seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan lain-lain yang akan menyusul kemudian.

Malah, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam sidang media sama turut memaklumkan kesediaan kementerian untuk mengkaji pengenalan nombor pendaftaran individu di Malaysia.

Jika dilaksanakan, Loke memberikan contoh, pemilik boleh menggunakan nama sebenar mereka untuk kenderaan mereka. Misalnya ALI 2468 atau NAJIB 26. Malah, pemilik  juga boleh memilih nombor peribadi dengan bayaran tertentu. Kata Loke, hasil jualan nombor peribadi itu semestinya mampu menjana pendapatan kementerian.

PENDAPAT KAMI?

Bersetuju seperti apa dimaklumkan Loke, nombor plat dengan nama dan nombor peribadi sebenarnya sudah lama diperkenalkan di luar negara. Abang berpendapat tiada isu besar jika mahu diperkenalkan di Malaysia. Malah cadangan seumpama itu sudah dikecohkan sejak 2012 lagi. Ya, sudah 6 tahun! Pung pang pung pang saja lebih.

Cuma apa yang patut ditelitikan ialah masalahan berbangkit yang mungkin berlaku jika dilaksanakan. Antaranya, apa akan jadi jika pemilik dengan nombor peribadi mahu menjual kereta mereka? Adakah pemilik dibenarkan mengekalkan nombor plat sama tanpa perlu beli kereta baharu?

Ini kerana mengikut syarat sedia ada, pemilik hanya boleh mengekalkan nombor plat lama dengan syarat dia menukar pindah kepada kenderaan baharu (motor atau kereta), iaitu mesti ada kereta baharu dan lama atas nama pemilik sama dengan cara penukaran seperti di bawah ini:

  • Nombor Pendaftaran Lama –> Kereta Baharu
  • Nombor Pendaftaran Baharu –> Kereta Lama

Selain syarat di atas, nombor pendaftaran lama juga boleh dikekalkan kalau kereta lama pemilik hilang atau musnah. Itupun untuk digunakan pada kereta baharu juga.

SIAPA NAK BELI NOMBOR PLAT ‘AMIN’?


Jadi, jika nombor pendaftaran peribadi diperkenalkan, syarat sedia ada pastinya menyukarkan pemilik menjual kereta mereka. Ini kerana takkanlah abang nak beli kereta bernombor plat AMIN 234? Siapakah Amin di hati abang? Jadi mahu tidak mahu, untuk menjual kereta lama, Amin kena beli kereta baharu dengan nombor pendaftaran umum, dan ditukarkan dengan nombor pendaftaran lama (AMIN 234) sebelum jual kereta itu.

Kata kuncinya, Amin kena beli kereta baharu untuk jual kereta lama.

Nombor pendaftaran peribadi berbeza berbanding nombor siri khas seperti ‘Malaysia’ atau ‘Selangor’ yang masih ada kelompok pembeli dan peminat besar. Ada orang tidak ambil pot sangat pun kalau dia beli kereta dengan nombor plat ‘Malaysia’ atau ‘Selangor’. Sama macam orang Kedah beli kereta bernombor plat Wilayah (W atau V), atau orang KL beli kereta bernombor plat Selangor (B). Cuma nombor katanya.

Sebaliknya nombor pendaftaran peribadi lebih spesifik dan ada sentimen. Yang mahu beli nombor AMIN 234, semestinya pembeli yang bernama Amin juga, atau sesiapa ada kena sentimen dengan nama itu (mungkin abah atau suami dia nama Amin). Selain itu, siapa pula Amin di hati mereka? Pelik pula kalau Jamal membeli nombor plat AMIN.

Macam lecehkan?

Jadi antara penyelesaiannya, Amin patut dibenarkan memiliki nombor tersebut (AMIN 234) tanpa perlu dia beli kereta baharu, dan pemilik baharu kereta Amin diberikan pilihan membeli nombor pendaftaran baharu. Sebelum siapa pening kepala, situasi ini untuk kes kenderaan terpakai saja OK.

Tapi, takkanlah kementerian tak terfikir ye dak? Saja je abang nak buat kontroversi.

– Bang Nin

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kementerian Pengangkutan nombor pendaftaran Nombor Pendaftaran Peribadi nombor plat Nombor Plat Peribadi sembang deras
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

26/06/2026
Nozel RON95 dan RON97
Auto Terkini

RON97, RON95 Tanpa Subsidi Turun 25 Sen, Diesel Semenanjung Malaysia Turun 30 Sen

25/06/2026
Auto Terkini

Etnik Rohingya Tidak Layak Miliki Lesen Memandu Malaysia

25/06/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

MOF Pertimbang Konsep ‘Approved Person’ Dalam BUDI Diesel

24/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Honda N-BOX 2027
Roda4

Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

By Abang Hirata22/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

By Abang Hirata18/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

By Syafie23/06/2026
Roda2

Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

By Abang Hirata20/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.