Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Hak Minum Arak Itu Macam Mana?
Sembang Deras

#SembangDeras: Hak Minum Arak Itu Macam Mana?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEBELAKANGAN ini kecoh pasal isu kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk. Seperti biasa, media berbahasa Melayu sangat vokal mendedahkan berita ini dan lantang mendesak Kerajaan supaya mengetatkan undang-undang ke atas pemandu mabuk. Sebaliknya media bukan Melayu agak kurang lantang membuat pendedahan.

Malah terdengar desakan yang menggesa arak diharamkan? Nampak semacam payah dilakukan dalam konteks negara berbilang bangsa. Malah sesetengah pemimpin muslim sendiri mengatakan orang bukan Islam ada hak minum arak. Isunya, hak minum arak itu macam mana?

Adakah rasional Malaysia suatu masa nanti arak itu cuma dibenarkan minum di rumah dan tiada lagi dijadikan menu utama di kelab malam atau pusat hiburan? Selain aspek ekonomi, arak sebenarnya tiada langsung manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental. Lebih bahaya adalah apa yang kita sedang hadapi sekarang, arak berpotensi menghilangkan nyawa manusia lain yang tidak berdosa. Bukan pasal kemalangan saja, malah isu-isu lain juga.

Benarkah negara selain Malaysia yang majoriti penduduknya bukan Islam sangat terbuka dengan arak? Jom kita baca pendapat Nami Cob Nobbler pasal isu ini.

BACA >>> #SembangDeras: Rossi Cuma Ada Dua Pilihan, Petronas SRT atau Bersara!
BACA >>> #SembangDeras: Balai Polis Tu 24 Jam, Dah Kenapa Semua Histeria Nak Balik Kampung?

* Tulisan sudah disunting dengan izin penulis. Tulisan asal boleh dibaca menerusi di Facebook penulis.  

HAK MINUM ARAK ADALAH HAK BUKAN ISLAM” – MEH AKU JAWAB

Ramai orang yang pertahan penjualan arak cakap, itu (minum arak) hak orang bukan Islam.
Habis tu, hak stoner untuk hisap ganja macam mana?

Kau nak sembang pasal budaya minum arak ke? Minuman alkohol pertama direkodkan bermula kat kawasan Mediterranean 4,000 tahun dulu.

Pengguna pertama ganja pula sejak 3,000SM, iaitu 5,000 tahun lepas. Ganja hanya dianggap sebagai dadah haram selepas Amerika Syarikat melabelkan sebagai dadah sebab pekerja ladang kulit hitam (ya, yang korang para BLM-ers perjuangkan tu konon-konon) suka hisap ganja dan malas nak kerja di ladang Orang Putih.

Aku sebenarnya tak ada masalah dengan arak. Arak tak menjana pun tenaga kreatif, hanya tenaga destruktif dan menyakitkan emosi dan mental, kadangkala fizikal. Tapi if alcohol is your cure, tak ada hal. Cuma jangan minum kat luar. Minum je dalam rumah.

Tak kisah pun kau nak hisap ganja ke, minum arak ke, hisap gam ke, minum ketum ke, layan LSD ke, layan shroom ke, layan syabu ke, layan ketamin ke, aku tak kisah. Asalkan kau jangan layan luar rumah!

Kau kena faham, ada ruang peribadi dan ada ruang awam. Ruang peribadi kau, kau nak minum sampai tergolek pun lantak kaulah. Tapi jangan bawa ke ruang awam.

Aku tak ekstrem macam Bawon yang nak haramkan sepenuhnya alkohol. Apa yang aku sokong penutupan bar dan kelab malam yang sediakan minuman keras. Maksud aku, boleh jual tapi kau tak boleh minum kat luar rumah. Orang yang nak layan minuman alkohol, harus layan kat rumah.

Kalau minuman alkohol itu budaya orang pribumi sesetengah tempat, diorang pun layan kat rumah. Minum kat rumah panjang sempena Pesta Gawai atau Kaamatan. Itulah budaya yang kau cakap, bukan minum kat bar, lepas tu bawa kereta macam orang gila. Yang ini bukan budaya kita!

Kalau ada stoner hisap ganja kat Dataran Merdeka, itupun aku akan marah. Bodoh, menyusahkan orang! Lepas tu, bila berlaku kes, polis buat roadblock, barang putus, kau menyusahkan orang lain.

Senang cerita, nak buat dosa, buatlah di tempat peribadi. Bukan tempat awam. Sebab bila kau di bawah pengaruh, tak kisahlah apapun, baik dadah, ganja atau arak, itu kehidupan peribadi kau, dan orang awam tak perlu tahu, apatah lagi terlibat dengan kebangangan kau menggunakannya.

Itu barulah drink with responsibility!

Seorang pemikir Rusia bukan Islam, Leo Tolstoy pernah berkata; “Arak ialah dosa besar, dan adalah berdosa untuk meminumnya kerana ia merosakkan badan dan minda. Dan lagi berdosa besar kalau anda menjualnya.”

Kalau bukan Islam Rusia yang budaya dia minum vodka sejak zaman Genghis Khan itu pun boleh fikir, takkanlah korang yang minum arak dengan budaya yang tak sampai ratus-ratus tahun tak nampak logik? Atau nak aku cakap lagi pasal ada beza, antara private sphere dan public sphere?

Bakayaro.

* Gambar sekadar hiasan. Harap maklum

Auto Terkini Hak Minum Arak Minuman Beralkohol Pendapat sembang deras
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.