Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Balai Polis Tu 24 Jam, Dah Kenapa Semua Histeria Nak Balik Kampung?
Sembang Deras

#SembangDeras: Balai Polis Tu 24 Jam, Dah Kenapa Semua Histeria Nak Balik Kampung?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi memutuskan menarik balik perintah larangan rentas negeri selepas balai polis tiba-tiba kena hurung orang ramai macam nak beli tiket bola. Keputusan tu pula dibuat tak sampai beberapa jam selepas polis minta sesapa yang nak keluar negeri mesti isi borang.

Punya kelam-kabut orang Malaysia ni, sampai malam tu jugak nak diisinya borang.

Sampai ada yang tanya balai polis tutup jam berapa? Dia ingat balai polis tu buka office hour ka macam mana? Tapi mujur juga polis buat arahan macam tu, barulah memasing nak ambik tau balai polis mana dekat rumah dia.

Nasihat abang, tak payahlah nak ke mana-mana musim wabak ni. Duduk kat mana kita tinggal sekarang. Duduk, makan, berak dan jangan lupa berdoa. Kalau urusan tu tak penting, batalkan atau tangguhkan. Lagi cepat kita patuh arahan pihak berkuasa, lagi cepat masalah Covid-19 ni selesai. Semua orang pun sama rasa susah, bukan hang sorang saja rasa.

Kalau dah masing-masing buat kalut, ingat masalah boleh selesai ka? Dalam dunia ni tak ada satu pun masalah yang boleh selesai dengan kalut kecuali cari jamban nak memerut. Itu pun kalau jamban tak penuh.

Bila kita kalut, kita mungkin cuma selesaikan masalah sendiri, tapi beri masalah kepada orang lain. Dah tak peduli orang tua, orang perempuan, orang sakit, kucing tersepit, budak kecik. Pikir diri sendiri saja tau. Daripada elok-elok Kerajaan tengah usaha nak kurangkan orang berhimpun untuk elak wabak, tak pasal-pasal pula ramai berhimpun dan kena wabak. Tak ka tinggi risiko positif Covid-19 tu? Masalah selesai tang mana?

Soalannya, hangpa ni takut Covid-19 ka, atau takut tak dapat balik kampung? Hangpa takut Covid-19 ka atau takut kebulur? (ini kes huru-hara kat pasar raya).

Abang tau ada orang yang ada urusan penting dan nak kena balik juga atau pergi negeri lain. Sebab tu abang dah sebut awal kat atas tu, minta batal atau tangguh. Ka semua memang dah kautim nak balik sharp jam 12:01 minit malam tadi? Kalau hang dah plan nak balik lusa, esok Maghrib pun sempat. Atau selepas Zohor. Yang kalut serupa setan tu dapat apa!

Sekarang dah tak payah nak isi borang dan boleh terus pergi mana-mana yang hangpa suka. Puas hati semuakan? Ye la, kita jaga hal sendiri saja. Tak payah peduli pasal orang lain.

– Bang Nin

Auto Terkini Balik Kampung Covid-19 Larangan Keluar Negeri PDRM polis Polis Diraja Malaysia (PDRM) sembang deras Tak Payah Isi Borang Balik Kampung
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Kenapa Jetour T2 i-DM Ada Livery Alan Walker? Edisi Terhad atau Bukan?

    02/05/2026
    Auto Terkini

    #AutoChina2026: Jetour Bukan Lagi Sekadar Jenama SUV, Kini Sasar ‘Travel Lifestyle Brand’ Global

    02/05/2026
    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Dunlop Buka Lembaran Baru Bersama TBM, Sedia Perkenal Tayar Dalam Segmen EV

    02/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.