Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Benarkah Harga Kereta di Malaysia Mahal? Penasihat Kewangan Ini Buat Perbandingan
Sembang Deras

#SembangDeras: Benarkah Harga Kereta di Malaysia Mahal? Penasihat Kewangan Ini Buat Perbandingan

Han OthmanBy Han Othman16/09/202018 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLEMIK mengenai harga kereta di Malaysia mahal memang tidak pernah sunyi didebatkan. Ada saja perbandingan pro dan kontra. Tanpa menafikan fakta mengenai harga kereta di Malaysia mahal, pada masa kita juga tidak boleh mengetepikan harga kereta di negara ini masih dalam lingkungan mampu milik, ada yang murah, dan bertepatan dengan nilai ditawarkan.

Ramai pakar ekonomi dan automotif i negara jiran turut memuji kerjasama dan kolaborasi antara dasar Kerajaan, pihak perbankan dan pengeluar automotif di Malaysia menerusi sistem pinjaman kenderaan yang dilihat banyak membantu industri automotif di Malaysia menjadi dinamik, anjal dan berdaya saing. Malah, ia dilihat menjadi sebab kuat kenapa Malaysia menjadi satu-satunya negara Asean yang masih kekal sukses dengan dasar kereta nasional.

BACA >>> #SembangDeras: Inilah 5 Sebab Kenapa Dasar Lupus Kereta Sekadar Sembang!

TOYOTA VIOS MALAYSIA VS INDONESIA

Berikut ialah pendapat penasihat kewangan, juga Penyelia Agensi di CIMB Wealth Advisors Berhad, Khairul Ezwan (Key) yang dipetik daripada Facebook mengenai perihal pemilikan kereta di Malaysia dan Indonesia. Status itu mungkin akan menjawab beberapa persoalan kita tentang benarkah harga kereta di Malaysia melampau mahal? Benarkah harga kereta di negara lain, khususnya negara jiran Asean (terutama Indonesia) sangat murah berbanding negara ini?

Apapun, perbandingan yang dibuat Khairul ialah berdasarkan skim kredit bank dan harga minyak. Ada banyak perkara lain yang boleh diperhalusi seperti kos sara hidup, kos alat ganti dan senggara, nilai jual beli, dasar percukaian dan macam-macam. Apapun, pendapat tuan Khairul memang munasabah dan boleh diterima pakai selagi kita bersikap rasional, tenang dan sporting berasaskan semangat hujah dibalas hujah.

* Artikel di bawah ini ialah status yang ditulis pada 31/01/2017 dan disiarkan semula kerana relevan dengan isu semasa. Isi kandungan disunting supaya menepati skema penulisan kami tanpa mengubah maksud asal penulis. Status asal boleh klik pada pautan sumber di bawah atau nama penulis di atas. 

Fakta tentang harga Vios di bawah ialah mengikut model pada tarikh status itu disiarkan. Harap maklum.


Pemilikan Kereta di Malaysia berbanding Pemilikan Kereta di Indonesia

HARGA KERETA

Harga kereta di Indonesia lebih murah? Oh, tidak. Lihat spesifikasi Toyota Vios di Malaysia bermula harga RM76,500 untuk low spec, manakala low spec Toyota Vios di Indonesia bermula harga Rp272,400,000 atau lebih kurang RM90,000.

DEPOSIT

Jika di Malaysia kita boleh beli kereta dengan deposit hanya 10% daripada harga jualan kereta. Malah, ramai yang beli dengan deposit 0%, betulkan? Jika di Indonesia, deposit minimum mereka ialah 25% daripada harga kereta. Mereka cuma boleh buat pembiayaan 75% sahaja daripada harga kereta. Jika harga Toyota Vios bersamaan RM90,000, maka deposit minimum untuk membeli kenderaan itu ialah RM22,500.

TEMPOH PEMBIAYAAN BANK

Jika di Malaysia, tempoh pembiayaan kenderaan, kita mempunyai pilihan hingga tempoh maksimum 9 tahun atau 108 bulan. Jika di Indonesia, tempoh maksimum pembiayaan adalah untuk tempoh 5 tahun atau 60 bulan sahaja. Itu pun bergantung kepada kedudukan kewangan peminjam, mungkin juga 1 hingga 4 tahun sahaja mengikut persetujuan bersama antara peminjam dan pihak bank.

FAEDAH & KADAR UNTUNG BANK (INTEREST & PROFIT RATE)

Jika di Malaysia , kadar faedah atau kadar untung bank adalah tetap 3% setahun dengan tempoh pembiayaan 9 tahun pun dikira tinggi. Di Indonesia tempoh pembiayaan maksimum ialah 5 tahun sahaja dengan faedah atau kadar untung fix 9.5% setahun.

HARGA MINYAK

Harga minyak di Malaysia untuk RON95 sekarang ialah RM2.10, manakala di Indonesia Pertamax92 berharga lebih kurang RM2.55 Ringgit Malaysia.

Jika di Indonesia, membeli sebuah Toyota Vios memerlukan deposit minimum RM22,500 dan bayaran bulanan bank serendah RM1,660 untuk tempoh pembiayaan maksimum 5 tahun. Agak-agaknya berapakah pendapatan mereka di Indonesia yang layak untuk memakai sebuah Toyota Vios baharu? Siapa kata kos hidup di Indonesia rendah? Pergi sana lihat sendiri.

Agak-agaknya jika polisi pemilikan kenderaan di Malaysia ni tiba-tiba diubah sama seperti Indonesia, berapa kerat je la agaknya yang mampu beli kereta barukan? Feel lucky to be Malaysian kan? Tak ada deposit, gaji tak besar pun masih boleh beli Toyota Vios. Mahal-mahal Toyota Vios kat Indonesia, dia orang buat jadi teksi je. Kejam tak? 😂😂

– KEY –

SUMBER: Khairul Ezwan

harga minyak Malaysia dan Indonesia kereta Malaysia mahal? pinjaman kenderaan di Indonesia sembang deras
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025
Banyak acara permotoran di Malaysia masih menggunakan khidmat 'booth babe'
Auto Terkini

#SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!

12/07/2025
Sembang Deras

#SembangDeras: Cerita Pasal Pemandu Kenderaan Komersial Tiada Lesen dan Dilema Pihak Berkuasa

30/12/2024

18 Comments

  1. natang on 05/02/2017 17:44

    Malaysia tempat kedua dik harga kereta mahal kat dunia, tak mahal kepala bana lu la

    Reply
    • AO on 05/02/2017 20:06

      Boleh nyatakan rujukan sedara untuk silang fakta

      Reply
      • Amran on 06/02/2017 09:22

        https://jalopnik.com/the-ten-most-expensive-places-to-buy-a-car-1256855393

        10. Cuba
        9. North Korea
        8. St. Kitts and Nevis
        7. United Kingdom
        6. Brazil
        5. China
        4. Nicaragua
        3. Indonesia
        2. Malaysia
        1. Singapore

        Reply
        • AO on 07/02/2017 11:54

          Data Jalopnik ada juga dikongsi beberapa laman web lain. Dan model yang dibandingkan Scion FR-S (Toyota-86) – performance. Ada web membandingkan Toyota Prius (ranking sama juga) – hibrid.

          Tapi kedua-dua model tersebut bukan kenderaan massa yang dipakai orang kebanyakan, dan berstatus CBU pula. Kenapa harga CBU mahal? Itu kenalah google lagi. Dan artikel itu ditulis untuk menjawab keluhan pembeli Amerika (macam Malaysia juga) yang mengeluh harga kereta di sana mahal. Nah, jawab mereka, orang Asia lagi beli kereta mahal. Padahal mereka tak tahu kita boleh buat loan 9 tahun 0% deposit.

          Sama kes seperti di Indonesia, Vios di sana mahal daripada Malaysia, tetapi Avanza lebih murah pula. Harga kereta bukan mesti terus ambik mana-mana model dah tukarkan matawang.

          Harga kereta setiap region sentiasa relatif dan untuk mendakwa harga kereta Malaysia paling mahal agak kurang tepat. Mungkin harga mahal, tapi proses pemilikan menjadikan ia murah. Nampak trik di situ?

          Apakah kita mengambil kira insentif kredit, cukai jalan dan insurans, termasuk realiti Malaysia juga antara negara paling banyak kereta!

          Cer google 😉

          Reply
          • Malaysian yg Give UP with Govt. on 20/12/2017 14:42

            Zaman dulu2, teksi kt malaysia sume mercedez atau volvo, sket2 jer yang pakai proton. Bukan nk ckp kereta tu dulu murah, tp mampu milik sebab segala macam taxes dan geng songkok tinggi mcm skrg..ops sooorryy…… GST masih tak ada.

            So moral of the story. All the other factors need to be considered. Dont u know at arab, some of them buy house via cash, and loan less than 10 years. Why, coz house price at malaysia is damn expensive and loan tenure is what….30 years…!!!

    • ken on 08/02/2017 15:42

      Aku sokong. Ini tahap penasihat kewangan yg malaysia ada. Agaknya brp CGPA dia ni? Kalau nak bodoh pun, agak2 lah.

      Reply
      • AO on 08/02/2017 17:28

        Hang je la pandai

        Reply
      • AO on 08/02/2017 18:46

        Cepat, buktikan dia silap dan bodoh dengan hantar artikel anda ke [email protected] 😉

        Reply
  2. harris on 05/02/2017 21:08

    Kononnya kereta nasional, tapi jual dengan lebih murah di luar negara,rakyat sendiri di anaktirikan ,lepas tu nak nak suruh bangga dgn pencapaian, siapa yang di tipu dan siapa yang teruss kena tipu sampai pokai.

    Reply
    • AO on 07/02/2017 15:26

      Kasihan

      Reply
  3. Zaim on 05/02/2017 21:49

    Adui. Malaysia no. 2 harga kereta termahal kat dunia. Cuba google. No. 1 singapore. Indonesia & thailand pun antara yang termahal. Senang cerita negara negara SEA memang semua mahal

    Reply
    • AO on 07/02/2017 11:55

      Sudah jawab dalam komen. Sila baca 😉

      Reply
  4. Amran on 06/02/2017 09:24

    Mungkin boleh bandingkan dengan Thailand untuk lebih adil. Indonesia masih antara termahal di dunia

    Reply
    • AO on 07/02/2017 15:29

      Hati-hati baca fakta lebai Google 😀

      Reply
  5. ape2 je cite ni on 14/06/2017 21:25

    ala nak bandingkan harga kereta malaysia dengan amerika syarikat USA kalau indon mahal sebab penduduknya padat sangat smpai jalan jem

    Reply
  6. Murni on 06/11/2017 11:26

    Kat Bandung rata-rata kereta vios jadi teksi Blue Bird. Kat sini, vios bukan main lagi jadi kereta mahal. Macam mana pula tu?

    Reply
  7. Kingsman on 12/12/2017 20:39

    Thanks tuan untuk penjelasan..tapi boleh bincangkan tak tentang harga porsche panamera sport tourismo yg dikeluarkan awal tahun 2017?harga rrp adalah sebanyak 90,000 usd – 110,000 usd bersamaan dengan nilai RM366,282 – RM447,678.. cuma rrp di Malaysia sebanyak RM900,000 – RM1,500,00 juta..kenapa ya hampir 2x ganda harganya? Boleh tuan jelaskan mungkin ada aspek yg saya terlepas pandang..terima kasih

    Reply
  8. Taufiq on 19/03/2021 11:13

    Memang kereta kat malaysia mahal pun…
    Kalau harga vios di Malaysia 90,000 kat negara lain dah dapat Toyota Altis.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.