Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Bekas Graduan Mengaku Silap Besar Bayar Kereta Mahal Selepas Tamat Belajar
Sembang Deras

#SembangDeras: Bekas Graduan Mengaku Silap Besar Bayar Kereta Mahal Selepas Tamat Belajar

Abang HirataBy Abang Hirata06/02/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

sembang-deras-berkereta-kerja-belum-tentu
MEMANG diakui, zaman sekarang kereta sudah jadi keperluan. Asalkan dapat berkereta dari A ke B dengan selamat itu sudah memadai. Bagaimanapun, pemilihan jenis kereta memainkan peranan penting, kalau ikutkan kehendak memang tak akan habis.

Moleknya beli ikut kemampuan. Paling penting, kaji juga kos penyenggaraan seperti servis, alat ganti dan insurans. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri, bukan di badan bakal mak mertua di kampung (sekadar contoh). Pesan bijak pandai, ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Di bawah ini kami kongsikan semula pengalaman Aquqaiyimie dan Myvi yang dipetik daripada Instantaneous Intuitive Upright Moving Confessions (IIUMC) – dengan izin.

* Artikel sudah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud dan gaya asal penulis. Harap maklum.

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Terpanggil aku untuk berkongsi tentang kesilapan sangat tragik yang aku lakukan selepas graduasi sebagai pedoman untuk mereka yang bakal ataupun sudah tamat belajar.

Aku adalah seorang lepasan Diploma in Banking & BBA (Hons) Finance dan tamat belajar pada 2012. Lepas habis, aku terus mengorak langkah untuk cari kerja, hantar resume ke pelbagai bank dan institusi kewangan serta walk-in interview.

Masa itu aku harap sangat dapat kerja bank. Dipendekkan cerita, setiap kali aku hadir temuduga mesti salah satu soalan ini akan ditanya:

“Do you have your own transport/car?”

Ya, aku faham juga dengan kelayakan ijazah biasanya memang akan ditawarkan kerja bahagian jualan yang memerlukan kita untuk bergerak ke sana ke mari, jadi memang patutlah soalan tu diajukan.

Ada satu bank sudah panggil aku temuduga sebanyak dua kali. Ini petanda baik dalam fikiran aku, tapi kalau aku tiada kenderaan susah juga. Seterusnya aku runding dengan keluarga untuk belikan kereta dan ansuran bulanan aku yang bayar. (Aku yakin akan dapat kerja dengan gaji sekurang-kurangnya RM1,800 sebulan waktu itu).

Kesilapan agung!

Inilah kesilapan paling agung, paling b****k yang aku lakukan selepas tamat belajar. Memang gila dan pendek akal. Bapa aku tolong keluarkan Perodua Myvi Extreme guna nama dia. Iyalah, aku mana layak nak buat pinjamankan? Aku punya b*****g minta Myvi Extreme spesifikasi penuh selama tujuh tahun tanpa deposit dengan ansuran RM857 sebulan. Iya, RM857 sebulan! Jangan tak percaya.

Dipendekkan cerita lagi, aku tak dapat panggilan kerja bank. Bukan rezeki aku, apa boleh buat. Mujurlah aku ini bukan jenis memilih kerja, walaupun tak dapat kerja bank, tapi aku ada mohon kerja lain juga. Atas matlamat cari pengalaman, aku terima tawaran bekerja di sebuah kilang sebagai Eksekutif Pentadbiran dan Akaun dengan gaji RM900 sebulan.

Kamu rasa dengan RM900 mampu tak aku bayar kereta?

Selepas tolak EPF dan Socso gaji aku berbaki RM700++ saja. Sangat-sangat tak cukup. Belum lagi masuk hutang PTPTN. Nama saja lepasan Ijazah Kewangan, tapi masih lakukan kesilapan ini. Penyesalan tu masih terasa hingga sekarang, 2017. Sesal tak sudah. Nasib ada ibubapa boleh tolong tanggung sikit-sikit.

Selepas tiga bulan aku dinaikkan gaji, naik pun RM1,000 sahaja. Tapi aku ni tebalkan muka dengan bos minta belas kasihan sebab aku ada kereta dan PTPTN perlu dibayar, dan aku tak mahu bebankan bapa aku. Kemudian bos bagi rm1,150/sebulan.

Guys, sekarang ini dah masuk tahun 2017, aku masih lagi kerja di syarikat yang sama, gaji aku sekarang dah RM1,750 tapi tahun ini belum ada pelarasan lagi. Setiakan aku kerja di syarikat ini? Sudah masuk lima tahun aku kerja.

Aku tekad mahu perbaiki kesilapan, mahu perbaiki kewangan aku. Alhamdulillah, pada saat ini aku berjaya langsaikan PTPTN. Kereta ada dalam dua tahun setengah lagi sebelum habis bayar. Sekarang aku tengah fokus untuk cukupkan dana kecemasan (enam bulan gaji). Nanti dah habis bayar kereta barulah aku stabil sikit.

Guys, pesanan aku buat semua, nanti lepas habis belajar kalau mahu beli kereta pun janganlah ambil yang mahal-mahal, sedar dengan kemampuan diri yang PTPTN pun baru mahu mula bayar. Nanti bila kerja jangan lupa untuk simpan 10% daripada gaji bersih. Ingat, simpan dulu, lepas tu baru berbelanja. Jangan lupa juga bagi ibu bapa walaupun gaji kita tidak besar mana. PTPTN jangan sengaja tak bayar, yang paling penting jangan pilih kerja ya.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”

Sekian,

Harap dapat dijadikan pedoman.

Aquqaiyimie

SUMBER: IIUMCBM

bayar kereta mahal menyesal beli kereta bayar bulanan mahal pengakuan graduan sembang deras
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Top up kad TNG NFC di plaza tol
Sembang Deras

#SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?

10/09/2025
Program RXZ Members 7.0 di Terengganu
Sembang Deras

#SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

25/08/2025
Banyak acara permotoran di Malaysia masih menggunakan khidmat 'booth babe'
Auto Terkini

#SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!

12/07/2025
Sembang Deras

#SembangDeras: Cerita Pasal Pemandu Kenderaan Komersial Tiada Lesen dan Dilema Pihak Berkuasa

30/12/2024
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.