Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sembang Deras»#SembangDeras: Apa Cerita Isu Puspakom Benarkan Tampal Pelekat Papa Pulang, Mama….?
Sembang Deras

#SembangDeras: Apa Cerita Isu Puspakom Benarkan Tampal Pelekat Papa Pulang, Mama….?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINGGU lalu, Puspakom berkongsi sedikit maklumat mengenai isu cermin gelap (tinted) cermin depan kenderaan komersial menerusi Facebook untuk menjelaskan apa patut dibuat dan larangan mengikut undang-undang.

Perkongsian itu menjadi hangat apabila seorang netizen bertanya (foto atas) mengenai kebenaran menampal pelekat (sticker) berbaur lucah seperti ‘Papa Pulang Mama Basah’ dan seumpamanya.

Komen dan soalan itu kini sudah disembunyikan, dipercayai untuk mententeramkan suasana. Bagaimanapun, jawapan Puspakom tersebut mula tular, dan kami juga sempat menyimpan tangkap layar soal-jawab itu.

Ayat ‘Papa Pulang Mama Basah’ dipercayai dipetik daripada lagu Indonesia ‘Papa Pulang Mama Goyang’. Malah ayat yang dikatakan berunsur lucah itu pernah kecoh sebelum ini disebabkan tindakan segelintir pemandu atau pemilik menampal pelekat judul lagu itu, yang diubah suai pada kenderaan masing-masing.  Bukan saja di Malaysia, tetapi senario sama turut melanda negara jiran.

BACA >>> #SembangDeras: Trend Pelekat Lucah, Pemandu Tak Rasa Malu Ke?

KENAPA PUSPAKOM BENARKAN?

Pentadbir laman Puspakom sebenarnya menjawab soalan netizen seacara lurus dan betul mengikut syarat, peraturan dan kelulusan ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Apabila penulis  bertanyakan isu sama kepada kenalan di Puspakom, sumber yang enggan dikenali itu mendakwa Puspakom sendiri belum pernah melihat kenderaan dengan pelekat lucah seperti diuarkan itu hadir ke premis untuk tujuan pemeriksaan.

Ada berpendapat, mungkin pelekat itu sudah ditanggalkan lebih awal atau ditampal selepas selesai menjalani pemeriksaan Puspakom. Ia semacam kisah pemandu atau penjual kereta menyewa cermin kereta standard untuk lulus pemeriksaan kenderaan di Puspakom. Apabila selesai, barulah dipasang semula cermin tinted yang gelap serba serbi.

Kenalan itu menegaskan Puspakom tiada kuasa melarang atau menghalang mana-mana pemilik kenderaan menampal pelekat seperti itu selagi tidak melanggar syarat dalam buku panduan.  Jadi, penulis menghubungi pula sumber di JPJ untuk meminta penjelasan.

Jawab sumber berkenaan, JPJ pun tiada peraturan atau undang-undang khas yang melarang penggunaan pelekat kenderaan berbaur luah atau dwi-makna (double meaning) seperti ditularkan itu. Katanya, itu kena tanya polis!

Jadi, apa yang dijelaskan Puspakom adalah mengikut syarat dan peraturan JPJ. Mungkin mereka ada inisiatif menasihatkan pemilik kenderaan supaya menanggalkan pelekat sedemikian. Tetapi tetap tidak boleh berlebih-lebih hingga bertindak mengoyak atau menanggalkan pelekat tersebut.

Sebabnya, Puspakom memang tiada kuasa melakukannya mengikut  undang-undang. Mungkin admin Puspakom perlu lebih berhati-hati, berhemah dan bijak ketika menjawab soalan netizen yang masih ramai naif tentang undang-undang dan bidang kuasa agensi jalan raya di Malaysia.

Apa kata anda?

autoterkini Isu Pelekat Lucah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Papa Pulang Mama Basah PUSPAKOM
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Operasi KLK dan LPT kesan pengguna tidak bayar tol | Ismaliza
    Auto Terkini

    AFA Prime Keluar Lebih 2,000 Notis Tuntutan Kes Tidak Bayar Tol KLK, LPT1

    22/05/2026
    Puspakom lancar insurans dalam talian
    Auto Terkini

    Bukan Setakat Periksa Kereta, Puspakom Kini Jual Insurans Motor dalam Talian

    21/05/2026
    Aksesori

    Siri Plat P-P Cecah 6,000 Pembida – JPJ Sasar Sambutan Luar Biasa

    24/04/2026
    Aveta DY115 harga RM750,000
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

    21/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.