Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»Selepas Pandu Uji Perodua Aruz di Rawang, Inilah Pandangan Kami…
Pandu Uji

Selepas Pandu Uji Perodua Aruz di Rawang, Inilah Pandangan Kami…

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/01/20198 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA Aruz baru saja dilancarkan secara rasmi! Jom kita lihat pengalaman pandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) itu di Litar Ujian Perodua, Rawang lebih kurang sebulan lalu. Pandu uji itu sangat ringkas kerana wakil media hanya diberikan peluang melakukan satu pusingan pemanduan.

Dari segi platform, enjin dan transmisi sudah jelas Perodua Aruz meminjam daripada Toyota Rush. Perbezaan paling besar ialah rekabentuk kabinnya dan bahagian luaran yang sedikit berbeza seperti gril, intake udara bawah dan lampu kabus. Perodua turut merekabentuk semula bampar bagi menambah baik efek pekali seretan yang membolehkan model itu mendapatkan status kenderaan cekap tenaga (EEV).

BACA >>> Inilah 7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perodua Aruz – Harga Bermula RM72k!

Menurut Perodua, rekabentuk bampar depan Aruz melalui pelbagai siri ujian simulasi aerodinamik bagi mendapatkan penjimatan minyak lebih baik. Ini turut dibantu ciri mula-henti yang berfungsi mematikan enjin secara automatik apabila kenderaan berhenti dalam situasi lahu.

KUASA SEDERHANA ENJIN 1.5L

Aruz dipadankan enjin 4-silinder 1.5L Dual VVT-i dengan blok aluminium yang dipadankan transmisi automatik kawalan elektronik (E-AT). Pemanduan di Litar Perodua yang dilakukan ialah melibatkan kombinasi laluan lebuh raya dan bukit, dan tidak melibatkan ujian kelajuan tinggi.

Memandu atas laluan berbukit dalam halaju biasa atau sederhana sudah cukup menggerakkan Aruz tanpa membebankan enjin. Sebagai SUV urban, kuasa dihasilkan memang sudah memadai. Bagaimanapun, jika kaki menginjak pedal minyak lebih dalam, atau cuba memecut, barulah terasa stres ke atas jentera yang dilontarkan menerusi ngauman enjin yang meligat tinggi.

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

Tindak balas enjin dan kotak gear  tidak jauh berbeza dengan prestasi Rush atau Avanza. Dalam erti kata lain, Aruz sesuai dipandu dalam halaju sederhana tinggi di lebuh raya dengan purata kelajuan sekitar 120kmj. Jika lebih laju, enjin akan mula rasa berat dan menderum akibat kekurangan tork. Tetapi ini bukan pandu uji menyeluruh di atas lebuh raya sebenar.

STERENG RINGAN

Tetapan suspensi memuaskan ketika melalui permukaan berbatu atau memanjat pembahagi jalan. Masih selesa tanpa merasai sebarang kesan hentakan langsung ke dalam kabin. Kawalan stereng Aruz kurang tajam dan tepat, normal bagi sebuah SUV bertubuh tinggi, tetapi cukup responsif untuk memenuhi kehendak pemandu. Tahap gegaran juga rendah.

Kabin Aruz berbeza dengan Rush. Perodua memilih satu tona hitam bagi menyerlahkan imej elegan yang dirasakan sesuai dengan cita rasa pengguna Malaysia. Kemasan kerusi juga lebih baik berbanding Rush. Tawaran 13 tempat pemegang cawan dan palam mengecas di setiap barisan kerusi serta ventilator penyaman udara di tempat duduk kedua cukup praktikal buat penumpang. Ini pasti menjadi ciri istimewa yang memberikan kelebihan buat Aruz.

BACA >>> Bocor! Perodua Aruz Serendah RM72k, Tampil Warna Baharu Amazon Green dan 2 Varian!

Kemasan plastik keras dan lembut dapat dilihat pada papan pemuka dan panel pintu. Tidaklah begitu premium, tetapi berpadanan dengan tanda harga Aruz di pasaran tempatan. Persoalannya, apabila Aruz dilancarkan, apakah agaknya nasib dihadapi Rush nanti?

Mungkinkah UMW Toyota Motor tersilap membawa masuk Rush sedangkan Perodua sendiri berhajat menawarkan model rebadge yang jauh lebih murah. Ataupun pasaran Malaysia hari ini sudah sedia menerima tentang prestij dua jenama berbeza walaupun asasnya sama?

GALERI
Perodua Aruz
enjin Perodua Aruz
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pandu uji Pandu Uji Perodua Aruz Perodua perodua aruz SUV SUV segmen-B SUV subkompak Toyota Rush (2018)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Pelancaran Chery Tiggo 9 di Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, KL
    Roda4

    SUV Segmen-D Premium, Chery Tiggo 9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM166,800!

    25/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026

    8 Comments

    1. Jacksepang on 20/01/2019 13:06

      Oklah kete ni bagus dah tengok di showroom. Tunngu vios nak abis bayar bulan 5 pastu baru pikir nak ambik ni.

      Reply
    2. Tajul Asiken Razali on 21/03/2019 22:07

      sakit hati…
      Masa booking beritahu sebln jer…
      Ni dh msuk bln ke 2 msh xdpt kereta

      Reply
    3. zam on 27/05/2019 20:46

      saya dah booking Aruz dari bulan mac, sekarang dah hujung bulan mei masih tak dapat lagi Aruz.. dah 3bulan menunggu….!! saya nak guna Aruz balik raya ni…Perodua tolong ambil tindakan…!!

      Reply
    4. zam on 27/05/2019 21:16

      Saya dah tempah Aruz dari bulan mac lagi, tp smpai skrg dh hujung bulan mei masih tak dapat lagi…dah 3bulan menunggu..!! saya nak balik raya dgn Aruz!! perodua tolong ambil tindakan segera!!!

      Reply
    5. Hailmi on 18/06/2019 09:09

      Top speed berapa?

      Reply
      • Abom on 24/07/2019 15:24

        250km/h

        Reply
    6. Jeankoyak on 13/07/2019 04:17

      Produa Arus memang memuaskan hati saya. Berpadanan dengan harganya Aruz memang terbaik.

      Reply
    7. Lahanut on 28/08/2019 08:50

      Bunyi deruman enjin masa naik bukit agak bising

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.