Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas Debut 2011, Lamborghini Aventador Kini Tamat Pengeluaran
Auto Terkini

Selepas Debut 2011, Lamborghini Aventador Kini Tamat Pengeluaran

Abang HirataBy Abang Hirata28/09/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANTARA kehebatan Lamborghini ialah rekabentuk model yang mendahului zaman dan menarik dipandang walaupun sudah berusia.

Sebagai contoh Countach (1974-1990), Diablo (1990-2001) dan Murciélago (2001-2010) yang mempesonakan untuk dilihat dari pelbagai sudut. Model lebih lama pula, seperti Miura (1966-1972), Espada (1968-1978) dan Islero (1968-1969) kini tampil sebagai objek seni dan melambangkan masyarakat progresif pada masa itu.

BACA >>> Lamborghini Rentas Plaza Tol, Tapi Netizen Lebih Minat Audio Kereta Perakam
BACA >>> Pengasas Kosmetik Buat Konten Berlagak Tayang Lamborghini di Langkawi Dikecam

Lamborghini ialah jenama istimewa dan mewakili sisi lain dunia rekabentuk Itali. Satu lagi model mendahului zaman ialah Aventador dan tahukah anda berapakah usianya?

Aventador kali pertama debut di Pameran Motor Geneva 2011 dan kini baru saja ditamatkan pengeluaran. Nampak macam baru beberapa tahun, tetapi supercar ini sudah berusia lebih sedekad di pasaran. Faktor itu juga disumbang Lamborghini yang aktif mengeluarkan pelbagai varian dan edisi sepanjang penawarannya.

Unit terakhir ialah sebuah Aventador LP 780-4 Ultimae Roadster (foto atas) warna biru tempahan khas (Ad Personam) untuk pelanggan di Switzerland. Ini juga model V12 aspirasi natural (NA) tunggal terakhir Lamborghini yang dikeluarkan Sant’Agata Bolognese sebagai tanda berakhir era dalam sejarah Lamborghini.

Bukan bermaksud enjin V12 ditinggalkan terus, tetapi digabungkan bersama trenkuasa hibrid. Berikut imbasan model ikonik Aventador:

  • Model pertama Aventador LP 700-4 (foto atas) tampil di Geneva pada 2011.
  • LP bermaksud ‘Longitudinale Posteriore’ atau kedudukan enjin tegak.
  • 700 merujuk kepada kuasa kuda (hp) dan 4 bermaksud pacuan empat roda (4WD) sepenuh masa.
  • Enjin 6.5L V12 60˚ dibangunkan secara dalaman (in-house).
  • Ada lebih lapan model dalam siri Aventador, dan lebih 10 unit one-off serta edisi terhad.
  • 11,465 unit Aventador dihasilkan untuk pelanggan serata dunia.
  • Jualan Aventador lebih banyak berbanding model V12 terdahulu.
  • Jualan tahun kelima mencecah 5,000 unit, menyamai jualan keseluruhan Murciélago.
  • Unit ke-10,000 dicapai pada September 2020.
Ketua Pegawai Pereka (CDO), Filippo Perini

  • Rekabentuk hasil kerja Centro Stile, diketuai Filippo Perini yang diilhamkan daripada dunia aeronautik.
  • ‘Pintu gunting’ (scissor doors) menjadi ciri khas V12 Lamborghini.
  • 85 peratus Aventador mempunyai ciri tempahan khas Ad Personam yang menawarkan lebih 200 warna dan kemasan dihasilkan.
Ketua Pegawai Teknikal (CTO), Maurizio Reggiani

  • Inovasi teknikal adalah hasil kerja jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Lamborghini yang bekerjasama dengan Centro Stile (Pusat Rekabentuk) dengan pendekatan ‘lembaran bersih’ (clean sheet).
  • Jabatan R&D Lamborghini diterajui CTO, Maurizio Reggiani.
  • Menggunakan casis monokok tunggal daripada gentian karbon seberat 147.5kg, yang juga pertama seumpamanya untuk kereta pengeluaran massa.
  • Kru khas mengembara ke serata dunia untuk memberi sokongan kepada pengedar Lamborghini menggunakan diagnostik khas dan baik pulih monokok jika berlaku kerosakan.
Enjin 6.5L V12 (700hp, 690 Nm)

  • Enjin baharu 6.5L V12 berkuasa 700hp @ 8,250 rpm dan tork 690Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 2.9 saat, manakala kelajuan maksimum 350kmj.
  • Transmisi Independent Shifting Rod (ISR) dengan anjakan gear sepantas 50 milisaat (ms).
  • Suspensi rod tunjal (pushrod) seperti kereta Formula Satu (F1).
  • Ada tiga mod pandu: STRADA, SPORT dan CORSA.
Rekod Nürburgring Nordschleife
  • Aventador LP 750-4 SV mencatatkan masa 6:59:75 pada 2015.
  • Aventador SVJ memperbaharui rekod Lamborghini pada 2018 dengan masa 6:44.97.
Dari Aventador LP 700-4 hingga Ultimae
  • Aventador LP 700-4 (Februari 2011)
  • Aventador LP 700-4 Roadster (Disember 2012)
  • Aventador LP 750-4 Super Veloce (SV) (Mac 2015)
  • Aventador LP 750-4 Super Veloce (SV) Roadster (Ogos 2015).
  • Aventador S LP 740-4 (Disember 2016)
  • Aventador S LP 740-4 Roadster (September 2017)
  • Aventador SVJ (Super Veloce Jota) (Ogos 2018)
  • Aventador SVJ 63 (Ogos 2018)
  • Aventador SVJ (Super Veloce Jota) Roadster (Mac 2019)
  • Aventador SVJ 63 Roadster (Ogos 2019)
  • Aventador LP 780-4 Ultimae (Julai 2021)
Model Khas dan Edisi Spesial
  • Aventador Jota (Mac 2012)
  • Aventador Anniversario (April 2013)
  • Aventador Anniversario Roadster (Ogos 2013)
  • Aventador Airport Vehicle (Mei 2013)
  • Veneno coupé (Mac 2013)
  • Veneno roadster – Disember 2013)
  • LP 700-4 Pirelli Edition (Disember 2014)
  • Centenario coupé (Mac 2016)
  • LP 700-4 Miura Homage (Jun 2016)
  • Centenario roadster (Ogos 2016)
  • SC18 Alston (November 2018)
  • Sián FKP 37 (September 2019)
  • Aventador SVJ Xago (Julai 2020)
  • Essenza SCV12 (Julai 2020)
  • Countach LPI 800-4 (Ogos 2021)

BACA >>> SUV Super Lamborghini Urus Performante yang Lebih Laju dan Ringan!
BACA >>> #RetroAuto: Lamborghini Espada 400 GT Pernah Jadi Kereta 4-Kerusi Terpantas Dunia!

Auto Terkini Automobili Lamborghini Automobili Lamborghini S.p.A. Aventador Tamat Pengeluaran Lamborghini Lamborghini Aventador Retro Auto
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

PROTON S70 2026 Empat Silinder Kini Dalam Pasaran, Harga Mula RM73,800

12/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

12/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

11/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.