Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Selepas Bandingkan dengan Proton X70, Harga Mula ‘Exora Baharu’ Mungkin RM100k?
Roda4

Selepas Bandingkan dengan Proton X70, Harga Mula ‘Exora Baharu’ Mungkin RM100k?

Han OthmanBy Han Othman22/03/20195 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN berita baru lagi, Geely pada 14 Mac lalu melancarkan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Jia Ji untuk pasaran China, yang turut disebut-sebut sebagai bayangan pengganti Proton Exora. Ini dikuatkan lagi dengan imej intip ‘Exora baharu’ di media sosial yang khabarnya sedang dalam proses kajian dan penyelidikan (R&D).

MPV dengan gaya muda, bergaya, pintar dan hijau itu mewakili cabang baharu dalam produk Geely yang sebelum ini lebih menumpukan kepada segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sedan. Ia juga MPV global pertama Geely yang menampilkan estetika dan falsafah rekabentuk di luar kebiasaan MPV tradisional.

Jia Ji ialah MPV berorientasikan famili dengan rekabentuk slik dan memenuhi keperluan mobiliti keluarga moden menerusi visual dan pengalaman pemanduan baharu. Tetapi berapakah harga MPV itu di pasaran China? Berapa pula ramalan harga ‘Exora baharu’ di Malaysia?

BACA >>> Geely Dedah Nama MPV VF11, Model Pengganti Exora Menjelang 2020?

BERAPA HARGA JIA JI VS BOYUE? BERAPA HARGA ‘EXORA BAHARU’?

Berikut ialah julat harga Jia Ji dan Boyue (Proton X70 di Malaysia) untuk pasaran China:

  • Jia Ji: 99,800-182,800 yuan (RM60,300-110,400)
  • Boyue: 98,800-159,800 yuan (RM59,700-96,600)

Harga varian aras mula cuma berbeza 1,000 yuan (RM600, Boyue lebih murah), tetapi Jia Ji premium lebih mahal daripada Boyue premium dengan beza sebanyak 23,000 yuan (RM13,900).

Berikut pula harga Proton X70 di Malaysia:

  • Standard 2WD – RM99,800
  • Executive 2WD – RM109,800
  • Executive AWD – RM115,800
  • Premium 2WD – RM123,800

Jika mengambil kira beza harga paling rendah dan tinggi antara  Jia Ji dan Boyue, dan gunakan sebagai subjek untuk meramalkan harga ‘Exora baharu’, harganya akan jadi seperti berikut:

  • Manual – RM100,400 (+RM600 daripada X70 Standard 2WD)
  • Automatik – RM???
  • MHEV (hibrid ringan) – RM???
  • PHEV (hibrid plug-in) – RM137,700 (+RM13,900 daripada X70 Premium 2WD)

Jadi harga ‘Exora baharu’ diramalkan bermula RM100,400-RM137,700, beza yang agak besar antara varian aras mula dan paling premium, iaitu hampir RM37,300! Tetapi ingat, harga varian aras mula Jia Ji semestinya untuk varian manual, manakala harga paling mahal ialah PHEV (hibrid plug-in) sebagai varian paling premium.

Namun, jika mengambil kira trend semasa Malaysia, ada kemungkinan kedua-dua varian tersebut (manual, dan PHEV) tiada dalam senarai varian ‘Exora baharu’. Boleh jadi juga model hibrid yang tiada, tetapi manual ada. Lagipun harga aras mula X70 ialah varian automatik, dan bukan manual. Kalau manual mungkin lebih murah. Apapun, kita serahkan kepada Proton untuk buat keputusan.

BACA >>> MoU Baharu dengan Geely, Proton Bakal Masuk Pasaran dan Bina Kilang di China

Kalau diikutkan harga ramalan di atas (atas RM100,000), memang agak keras juga harga ‘Exora baharu’ nanti. Adakah Proton sedang cuba memposisikan statusnya sebagai jenama nasional mewah, khas untuk golongan kelas menengah dan bukan lagi kereta marhaen untuk pembeli kebanyakan?

Apapun, itu semua cuma ramalan. Janganlah sampai bergaduh dan diselubungi misteriiiiiii….

GALERI
Auto Terkini Geely Geely Group Geely Jia Ji Harga 'Exora Baharu' Harga Geely Jia Ji Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) MPV Proton proton exora Proton Holding Proton X70 Ramalan Harga Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

12/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

10/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

10/07/2026

5 Comments

  1. Alson on 29/03/2019 12:37

    Berbaloi..! Dengan harga ramalan Yang admin berikan, cici-ciri Yang diberikan, teknologi terkini, serta penjimatan bahan bakar, etc….
    Exora MHEV (hibrid ringan) – anggaran petrol 6L-7L/100km
    Exora PHEV (hibrid plug-in) – anggaran petrol 1L-2L/100km

    Roadtax juga murah kerana enjin bersesaran 1500cc

    Reply
  2. Dan on 19/06/2019 09:48

    Exora kekalkan for entry market MPV dan yang Geely Rebadged ni masukkan untuk lawan @ curi market MPV 100k ke 130k. Buat apa dia gantikan Exora, bagi nama baru.

    Reply
  3. wapalewheels on 10/10/2019 08:58

    Proton is known as Rakyat cars. Please consider the min specs for rakyat in B40 category to buy it, and make the min price between RM60-70k. They might use it not only for family use but also to carry out the pisang goreng tools inside it.

    Reply
  4. orangkampong on 14/12/2019 17:45

    proton sudah jadi jenama premium jadi kami rakyat marhen kena usaha lebih le nmpaknya untuk upgrade menjadi rakyat kelas premium juga. hurmm…

    Reply
  5. Alson P on 03/07/2021 23:41

    Proton should consider replacement model for Proton Juara and Ertiga replacement…. Price range around rm50k – rm60k as rakyat Cars…
    For B40s

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.