Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Selepas 21 Tahun, BMW Kini Kembali ‘Bakar Line’ Perlumbaan BTCC 2017
Roda4

Selepas 21 Tahun, BMW Kini Kembali ‘Bakar Line’ Perlumbaan BTCC 2017

Abang HirataBy Abang Hirata04/03/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEJUARAAN Kereta Touring British (BTCC) memang mengujakan untuk ditonton dan juga dekat di hati peminat sukan permotoran tempatan apabila suatu masa dahulu pasukan Petronas pernah menyertai perlumbaan tersebut dengan menggunakan jentera Proton Impian (Waja).

Malah, Proton Gen.2 dan Persona turut beraksi dalam perlumbaan berprestij itu bermula musim 2011 (Gen.2) hingga 2016. Paling menarik tentang BTCC semestinya aksi cabar mencabar sesama pelumba, terutama di selekoh sehinggakan jarak antara kereta hanya tinggal beberapa inci sahaja.

Imej kereta lumba BTCC juga menggiurkan dengan kit badan lebar, roda besar dan profil kereta yang lowered. Tidak salah rasanya kalau kami katakan imej Proton Impian Petronas BTCC masih segar dalam ingatan peminat tempatan BTCC.

PERTARUH TIGA JENTERA

Tahun ini, bagi menghangatkan lagi suasana selepas 21 tahun tidak bertanding, BMW sebagai pasukan pengeluar akan kembali bersaing dalam BTCC. BMW UK dengan kerjasama West Surrey Racing (WSR) mengumumkan penyertaan pasukan itu dalam BTCC musim 2017 dengan mempertaruhkan tiga jentera BMW 125i M Sport!

Kali terakhir pasukan pengeluar dari Jerman itu bertanding ialah pada 1996 dengan menghantar pasukan BMW Team Schnitzer bersama jentera BMW 320i.

Dalam penyertaan kali ini, BMW UK akan memberikan sokongan kewangan, termasuk membiayai pembangunan teknikal, manakala aspek pembangunan kereta disediakan WSR yang mempunyai pengalaman berlumba dengan jentera BMW dalam BTCC selama 10 tahun.

MAHU TERUS CATAT KEJAYAAN

WSR menggunakan jentera BMW dalam BTCC sejak 2007. Lebih manis, pasukan itu merangkul kejuaraan dalam kategori pemandu bebas dan berpasukan. Sekali lagi kejayaan menyusuli pasukan tersebut apabila mengulangi kejuaraan sama pada 2008 dan 2009 dengan dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori pemandu BTCC. Pada 2014, pasukan itu memenangi kejuaraan pasukan dan pemandu.

Pada musim 2016, WSR BMW sekali lagi mencatat kejayaan apabila memenangi kategori Pembina (Constructors) dan Pasukan melalui Team JCT600 with GardX.

Tiga pelumba Team BMW bagi musim 2017 nyata bukan calang-calang. Masing-masing mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam dunia perlumbaan. Mari kita kenali biodata ringkas pelumba Team BMW musim ini.

ROB COLLARD

Warganegara Britain
Tarikh Lahir 1 Oktober 1968
Umur 48
Tempat Lahir Hampshire
Tempat Tinggal Eversley

SEJARAH BTCC

Debut Oulton Park, 29 Mei 2000
Perlumbaan 427
Kemenangan 13
Podium 53
Pusingan Terpantas 15

ANDREW JORDAN

Warganegara Britain
Tarikh lahir 24 Mei 1989
Umur 27
Tempat lahir Sutton Coldfield
Tempat tinggal Lichfield

SEJARAH BTCC

Debut Brands Hatch, 30 Mac 2008
Perlumbaan 265
Kemenangan 16
Podium 53
Pusingan Terpantas 16

COLIN TURKINGTON

Warganegara Britain
Tarikh Lahir 21 Mac 1982
Umur 34
Tempat Lahir Newry, County Down
Tempat Tinggal Portadown, County Armagh

SEJARAH BTCC

Debut Oulton Park 21 April 2002
Perlumbaan: 333
Kemenangan: 41
Podium: 110
Pusingan Terpantas: 39

GALERI

BMW BMW 125i M Sport BMW Team Schnitzer BTCC Kejuaraan Kereta Touring British (BTCC) 2017 lumba kereta
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    By Abang Hirata20/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.