Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

Han OthmanBy Han Othman08/03/20261 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APABILA salah satu daripada tayar kereta pancit, kita perlu menukarkannya dengan tayar donat atau lebih kerap disebut tayar ganti atau tayar spare.

Dari segi terma, tayar donat ialah tayar kecil yang memang disediakan khas untuk digunakan sementara waktu sebelum ke bengkel jika tayar kereta pancit.

Tayar ganti pula sepatutnya merujuk kepada tayar yang bersaiz sama dengan tayar asal kereta – seperti tayar ganti yang dilekatkan di belakang but kereta pacuan empat roda seperti Perodua Kembara atau Jeep Wrangler.

Namun kebanyakan kita lebih gemar merujuk tayar pengganti tayar pancit sebagai tayar ganti atau tayar spare. Masih lagi istilah sama walaupun kurang tepat.

jeep-wrangler-tayar-spare
Tayar donat berperanan menggantikan sementara tayar kereta pancit supaya kita dapat memandu ke mana-mana bengkel berdekatan untuk menampal atau menukar tayar baharu secepat mungkin.

Tayar jenis ini bersaiz kecil supaya mudah disimpan di dalam kenderaan, kebiasaannya diletakkan di bawah pelapik atau lantai bawah but. Ia sengaja direka kecil supaya dapat menjimatkan ruang dan mengurangkan berat kereta.

Banyak manual pengguna menyarankan perbatuan tertentu untuk tayar donat, iaitu purata 80km dan 113km. Jika memandu dengan tayar donat, adalah baik jika kita dapat menggantikan semula tayar asal secepat mungkin.

Berikut beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian apabila memandu dengan tayar donat:

1. Brek, Kawalan dan Pembelokan Terjejas

Tayar donat menjejaskan karakteristik pembrekan, pengendalian dan pembelokan sesebuah kenderaan. Disebabkan saiz yang lebih kecil berbanding tayar tradisional, kualiti membrek dan mengawal kereta akan merosot.

Kereta juga cenderung senget apabila menggunakan tayar donat dan situasi berkenaan sedikit sebanyak mengingatkan kita supaya segera menggantikan tayar pancit.

2. Pandu Perlahan, Jangan Laju!

Tayar donat bukan dibuat untuk memandu laju seperti tayar konvensional. Disebabkan saiz yang lebih kompak, kita dinasihatkan tidak memandu melebihi kelajuan 80kmj.

Jadi kita sepatutnya memandu di laluan paling kiri apabila menggunakan tayar donat sebagai langkah keselamatan.

3. Jangan Lupa Periksa Tekanan Angin Tayar

Tekanan angin yang selamat disarankan untuk tayar donat ialah 60 paun inci persegi (PSI).

Disebabkan tayar donat lebih kerap berdiam diri dalam but kereta, adalah baik memeriksa angin terlebih dahulu sebelum menyimpan semula tayar itu ke dalam kereta.

4. Sistem Keselamatan Jadi Tidak Cekap

Perlu diingatkan, apabila memandu dengan tayar donat, ciri seperti Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS) tidak dapat bekerja dengan cekap.

Sebaik saja ditukar baharu atau bersaiz asal, barulah kedua-dua sistem itu akan bekerja seperti biasa dan anda boleh memandu seperti sedia kala.

Sebaliknya, apabila menggunakan tayar donat, jangan terlalu terburu-buru mahu ke kedai tayar dengan cuba memandu laju.

Cuba bertenang dan ambil masa walaupun perlahan kerana keselamatan diri lebih utama. Tetapi bukanlah bertenang sampai memandu menggunakan tayar donat berhari-hari lamanya.

Memandu dengan tayar donat hanya boleh dilakukan apabila situasi benar-benar memerlukan. Sila periksa manual pengguna untuk mengetahui lebih lanjut tentang tayar donat. Sekali lagi diingatkan, jangan memandu melebihi 80kmj ok! 👌🏼

SUMBER: YourMechanics

autotainment ganti tayar pancit tayar donat tayar ganti tayar spare tip automobil
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

28/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.