Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Sejarah Volkswagen Scirocco (Sudah Tamat Riwayat) yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#RetroAuto: Sejarah Volkswagen Scirocco (Sudah Tamat Riwayat) yang Perlu Anda Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUNGKIN ada yang belum tahu Volkswagen (VW) Scirocco sudah pun dihentikan pengeluaran selepas lebih 40 tahun berada di pasaran. Menurut apa dinyatakan laman web pengeluar automotif dari Jerman itu, Scirocco tidak boleh lagi ditempah dengan spesifikasi individu, tetapi kenderaan yang sedia ada masih boleh dibeli.

Sekarang mari kita telusuri model-model Scirocco yang dikeluarkan sepanjang hayat jenama itu.

1. VOLKSWAGEN SCIROCCO (1974)


Generasi pertama coupe pacuan roda depan (FWD) VW itu bermula pada 1974 dengan lebih setengah juta unit dikeluarkan sebelum digantikan pada 1981. Menariknya, model pertama versi shooting-brake itu dihasilkan pengedar VW, Nordstadt yang berpangkalan di Hanover, diberikan nama Sciwago yang kemudian menjadi rupa akhir Scirocco.

2. VOLKSWAGEN SCIROCCO 16V (1982)


Bagi generasi kedua, VW mengetepikan reka bentuk konservatif yang dihasilkan firma Itali Giugiaro menerusi Scirocco pertama. Sebaliknya, memilih menghasilkan rekabentuk sendiri yang lebih futuristik walaupun mengambil sedikit masa untuk diterima umum.

Direka seperti pensel di depan dan telur di belakang, menurut rungutan seorang pekerja VW yang mengeluh rekabentuk coupe itu yang kecil dan runcing di depan dan luas di belakang. Sementara itu, versi targa yang pernah diusulkan Karmann (pengeluar automotif dari Jerman) pula tidak pernah memasuki proses pengeluaran.

3. VOLKSWAGEN CORRADO VR6 (1991)


Kerja-kerja mengembalikan kegemilangan model generasi kedua Scirocco tidak berjalan lancar seperti dirancang. Kereta baharu ini jadi begitu maju dan mahal hingga VW memutuskan melancarkan model itu pada 1988 sebagai model berasingan yang digelar Corrado.

Model ini dijual seiring Scirocco II untuk 3 tahun hingga pengeluaran model Scirocco dihentikan pada 1992. Pada awalnya model ini hanya dilengkapi enjin 4-silinder 1.8L supercas berkuasa 158hp, tetapi setelah itu didatangkan dengan enjin VR6, yakni enjin terbaik pada masa itu. Namun, apa dilakukan tidak banyak membantu jualan Corrado hingga model itu turut dihentikan pengeluaram selepas beberapa tahun.

Pasaran Corrado yang lemah memberikan trauma terhadap VW dan mengambil masa 13 tahun sebelum melancarkan model seterusnya berasaskan Corrado. Model Scirocco III diperkenalkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) VW, Wolfgang Bernhard dalam bentuk konsep Iroc pada 2006 dengan rekabentuk agresif bergaya shooting-brake.

Malangnya, pelancaran itu juga ialah antara penampilan terakhir Bernhard sebelum beliau dan Ketua Pereka VW, Murat Günak meninggalkan syarikat tersebut.

4. VOLKSWAGEN SCIROCCO R (2010)


CEO VW baharu yang dilantik selepas itu, Martin Winterkorn bukanlah peminat rekabentuk Scirocco III, terutama rupa belakang, tetapi sudah terlewat untuk mengubah model tersebut kerana sudah memasuki barisan pengeluaran. Gril depan sudah diubah, dan hanya itu saja mampu dilakukan.

Kemasan dalaman tampil hambar disebabkan rekabentuk papan pemuka yang terlalu ringkas, diambil daripada coupe cabriolet, Eos atas tujuan menjimatkan kos.

Bagaimanapun, Scirocco generasi ketiga yang dibina berasaskan platform Golf V PQ35, dikekalkan untuk pengeluaran dalam tempoh sedekad. Barisan model yang muncul sepanjang tempoh itu ialah termasuk Scirocco R yang mampu meledakkan kuasa setinggi 276hp.

Versi R agak seronok dipandu, tetapi kemampuan traksi seakan terbatas. Berbeza Golf R, model Scirocco tidak ditawarkan dalam versi pacuan semua roda (AWD). Hmm…


SKANDAL DIESEL HANCURKAN HARAPAN


Kini Scirocco sudah tiada. Sebenarnya, VW ada rancangan jangka panjang untuk menggantikan model tersebut,  termasuk meluaskan pengaruh di Amerika Syarikat AS. Namun, segala rancangan itu punah akibat skandal penipuan diesel yang kemudian mempengaruhi hala tuju pengeluar automotif dari Jerman itu.

Pasca skandal, VW cuba meminimumkan kerugian dengan mengurangkan kos dan menukar fokus pengeluaran kepada barisan kenderaan elektrik (EV) yang akan dijual seiring kereta konvensional sedia ada. Scirocco mungkin kembali pada masa depan, tetapi buat masa sekarang peminatnya hanya mampu berdoa.

SUMBER: RoadAndTrack

autotainment Coupe hot-hatch Roda4 sejarah Volkswagen Volkswagen Scirocco Volkswagen Scirocco R
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.