Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Sejarah Ringkas CVT yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

Sejarah Ringkas CVT yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman22/05/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lakaran awal sistem CVT oleh Leonardo Da Vinci.

LEONARDO Da Vinci melakarkan sistem transmisi variabel berterusan (CVT) pertama pada 1459. Kemudian, pengeluar Belanda, DAF mula menggunakan CVT untuk kenderaan pada lewat 1950-an, tetapi kekangan teknologi membuatkan CVT tidak sesuai digunakan untuk enjin melebihi 100hp.

Pada lewat 1980-an dan awal 1990-an, Subaru menawarkan CVT untuk kereta mini Justy, manakala Honda memperkenalkan teknologi itu untuk model Civic HX pada lewat 1990-an. Penambahbaikan CVT, yang mampu menampung lebih kuasa enjin, mula dibangunkan pada lewat 1990-an.

Menjelang 2000-an, penggunaan CVT sudah diperkenalkan pada model-model keluaran pengeluar ternama antarabangsa seperti Nissan, Audi, Honda, Mitsubishi dan lain-lain.

TEKNOLOGI CVT SEMAKIN BAIK

Disebabkan fasa awal CVT yang terhad kepada seberapa banyak kuasa kuda yang dapat ditampung, wujud kebimbangan umum tentang tahap realibiliti CVT. Bagaimanapun, teknologi termaju yang dibangunkan pada masa kini membuatkan CVT mampu beraksi semakin lasak.

Pengeluar dari Jepun, Nissan misalnya, sudah mengeluarkan lebih sejuta model CVT ke seluruh dunia dan mendakwa tahap realibiliti yang dimiliki teknologi itu pada kereta mereka adalah setanding dengan transmisi konvensional. Bagaimanapun, model Almera masih menggunakan sistem transmisi automatik konvensional 4-kelajuan (sekadar makluman).

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Transmisi Dual-Klac (DCT) Anda Rosak

POWER SPLIT: CVT YANG BUKAN CVT

Set gear planet Toyota Prius.

Beberapa model hibrid, termasuk famili Prius, menggunakan jenis transmisi dipanggil transmisi pecahan-kuasa atau Power-Split. Dengan kuasa seperti CVT, teknologi ini tidak menggunakan aturan tali sawat (belt) dan puli (pulley). Sebaliknya, menggunakan set gear planet (planetary gear set) untuk enjin petrol dan motor elektrik bagi menghasilkan input.

Jadi, dengan mengubah kelajuan motor elektrik, kelajuan enjin petrol juga diubah, sekali gus membolehkan enjin bergerak dalam kelajuan tetap ketika memecut atau berhenti sepenuhnya.

CVT DALAM KERETA NASIONAL

Proton ialah pengeluar nasional pertama menggunakan CVT yang mula diperkenalkan menerusi model Saga FLX (2011-2016), sebelum disusuli Preve pada 2012 dan Iriz (2014) dengan ciri pemasaan injap variabel (VVT). Penggunaan enjin CVT boleh dianggap fasa paling mencabar bagi Proton kerana mengundang pelbagai reviu, maklum balas dan kritikan negatif mengenai transmisi itu. Apatah lagi majoriti pengguna kereta Malaysia masih baru dan kurang pengetahuan tentang karakter CVT, ditambah pula timbul pelbagai isu teknikal.

Namun, Proton mengambil langkah positif dengan melakukan penambahbaikan ke atas sistem CVT sedia ada. Hasilnya, kesan perbezaan ketara dapat dirasai pada model Persona dan Saga baharu yang  dilancarkan tahun lalu. Apa dilakukan Proton itu bolehlah dianggap fasa ketiga pembangunan Proton selepas era rebadge Mitsubishi dan penghasilan model buatan sendiri pertama (bermula Gen-2). Malah Proton turut cuba menambah elemen keselamatan tinggi pada setiap model-modelnya.

Ramai berkata, jika Proton oportunis dan mahu mengambil jalan selamat, mereka sepatutnya kekal saja dengan sistem automatik konvensional. Tetapi Proton bertindak melawan arus walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai sentimen dan persepsi umum.

Kini, sama ada sedar atau tidak, Proton sebenarnya sudah meletakkan penanda aras tertentu tentang cita rasa automotif gaya Malaysia. Kemajuan dicapai Proton secara tidak langsung turut membuatkan pengeluar lain perlu melakukan sesuatu supaya kekal relevan. Apakah keputusan menggunakan teknologi CVT adalah tepat bagi Proton? Terpulang kepada kita untuk membuat penilaian jujur.

BACA >>> Bagaimanakah Transmisi Variabel Berterusan (CVT) Bekerja?

autotainment continously variable transmission (CVT) CVT sejarah CVT tahukah anda transmisi variabel berterusan (CVT)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
Auto Terkini

Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

By Han Othman13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.