Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SDAP Perkenal Dua Varian Porsche 911 Carrera 2025 Facelift, Harga Mula RM1.43j!
Roda4

SDAP Perkenal Dua Varian Porsche 911 Carrera 2025 Facelift, Harga Mula RM1.43j!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIME Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan dua varian kereta sport jenama Porsche versi dipertingkat (facelift) ke pasaran tempatan iaitu 911 Carrera dan Carrera 4 GTS sempena meraikan ulang tahun ke-15 Porsche Malaysia.

Namun, hanya varian 911 Carrera dibawa ke majlis pelancaran di The Exchange TRX Mall, Kuala Lumpur petang tadi. Walaupun tiada kelibat 911 Carrera 4 GTS, tempahan dua varian itu sudah dibuka pada harga berikut:

HARGA

  • 911 Carrera – RM1,430,000
  • 911 Carrera 4 GTS – RM1,890,000

PERINCIAN

911 Carrera

  • Masih menggunakan enjin boxer asal 3.0L turbo kembar.
  • Dilengkapi intercooler yang diambil daripada model Turbo.
  • Pengecas turbo digunakan sama seperti model GTS sebelum ini dengan output 389hp dan tork 450Nm.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 4.1 saat dan jika mengambil pakej Sport Chrono, masa pecutan lebih pantas, 3.9 saat! Naik taraf dibuat mengurangkan masa pecutan 0.1 saat dan tambahan 1kmj berbanding model terdahulu.
  • Kelajuan maksimum 294kmj dalam pacuan road belakang (RWD).
  • Ada tujuh pilihan rekaan rim daripada saiz 19 dan 20 inci, atau 20 dan 21 inci.
  • Juga ada pilihan rim dengan bilah karbon untuk mengurangkan efek seretan angin dan meningkatkan kecekapan.
  • Buat julung kali Porsche mengintegrasi semua fungsi lampu ke dalam lampu utama LED matriks.
  • Strip lampu belakang direka semula.
  • Lencana teks Porsche kini terpampang di belakang.
  • Gril belakang direka semula dengan lima jalur di kiri dan kanan yang bersambung dengan cermin belakang.
  • Nombor plat diposisikan lebih tinggi.
  • Spoiler bawah bampar depan baharu.
  • Ada opsyen ekzos sport.
  • Kabin menerima beberapa perubahan seperti susunan butang kawalan dikemas kini, termasuk stereng, suis mod pandu, dan tuil bantuan pemanduan serta ada butang penghidup enjin.
  • Konsol tengah tersedia penyejuk untuk telefon pintar dan pengecas wayarles.
  • Kluster instrumen digital penuh 12.6 inci jenis melengkung.

911 Carrera 4 GTS

  • Enjin boxer hibrid (T-Hybrid) 3.6L dengan gerek 97mm dan lejang 81mm yang membantu meningkatkan kapasiti kepada 0.6L berbanding model sebelum.
  • Motor elektrik ditambah antara kompresor dan turbin roda untuk meningkatkan kelajuan pengecas turbo dengan motor berfungsi sebagai generator.
  • Hanya seunit turbo dipasang (model sebelum ini dwi-turbo) tanpa wastegate (pintu sisa).
  • Trenkuasa terdiri daripada seunit motor elektrik magnet kekal segerak yang disepadu ke dalam transmisi dual-klac PDK 8-kelajuan.
  • Motor elektrik 40kW menawarkan tork 150Nm dan. Dwi-motor elektrik bersambung kepada pek bateri voltan tinggi 400V.
  • Output kuasa enjin boxer 479hp dan tork 570Nm, manakala bantuan dwi-motor elektrik menjadikan kuasa terkumpul dipertingkat kepada 534hp dan tork 610Nm.
  • Berat bertambah 50kg.
  • Kuasa elektrik dihasilkan 11kW menggunakan gas ekzos.
  • Mendapat sistem ekzos sport khas GTS.
  • Sistem suspensi ditala semula dan sistem suspensi variabel sport mengurangkan ketinggian sebanyak 10mm.
  • Stereng gandar belakang jadi ciri standard.
  • Rim 20 inci dengan tayar 245/35 ZR 20 di depan, dan rim 21 inci dengan tayar 315/30 ZR 21 (belakang).
  • Bampar depan ada bukaan untuk penyejukan aktif (kiri dan kanan). Bukaan dan tutupan bergantung sebanyak mana udara diperlukan.
911 Carrera Carrera 4 GTS Kereta Sport Porsche 911 Carrera 2025 Facelift Porsche 911 Carrera 4 GTS 2025 Facelift Porsche Malaysia Roda4 Sime Darby Auto Performance (SDAP)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.