Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Scala – Kompak Hatchback Pertama Skoda dengan Bahasa Rekabentuk Baharu
Roda4

Scala – Kompak Hatchback Pertama Skoda dengan Bahasa Rekabentuk Baharu

Abang HirataBy Abang Hirata17/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SKODA kebelakangan ini memang popular dengan nama model yang unik dan pelik. Antara nama yang menarik perhatian, terutama di kalangan netizen tempatan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kodiaq.

Kodiaq sebenarnya merujuk kepada beruang coklat terbesar dalam spesies haiwan mamalia itu. Kodiak juga ialah nama pulau yang terletak di Alaska, Amerika Syarikat (AS). Selepas Kodiaq, Skoda memperkenalkan pula SUV kompak, Karoq yang bermaksud gabungan kereta dan anak panah, yang menjadi motif logo pengeluar itu sendiri.

Terkini, Skoda sekali lagi hadir bergaya dengan nama model baharu, dan kali ini lebih ringkas iaitu Scala yang diberikan kepada kereta segmen C. Walaupun ringkas, Scala tidak merujuk kepada ‘scale’ dalam Bahasa Inggeris atau ‘skala’ dalam Bahasa Melayu, apatah lagi perkataan ‘sekali sekala’.

BACA >>> Selepas Kodiaq, Skoda Pilih Karoq Sebagai Nama SUV Baharu, Debut 18 Mei Ini

Scala dimaksudkan ialah ‘tangga’ dalam Bahasa Latin dan ia langkah ke hadapan bagi  pengeluar dari Republik Czech itu dalam segmen kereta kompak hatchback yang dipenuhi lawan seperti Ford Focus, Volkswagen Golf, Hyundai i30 dan Peugeot 308. Scala juga menjadi model pertama Skoda yang akan muncul dengan lencana Skoda bagi menggantikan logo pada pintu but belakang.

BAHASA REKABENTUK BAHARU

Skoda dikenali dengan rekabentuk model yang berkotak dan bergaris. Anda tidak akan menemui sebuah Skoda dengan rekabentuk membujur atau berlekuk ala Hyundai dan Alfa Romeo. Namun, kali ini, Scala tampil dengan gaya bahasa ‘beremosi’ untuk rekabentuk dalaman dan luaran.

Ini juga falsafah rekabentuk baharu Skoda seperti ditayangkan buat kali pertama menerusi model Vision RS pada Pameran Motor Paris 2018 yang lalu. Walaupun masih bersegi dan bergaris, tetapi tampak mengancam ala Audi baharu. Skoda juga bakal membuat lonjakan besar dalam teknologi dengan menawarkan ciri inovatif yang biasa ditemui pada kereta segmen lebih premium dan ini juga antara sebab kenapa nama Scala dipilih.

Kepada yang tertanya kenapa kenderaan Skoda ringkas berbanding saudara mara dalam Volkswagen Group, ini kerana prinsip jenama itu, iaitu ‘smart understatement’ atau maksudnya, ‘diam-diam ubi berisi’.

BACA >>> Lakaran Rasmi Skoda Kamiq Didedahkan, SUV Subkompak Khas untuk Pasaran China

GALERI
Bahasa Rekabentuk kompak hatchback Roda4 Segmen C ŠKODA ŠKODA Scala Volkswagen Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.