Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Satu daripada Enam Motosikal Lamborghini Dilelong, Tetapi Tidak Laku
Roda2

Satu daripada Enam Motosikal Lamborghini Dilelong, Tetapi Tidak Laku

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUATU masa dulu Ducati pernah menjadi pemilik Lamborghini (kini dimiliki Audi, di bawah syarikat induk, Volkswagen Group) dan pernah cuba membangunkan motosikal bawah jenama supercar itu. Pada 1980-an ialah tahun terbaik buat Lamborghini menerusi penghasilan model popular, Countach.

Di bawah kepimpinan ahli perniagaan Perancis, Patrick Mimran, pengeluar jenama supercar dari Itali itu cuba mengembangkan pasaran yang sedikit asing iaitu menghasilkan bot dan kenderaan utili sukan (SUV).

Tetapi tahukah anda Lamborghini juga pernah mencuba pasaran dua roda menerusi Lamborghini Design 90 yang hanya sempat dikeluarkan enam unit. Kontrak projek itu diserahkan kepada Boxer Bikes (kini dikenali Boxer Design) dan menggunakan enjin Kawasaki – 4-silinder sebaris 997cc berkuasa 130hp sebagai nadi utama. Ini mungkin kerana Lamborghini masih tidak menemui jalan untuk memuatkan enjin V12 pada casis motosikal.

Lamborghini menerima 50 tempahan Design 90 berharga AS$13,500 (RM52,859) pada 1986, tetapi hanya enam unit dihasilkan. Lebih malang, Lamborghini terpaksa berpindah tangan kepada Chrysler pada 1987, manakala Boxer Bikes tidak tersenarai dalam pelan pemilik baharu dari Amerika Syarikat itu, sekali gus membuatkan projek Design 90 terbengkalai begitu saja.

RUPA HODOH MUNGKIN PUNCA TIDAK LAKU

Kini satu daripada enam unit Design 90 dengan casis bernombor BOXERL002 cuba dilelong dalam acara lelongan H&H di Muzium Motosikal Kebangsaan England. Namun, seperti mengulangi mimpi ngeri lebih tiga dekad lalu, tiada seorang pembida pun yang berminat.

Motosikal tersebut cuma mencatatkan perbatuan 7,200km. Harga lelongan bermula AS$58,800 (RM230,229) dengan anggaran harga AS$117,700-AS$124,600 (RM460,850-RM487,866).

Kalau melihat rekabentuk Design 90, memang tidak menghairankan kenapa motosikal itu tidak laku dilelong. Lagaknya memang tidak ubah seperti sebuah motosikal custom dari sebuah bengkel haram yang ditampalkan pelekat Lamborghini.

Design 90 Lamborghini Lamborghini Design 90 lelong motosikal Lamborghini Motosikal Lamborghini Dilelong roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    LS2 Global previu produk 2027
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

    27/07/2026
    KTM 390 Duke | Jepun
    Roda2

    KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

    27/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.