• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Satu daripada Enam Motosikal Lamborghini Dilelong, Tetapi Tidak Laku

Satu daripada Enam Motosikal Lamborghini Dilelong, Tetapi Tidak Laku

March 19, 2018 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUATU masa dulu Ducati pernah menjadi pemilik Lamborghini (kini dimiliki Audi, di bawah syarikat induk, Volkswagen Group) dan pernah cuba membangunkan motosikal bawah jenama supercar itu. Pada 1980-an ialah tahun terbaik buat Lamborghini menerusi penghasilan model popular, Countach.

Di bawah kepimpinan ahli perniagaan Perancis, Patrick Mimran, pengeluar jenama supercar dari Itali itu cuba mengembangkan pasaran yang sedikit asing iaitu menghasilkan bot dan kenderaan utili sukan (SUV).

Tetapi tahukah anda Lamborghini juga pernah mencuba pasaran dua roda menerusi Lamborghini Design 90 yang hanya sempat dikeluarkan enam unit. Kontrak projek itu diserahkan kepada Boxer Bikes (kini dikenali Boxer Design) dan menggunakan enjin Kawasaki - 4-silinder sebaris 997cc berkuasa 130hp sebagai nadi utama. Ini mungkin kerana Lamborghini masih tidak menemui jalan untuk memuatkan enjin V12 pada casis motosikal.

Lamborghini menerima 50 tempahan Design 90 berharga AS$13,500 (RM52,859) pada 1986, tetapi hanya enam unit dihasilkan. Lebih malang, Lamborghini terpaksa berpindah tangan kepada Chrysler pada 1987, manakala Boxer Bikes tidak tersenarai dalam pelan pemilik baharu dari Amerika Syarikat itu, sekali gus membuatkan projek Design 90 terbengkalai begitu saja.

RUPA HODOH MUNGKIN PUNCA TIDAK LAKU

Kini satu daripada enam unit Design 90 dengan casis bernombor BOXERL002 cuba dilelong dalam acara lelongan H&H di Muzium Motosikal Kebangsaan England. Namun, seperti mengulangi mimpi ngeri lebih tiga dekad lalu, tiada seorang pembida pun yang berminat.

Motosikal tersebut cuma mencatatkan perbatuan 7,200km. Harga lelongan bermula AS$58,800 (RM230,229) dengan anggaran harga AS$117,700-AS$124,600 (RM460,850-RM487,866).

Kalau melihat rekabentuk Design 90, memang tidak menghairankan kenapa motosikal itu tidak laku dilelong. Lagaknya memang tidak ubah seperti sebuah motosikal custom dari sebuah bengkel haram yang ditampalkan pelekat Lamborghini.

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Design 90, Lamborghini, Lamborghini Design 90, lelong, motosikal Lamborghini, Motosikal Lamborghini Dilelong, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my