Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SANTAI AUTO: Supercar Dubai
Auto Terkini

SANTAI AUTO: Supercar Dubai

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/04/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads
Brabus Merscedes Benz G63
Brabus Merscedes Benz G63
Lamborghini Aventador
Lamborghini Aventador

TIDAK cukup deretan bangunan tinggi, Dubai kali ini cuba mempesonakan dunia dengan barisan kereta polis mewah sebagai daya tarikan terbaru bandar itu. Limpahan kekayaan dimiliki kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) membolehkan projek mega itu disempurnakan dalam masa dua bulan saja.

Bermula April tahun lalu, pihak polis Dubai memulakan projek dengan memperkenalkan Lamborghini Aventador sebagai kereta peronda. Pemilihan Aventador sebagai debut kereta polis Dubai dianggap bijak berdasarkan faktor ‘wow’ dimiliki kereta itu jika dibandingkan barisan supercar sedia ada di pasaran.

Kemudian, Polis Dubai mengumumkan rancangan menambah model Ferrari FF dengan empat kerusi yang menawarkan lebih praktikaliti berbanding Aventador. Malah, bagi menjadikan ia lebih eksotik, Polis Dubai mengumumkan supercar buatan Itali itu hanya akan dipandu oleh pegawai polis wanita.

SERBA MEWAH

Austin Martin One-77
Austin Martin One-77
Ferrari FF
Ferrari FF

Selepas menyaksikan ‘uniform’ polis yang dikenakan pada dua model berkenaan, Polis Dubai merancang pula mendapatkan Mercedes-Benz SLS AMG dan Bentley Continental GT (dengan enjin W12!). Turut membarisi koleksi kereta mewah Polis Dubai adalah Aston Martin One-77 yang siap dengan lampu strob di atas bumbung.

Barisan supercar dimiliki Polis Dubai membuatkan kemunculan Chevrolet Camaro SS dianggap kereta kerdil saja sedangkan di mana-mana planet bumi ia dilabelkan sebagai kereta paling ‘cool’. Ketika umum mula berfikir mengenai Camaro yang bakal dijadikan pembantu peribadi kepada abangnya, Aston, masing-masing dikejutkan pula kehadiran Bugatti Veyron menerusi mesej Tweeter daripada Ketua Polis Dubai, Dhahi Khalfan Tamim.
Walaupun sekadar manipulasi imej, pengumuman Dhahi untuk mendapatkan Veyron bukanlah sesuatu yang mustahil diperoleh.
Kalau sudah bosan dengan supercar sedia ada, siapa pun tidak dapat menyangkal kemampuan Polis Dubai membeli pula supercar dari Sweden, Koenigseggs pada bila-bila masa.

GAH MEGAH

Semua supercar dimekapkan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di kawasan industri Au Quoz membabitkan kerja tangan dari 67 pusat servis. Sentuhan latar putih dan strip hijau menjadi warna rasmi, termasuk logo Polis Dubai yang tersergam megah sama ada di atas bonet atau tepi badan kereta.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa Polis Dubai sanggup membazirkan sejumlah wang untuk mendapatkan barisan supercar sebagai kereta peronda mereka. Jawapannya cuma satu, kenapa tidak? Bukankah ia bertepatan dengan status Dubai yang digelar ‘Bandar Arab 1001 Lampu’. Justeru tidak salah menambah warna biru dan merah pada kereta mewah yang dianggap eksotik oleh peminat automobil dunia.

Polis Dubai dan barisan kereta mewah.
Polis Dubai dan barisan kereta mewah.
Chevrolet Camaro SS
Chevrolet Camaro SS

Tambahan lagi, kereta-kereta itu akan menghiasi sekitar bangunan ikon Dubai seperti Burj Khalifa atau Palm Jumeira yang menjadi tarikan pelancong dari serata dunia. Satu lagi fakta, semua supercar tersebut tidak akan digunakan dalam operasi kejar mengejar, sebaliknya cuma ditugaskan untuk meronda kawasan pelancongan sekitar bandar berkenaan. Dubai bukan satu-satunya bandar yang memiliki supercar yang berpakaian uniform.

Bezanya, pemandangan polis memandu sebuah supercar di Dubai tidak ubah seperti anda melihat polis memandu kereta peronda biasa di negara lain.

Polis Dubai
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.