Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Rossi: Zarco Tak Ada ‘Feeling’ dengan KTM
Auto Terkini

Rossi: Zarco Tak Ada ‘Feeling’ dengan KTM

AryonBy Aryon03/05/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS enam kali di petak depan, dan enam kali podium, serta beberapa kali hampir menjadi pelumba pasukan satelit pertama menjadi juara, Johann Zarco tiba-tiba memilih berhijrah ke pasukan pengilang Red Bull KTM Factory hanya untuk bergelut dengan jentera yang belum teruji.

Banyak spekulasi tentang kenapa Zarco berpindah ke KTM. Ada mendakwa dia sudah fed-up menjadi pelumba pasukan satelit Yamaha, sesetengahnya mengatakan dia terhutang budi dengan KTM dan tidak kurang pula mengatakan dia dibayar mahal hingga sukar untuk mana-mana pelumba waras menolak lamaran pasukan dari Austria itu.

Namun, apa sudah jadi dengan Zarco yang disebut-sebut sebagai bakat baru MotoGP dengan kemampuan mencabar dominasi adinda Marc Marquez?

BACA >>> KTM Tawar Lanjutkan Kontrak Oliveira hingga 2020, Hafizh Kekal Semusim Sahaja

Sebenarnya bukan Zarco saja yang bergelut dengan prestasi selepas meninggalkan Yamaha. Contoh paling mudah ialah kekanda Valentino Rossi sendiri selepas dia meninggalkan Yamaha untuk menyertai Ducati pada 2011.

Selepas  gagal memenangi kejuaraan bersama Ducati, dan kembali semula kepada Yamaha pada 2013, Rossi masih tidak mampu mengulangi pencapaian sama seperti pernah dikecapinya ketika era sebelum perpindahan. Jika masih gagal menjadi juara musim ini, genaplah sedekad beliau gagal menjadi juara MotoGP.

KTM-YAMAHA JAUH BERBEZA – ROSSI

“Ada tiga pelumba yang bermasalah selepas meninggalkan Yamaha, aku, (Jorge) Lorenzo dan Zarco. Aku dan Jorge dengan Ducati, dan sekarang Zarco dengan KTM,” kata Rossi apabila ditanya pendapatnya tentang pelumba Perancis itu.

“Yamaha mungkin ada beberapa kelemahan, tetapi ia jentera yang sangat mesra pelumba. Dalam kes Zarco yang selalu guna Yamaha masa MotoGP, apabila hang tukar je motor, memang rasa payah.

“Memang betul juga semuanya bergantung kepada motor mana yang hang ride. Tapi KTM tu jauh beza dengan motor kami. Mungkin ada yang bagus, tapi banyak masalah kat tempat lain.

BACA >>> Bos KTM Tech3 Tak Faham Kenapa Hafizh Gagal Konsisten, Kejap Laju, Kejap Perlahan

“Jadi bagi aku, dia (Zarco) tak ada feeling dengan motor tu. Sebabnya dia dah tunjukkan sebelum ini yang dia memang laju. Mungkin perlukan masa sebab dua motor tu jauh berbeza cara nak ride.

“Bila hang tukar motor, perubahan biasanya sangat besar. Setiap motor ada karakter berbeza, cerita berbeza dan aku tak tau cerita sebenar KTM. Jadi aku memang tak taulah nak cakap lagu mana,” kata Rossi lagi mengulas tentang Zarco.

PERKARA NORMAL – DOVIZIOSO

Pencabar juara MotoGP musim ini, Andrea Dovizioso juga pernah cemerlang bersama pasukan Yamaha Tech3 pada 2012 hingga menarik minat pasukan pengilang Ducati Team melamarnya. Namun, dari enam podium bersama M1, Dovizioso langsung gagal naik podium pada musim pertama menunggang Desmosedici.

Dovizioso pula berpendapat Zarco terlalu memandang tinggi keupayaan sendiri dan pada masa sama mengabaikan risiko yang perlu dihadapinya di KTM.

“Memang normal le. Sebabnya, bila deme dah guna satu motor je, satu pengeluar je, deme tetiba rasa macam dah tau banyak benda.

“Sebenarnya, selagi deme tak duduk atas motor tu, memang impossible boleh tau. Sama juga berlaku kat awok dulu dan sama je dengan rider lain pun. Itu normal le. Jangan tak ketahuan lebih,” kata Dovizioso cuba berfalsafah.

BACA >>> Mahkamah Rayuan MotoGP: Dovizioso Kekal Juara, Peranti Swingarm Boleh Digunakan

SUMBER: VisorDown

Auto Terkini bunyi yamaha rxz twinboss Johann Zarco MotoGP 2019 Red Bull KTM Factory Valentino Rossi Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.