• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mahkamah Rayuan MotoGP: Dovizioso Kekal Juara, Peranti Swingarm Boleh Digunakan

Mahkamah Rayuan MotoGP: Dovizioso Kekal Juara, Peranti Swingarm Boleh Digunakan

March 28, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


MAHKAMAH Rayuan MotoGP memutuskan peranti 'penyejuk tayar' yang digunakan Ducati pada jentera lumba pasukan itu sebagai sah digunakan, manakala Andrea Dovizioso kekal sebagai juara GP Qatar

Selain Dovizioso, peranti sama turut digunakan pada jentera lumba Ducati lain yang ditunggang Danilo Petrucci dan Jack Miller pada aksi pembukaan kejuaraan MotoGP beberapa minggu lalu, dan penggunaannya turut dibenarkan.

Jadi tiada sebarang pembatalan berlaku dan keputusan kekal seperti ranking terdahulu, iaitu Doviziosi di tempat pertama, dan Petrucci di kedudukan ke-6. Bagaimanapun, Millet daripada pasukan Alma Pramac, gagal menamatkan perlumbaan berikuta masalah pelana tertanggal. Mahkamah juga memutuskan peranti tersebut boleh digunakan Ducati dalam perlumbaan akan datang.

BACA >>> Pakar F1 Akui Peranti Swingarm Ducati Memang Beri Kesan Aerodinamik

BUKAN PERANTI UTAMA

Segalanya bermula apabila pasukan pengilang Aprilia, KTM, Honda dan Suzuki mengemukakan protes terhadap penggunaan peranti khas yang dipasangkan pada swingarm jentera GP19.

Awalnya, protes itu ditolak pihak FIM Panel Pengelola, tetapi kemudian dibenarkan Pengarah Teknikal, Danny Aldridge. Bagaimanapun, empat pasukan pengilang tersebut mengemukakan rayuan kepada pihak FIM Pengelola Rayuan yang kemudian melanjutkan ia kepada Mahkamah Rayuan MotoGP.

Tiada penjelasan diberikan berhubung keputusan mahakmah itu.

BACA >>> Protes Peranti Swingarm Ducati Dibawa ke Mahkamah Rayuan MotoGP

Namun, penggunaan ayat 'peranti aerodinamik utama' (primarily an aerodinamic device) yang disebut dalam protes mungkin memberi kelebihan buat Ducati. Ini membuktikan kepada mahkamah tentang fungsi utama peranti itu, iaitu menyejukkan tayar, dan sebarang kesan dayarendah sudah menjadi fungsi kedua atau sekunder.

Puas hati?

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Andrea Dovizioso, auto terkini, Ducati, Ducati GP19, Ducati Team, GP Qatar, GP19, MotoGP 2019, Protes Peranti Aerodinamik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
    7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
  • #TahukahAnda: Kenapa Fork Boleh Bocor, Rosak?
    #TahukahAnda: Kenapa Fork Boleh Bocor, Rosak?

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my