• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar F1 Akui Peranti Swingarm Ducati Memang Beri Kesan Aerodinamik

Pakar F1 Akui Peranti Swingarm Ducati Memang Beri Kesan Aerodinamik

March 20, 2019 By AI Leave a Comment

578
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN keputusan peranti swingarm yang digunakan pasukan Ducati masih belum diputuskan Mahkamah Rayuan MotoGP, pakar aerodinamik Formula Satu (F1), Ali Rowland-Rouse sempat berkongsi pendapat peribadi beliau mengenai peranti tersebut.

Jelas Rowland-Rouse, Ducati memiliki peranti yang terdiri tiga elemen, merujuk kepada tiga bilah sayap. Sayap-sayap kecil itu memberikan kelebihan dayaturun (downforce) ketika jentera dalam posisi tegak. Dayaturun itu pula berupaya mengurangkan gelinciran putaran (spinning) tayar belakang dengan mengenakan lebih tekanan (ke bawah) pada tayar yang boleh dirasai kesannya dalam kelajuan 120-160kmj.

BACA>>>Protes Peranti Swingarm Ducati Dibawa ke Mahkamah Rayuan MotoGP

Disebabkan dayaturun aerodinamik bertambah seiring dengan kuadrat halaju (lihat formula di bawah), maka jentera akan mendapat dayaturun empat kali ganda ketika kelajuan meningkat dua kali ganda. Semakin tinggi beban tayar belakang, semakin tinggi suhu operasi hingga kehausan tayar juga meningkat.

PERANTI SEAKAN WINGLET HASILKAN LEBIH DAYATURUN

Rowland-Rouse menambah lagi, winglet yang selama ini diletakkan di depan badan motosikal menjadi komponen sprung yang mana dayaturun dihasilkan akan mempengaruhi kesan redaman suspensi depan. Ini membolehkan jentera dengan winglet depan menghasilkan banyak dayaturun dan pada masa sama perlu menggunakan spring depan lebih keras.

Tetapi, winglet pada peranti swingarm Ducati berbeza. Peranti seakan winglet (seakan sayap pesawat terbang) itu menjadi bahagian komponen unsprung (bahagian bawah badan/suspensi). Sebagai komponen unsprung, dayaturun dihasilkan tidak akan diredam spring daripada monoshock.

BACA >>> Bos Suzuki Ecstar Jelas Sebab Kenapa Protes Peranti Swingarm Dibuat Terhadap Ducati

Bagaimanapun dayaturun dihasilkan winglet daripada komponen unsprung itu memiliki potensi lebih besar berbanding dayaturun dihasilkan winglet komponen sprung. Kenapa ini terjadi?

Ini kerana dayaturun winglet unsprung tidak bergantung kepada tetapan suspensi. Jadi, dayaturun yang lebih besar akan menghasilkan cengkaman tayar lebih baik.

Contoh dapat dilihat ialah pada salah satu winglet unsprung yang pernah dipatenkan Kawasaki beberapa bulan lalu (lihat gambar bawah). Ada dua bilah sayap digunakan sebagai penjana dayaturun. Dayaturun dihasilkan winglet sekecil itu tidak memberi kesan pada fork depan. Inilah antara contoh winglet unsprung.

Faham ke tak ni? Hmm...

SUMBER: SpeedWeek

578
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ali Rowland-Rouse, Andrea Dovizioso, Auto Terkini, FIM MotoGP Stewards Panel, Mahkamah Rayuan MotoGP, MotoGP 2019, MotoGP Court of Appeals, Panel Pengelola FIM MotoGP, Protes, Protes Ducati, sukan permotoran, Winning Mission Ducati Team

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my